Terletak di pinggir Bandar Ipoh Lama serta berhampiran dengan Sungai Kinta, Han Chin Pet Soo pada asalnya merupakan sebuah pusat kepada Kelab Pelombong Timah Hakka, yang diasaskan pada tahun 1893. Bangunan lama dua tingkat ini kemudian dibina semula pada tahun 1929. Hari ini, ia merupakan salah satu daripada tarikan pelancong yang terbaru di Ipoh kerana ia memaparkan sejarah tentang hal ehwal kelab pelombong bijih timah 'di mana pelacuran, perjudian, aktiviti menghisap candu dan lain-lain lagi telah dijalankan di sebalik bangunan kelab yang bergaya ini. Di sini, pengunjung berpeluang mengetahui cerita sebenar kaum Hakka dan sejarah industri perlombongan bijih timah di negara kita.
Pada awalnya, kelab pelombong ini ditemui oleh Towkay Leong Fee yang tiba di Pulau Pinang sebagai pendatang asing yang tidak mempunyai apa-apa pada tahun 1876. Hasil kerja keras dan kesungguhan, beliau selepas itu telah berjaya dalam banyak bidang perniagaan yang diceburinya, tetapi kajayaan yang paling besarnya merupakan dalam bidang perlombongan timah. Leong Fee meninggal dunia pada tahun 1912 dan bangunan ini dibeli dari anaknya dan dibina semula sebagai sebuah bangunan yang ada hari ini. Muzium ini menarik lebih daripada 6000 pengunjung dalam tempoh enam bulan pertama ianya dibuka iaitu pada bulan Februari 2015 dan bilangan pelawat terus meningkat dengan banyak sejak daripada itu.
Dibuka dari hari Selasa hingga Ahad (temujanji mesti dibuat sebelum lawatan)
Dikendalikan oleh Kumpulan Sunway, Lost World of Tambun adalah sebuah taman air dan taman hiburan yang diuruskan dengan baik dengan pemandangan yang menakjubkan di pinggirbandar Ipoh. Terletak di lokasi yang strategik, taman ini terletak di kaki bukit batu kapur di mana cerun yang curam merupakan ciri khas di tempat ini. Dengan kehijauan di sekelilingnya, ramai yang tidak perasan bahawa taman ini terletak hanya beberapa minit dari bandar Ipoh yang sibuk. Terdiri daripada taman hiburan, taman tema air, taman harimau, dan zoo, Lost World of Tambun merupakan destinasi yang ideal bagi setiap ahli keluarga yang ingin menghabiskan masa bersama-sama.
Terletak di lembah yang tersembunyi di daerah Tambun Ipoh, terdapat sebuah kompleks kuil Tibet yang terdiri daripada 13 tingkat pagoda dan patung Buddha besar yang berdiri ini seharusnya menjadi salah satu tempat yang hebat untuk dilawati oleh pengunjung yang melawat bandar ini. Walau bagaimanapun, disebabkan yang lokasinya yang agak tersorok, kuil ini kurang dilawati daripada yang sepatutnya. Seni bina pagoda di sini sangat megah dan luar biasa dengan ruang terbuka yang besar dari tingkat 8 ke atas di mana patung Buddha Shakyamuni yang berwarna emas setinggi 11 meter menghadap ke bukit, kolam, dan ladang-ladang limau bali. Bersebelahan pagoda merupakan beberapa buah astaka dan bangunan yang mengandungi patung dewa-dewa, Buddha, penjaga, makhluk mitos dan banyak lagi.
Terletak hanya 0.22 km dari Han Chin Pet Soo, tempat ini terletak di bangunan ikonik Oversea dan bangunan Yick Woh di tengah-tengah Bandaraya Ipoh. Dengan lantai kayu dan siling tinggi yang indah, para tetamu berpeluang menikmati ketenangan sebuah bangunan bersejarah serta persekitaran yang mendamaikan. Tarikan lain yang terdapat berdekatan hotel ini adalah Ipoh Mural dan Concubine Lane. Dapatkan harga bilik dengan kadar yang terbaik di sini!
Dengan pemandangan sungai yang menakjubkan, hotel ini berhasrat untuk menyediakan bersih, selesa pada harga yang berpatutan untuk tetamu mereka. Di samping itu, WIFI percuma kelajuan tinggi disediakan di seluruh premis, dan setiap bilik dilengkapi dengan IPTV pintar 40 inci skrin LED dengan pelbagai tayangan filem percuma untuk program permintaan dan TV internet. Apa yang lagi menarik, hotel ini juga menyediakan perkhidmatan bas percuma ke tempat-tempat tarikan pelancongan yang berdekatan.
Total Accommodation | 500 Properties |
Popular Area | Tambun, Meru |
Popular Hotel | WEIL Hotel, Travelodge Ipoh |
Popular Landmark | Lost World of Tambun Theme Park, Ipoh Parade |