Total Accommodation | 210 Properties |
Popular Area | Ipoh |
Popular Hotel | H2H Reunion House, H2H Euro House |
Popular Landmark | Lost World of Tambun Theme Park, KPJ Ipoh Specialist Hospital |
Jika anda berada di Kinta Medical Centre, anda juga boleh melawati Kelebang, Sungai Siput, Tambun, Meru
Hotel paling popular yang ditempah oleh pelancong ialah H2H Reunion House, H2H Euro House, H2H London House, H2H Maison De Luxe, H2H Marine Home, H2H Swiss Home, H2H Ai Home, H2H Holland Cottage, The Majestic Ipoh By The Osborne, MU Hotel.
Buat masa ini, terdapat sekitar 210 hotel yang boleh anda tempah di Kinta Medical Centre
Pusat Perubatan Kinta terletak di Jalan Chung Thye Phin, Taman Chateau, Ipoh. Terdapat sebuah cerita di sebalik pembinaan bangunan ini. Pada 1964, Mr Foo Yet Kai membeli sebuah villa untuk didermakan untuk membina hospital peribadi dikenali sebagai Our Lady Hospital yang diketuai oleh Sisters of Franciscan Missionaries of the Divine Motherhood. Kemudian, pada tahun 1980an, Yayasan Foo Yet Kai mengambil alih dan menubuhkan Pusat Perubatan Kinta. Dengan berbekalkan visi โuntuk menjadi pembekal perkhidmatan kesihatan pilihan ramai yang berpatutanโ, hospital ini bersama-sama dengan kakitangannya yang dedikasi berusaha memberikan perkhidmatan dan layanan yang terbaik kepada para pelanggan.
Kawasan bersejarah Bandar Ipoh ini terkenal dengan deretan kafe hipster dan butik hotel di sepanjang jalan ini. The Concubine amat meriah terutamanya pada hujung minggu dan cuti sekolah dimana banyak gerai-gerai kecil didirikan yang menjual pelbagai barangan seperti, bebola ais berwarna-warni, gula-gula kapas berbentuk bunga dan banyak lagi.
Han Chin Pet Soo merupakan muzium perlombiongan bijih timah yang dimiliki oleh Ipoh World Sdn Bhd. Ianya terletak di Bandar Lama Ipoh iaitu di sekitar Sungai Kinta. Dari Concubine Lane, pelawat hanya perlu berjalan ke Han Chin Pet Soo untuk mengetahui lebih lanjut tentang perlombongan.
Ritz Garden Hotel merupakan hotel bertaraf 3 bintang yang terletak di bandar Ipoh iaitu di Jalan Yang Kalsom, Kinta. Hotel ini menjadi pilihan popular bukan sahaja untuk urusan perniagaan, malah untuk percutian. Hal ini kerana lokasinya yang strategic dan senang untuk diakses dari pelbagai tempat tarikan pelancong di sekitarnya. Tambahan lagi, bandar ini sendiri mempunyai daya penariknya tersendiri. Berbalik kepada Ritz Garden Hotel tadi, mereka menyediakan pelbagai pilihan jenis bilik yang berbeza. Selain bilik, mereka juga menyediakan pilihan apartment kepada pengunjung. Kesemua bilik dan apartment boleh dipilih mengikut saiz keluarga pengunjung. Kadar untuk bilik dan apartment ini bermula dari RM 300 hinggalah ke RM 2300. Walaupun ia merupakan hotel bertaraf 3 bintang, ianya menyediakan kemudahan seperti hotel 5 bintang dilengkapi kolam renang, gym, snooker, perpustakaan, bilik filem, surau dan pusat refleksologi. Dengan kemudahan seperti ini, tidak hairanlah hotel ini kerap menjadi sebutan dalam kalangan penduduk tempatan mahupun luar negara.
Terletak di pusat bandar Ipoh di Regat Dato Mahmud, Kinta, Hotel bertaraf 3 bintang iaitu Seemson Hotel sememangnya menjadi pilihan pelancong untuk urusan bisnes mahupun bercuti. Ianya mengambil masa kira-kira 5 minit masa memandu ke pelbagai stesyen pengangkutan awam dan lokasi tarikan di Bandar Ipoh. Mengutamakan keselesaan pengunjung, hotel ini mempunyai 100 buah bilik dalam bangunan setinggi 6 tingkat. Bilik-bilik ini dilengkapi rekaan moden yang membuatkan tetamu ingin tinggal lama disitu. Terdapat 3 jenis pilihan bilik yang disediakan oleh pihak hotel dengan kadar bayaran bermula dari RM128 sehingga RM168 dengan luas untuk setiap bilik antara 240 hingga 390 kaki persegi . Bilik-bilik ini sememangnya luas dan selesa untuk didiami. Selain itu, hotel ini turut memberikan pelbagai perkhidmatan dan fasiliti yang menarik untuk kegunaan para tetamu yang menginap di situ.
Ibis Style Ipoh terletak di Jalan Chung On Siew dan mengambil masa 10 minit masa pemanduan untuk ke Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah dan hanya 4 minit dari Stesyen Keretapi Ipoh. Terdapat 3 jenis bilik disediakan kepada pengunjung dan jumplah keseluruhan bilik di hotel ini adalah sebanyak 113 bilik. Hotel ini menawarkan bilik yang luas dan suasana yang menenangkan. Tambahan lagi, hotel ini turut menyediakan restoran, bar bumbung dan function room yang moden, sesuai untuk merek yang datang untuk tujuan kerja mahupun sekadar bercuti.Hotel yang baru dibina ini mempunyai warna yang terang dan kemudahan yang moden, menjadi daya tarikan utama untuk pelancong. Harga yang ditawarkan pula amat berpatutan!