PromosiPeti MasukSimpanTempahan Saya
MYR
Log masuk

Log masuk ke akaun anda

Belum ada akaun?
Daftar
Atau log masuk dengan:
Facebook
Google

Pengesahan Diperlukan

Kami mendapati anda menggunakan peranti baru. Oleh itu, anda perlu mengesahkan akaun anda. Sila pilih di mana anda ingin menerima kod pengesahan anda:

1
2

Penerbangan murah ke Dubai (DXB)

Tiket Penerbangan
Penerbangan + Hotel
Pengangkutan L/Terbang

Tiket Pesawat Murah ke Dubai, Emiriah Arab Bersatu

Dubai adalah salah satu daripada tujuh wilayah emiriah yang membentuk Emiriah Arab Bersatu (UAE). Ia juga merupakan bandaraya terbesar dan paling ramai penduduk di UAE.Dubai mula membuat nama di persada dunia dengan projek pembinaannya yang sangat besar, terutama sekali dengan Burj Khalifa, bangunan tertinggi di dunia yang telah dibuka pada Januari 2010. Hari ini, Dubai merupakan sebuah bandaraya yang paling mahal di Timur Tengah. Pada tahun 2014, bilik-bilik hotel di Dubai telah dinilai sebagai kedua termahal di dunia.


Lapangan Terbang di Dubai, Emiriah Arab Bersatu


1. Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai (DXB)

Ini adalah lapangan terbang antarabangsa utama di Dubai. Ia juga merupakan salah satu lapangan terbang tersibuk di dunia. Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai terletak di daerah Al Garhoud, hanya 4.6 kilometer timur pusat bandar Dubai. Lapangan terbang ini mengendalikan hampir 90 juta orang penumpang pada 2018. Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai merupakan hab untuk dua buah syarikat penerbangan antarabangsa Dubai; Emirates dan flydubai. Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai mempunyai tiga buah terminal dan Terminal 3 digunakan secara eksklusif untuk syarikat penerbangan Emirates dan Qantas. Lapangan terbang ini dihubungkan ke pusat bandar melalui beberapa cara pengangkutan seperti perkhidmatan kereta api oleh Dubai Metro dan juga perkhidmatan bas oleh Dubai Buses. Terdapat juga teksi milik kerajaan yang menyediakan perkhidmatan sepanjang waktu dan tersedia di semua dewan ketibaan setiap terminal.


2. Lapangan Terbang Antarabangsa Al Maktoum (DWC)

Ini adalah lapangan terbang yang baharu sahaja dibuka di Dubai, terletak 37 kilometer di barat daya Dubai. Lapangan terbang ini masih belum beroperasi sepenuhnya dan pada 2016, lapangan terbang hanya mengendalikan kira-kira 410 ribu orang penumpang. Hanya beberapa buah syarikat penerbangan yang beroperasi dari lapangan terbang buat sementara waktu. Lapangan terbang ini dijadualkan untuk beroperasi sepenuhnya pada 2017, namun disebabkan oleh krisis kewangan global, ia telah ditangguhkan sehingga tahun 2027.


Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Dubai?


Dubai adalah sebuah bandar yang sangat mahal dan harga tiket penerbangan juga mahal. Walau bagaimanapun, jika seseorang itu tahu di mana untuk mencari tawaran terbaik di internet, mendapatkan tiket penerbangan murah ke Dubai tidak akan menjadi masalah. Traveloka adalah enjin carian untuk hotel, penginapan dan tiket penerbangan untuk destinasi di seluruh dunia. Laman web Traveloka menunjukkan harga tiket terbaik berdasarkan parameter yang disediakan oleh pengguna. Pergi ke laman web Traveloka atau aplikasi mudah alih dan masukkan semua medan yang diperlukan dan tetapkan parameter untuk mendapatkan harga tiket penerbangan yang murah. Laman web ini akan menunjukkan tawaran terbaik yang kini tersedia di internet. Masih tidak puas? Jangan lupa menggunakan fungsi ciri pemberitahuan harga Traveloka. Ia akan memaklumkan pengguna apabila harga tiket jatuh dalam lingkungan pilihan. Traveloka adalah laman web (dan aplikasi) untuk digunakan untuk mendapatkan tawaran terbaik untuk perjalanan walaupun pergi ke salah satu bandar paling mahal di dunia.


Bila Waktu Terbaik untuk ke Dubai?


Dubai adalah sebuah bandar yang hebat untuk pergi pada bila-bila masa, sepanjang tahun, bergantung kepada pilihan seseorang. Dubai mempunyai iklim padang pasir yang panas dan pada musim panas, suhu boleh melonjak hingga 41°C pada siang hari manakala malam yang agak panas pada 30°C. Dengan suhu yang tinggi dan agak tidak menyenangkan ini, tidaklah mengejutkan jika ia adalah waktu yang sangat kurang pelancong ke Dubai. Suhu yang tinggi, di tambah dengan kelembapan yang tinggi boleh menjadi menjadi sangat tidak selesa kepada seseorang dan menyumbang kepada jumlah pelancong yang sangat rendah. Pada masa ini terdapat banyak jualan murah, barangan diskaun dengan pelbagai tawaran istimewa yang muncul di hampir setiap kedai di bandar. Musim panas adalah dari bulan Jun hingga Ogos.


Musim tinggi pelancong adalah pada bulan November sehingga April. Harga untuk sebuah penginapan boleh menaik dengan sangat tinggi, dengan itu sangat disyorkan untuk menempah beberapa bulan lebih awal. Pada masa ini, seseorang benar-benar dapat menikmati Dubai dengan cuaca terbaik, langit biru dan sinar matahari tanpa panas terik terima kasih kepada angin yang bertiup lembut. Banyak aktiviti luaran boleh dilakukan dengan selesa.


Terdapat banyak perayaan dan festival yang berlansung di Dubai yang tidak boleh dilepaskan peluang untuk menikmati. Festival Membeli-belah Dubai, yang berlangsung dari Januari hingga Februari, adalah sangat sesuai untuk mereka yang suka diskaun! Bagi seorang pelari maraton, jangan lupa larian Standard Chartered Dubai Marathon pada bulan Januari, yang dianggap sebagai salah satu larian terkaya di dunia. Suka kan kesenian? Jangan terlepas Minggu Reka Bentuk Dubai yang berlangsung pada bulan November di mana komuniti kreatif disambut dengan pelbagai seni, pameran dan acara.


Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Dubai?


Dubai mempunyai banyak perkara untuk dilakukan, bukan sahaja untuk seni bina dan kejuruteraannya yang indah, tetapi juga anekdot sejarah yang berada di sekitar bandar untuk dijumpai.


1. Burj Khalifa - Lawatan ke bangunan tertinggi di dunia adalah sesuatu yang tidak boleh dilepaskan. Cara terbaik untuk menghargai menara adalah dengan pergi ke pemerhatian, yang terletak di tingkat ke-124. Pemandangan Dubai dari atas dek pemerhatian adalah sangat menakjubkan. Nikmati hidangan yang menyeronokkan di atas awan di restoran mereka yang terletak hanya beberapa tingkat di bawah.


2. Al Fahidi - Mencari bandar lama timur tengah yang tradisional? Pergi Perkampungan Bersejarah Al Fahidi. Ia adalah salah satu kejiranan yang tertua di Dubai. Ia adalah tempat yang sempurna untuk menikmati dan melihat budaya tempatan yang perlahan-lahan ditenggelami dengan perkembangan di bandar.


3. Palm Jumierah - Ini adalah satu lagi keajaiban seni bina dan kejuruteraan di dunia. Palm Jumeirah adalah sebuah pulau buatan manusia dalam bentuk pokok palma. Ia juga merupakan salah satu pulau buatan manusia terbesar di dunia. Palm Jumeirah dihubungkan dengan satu sistem monorel dan ini memudahkan perjalanan ke sana.


Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa

Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!
Getting To and From the Airport
Finding a ride to or from the airport in Dubai can be a challenge. Luckily, now you can book your airport transport in advance with the Traveloka app. Partnering only with trusted transportation providers, we ensure your airport trip to be worry-free. Take a look at our various transport options and find one that best suits your needs.

Ejen terlantik - Allstar Travel & Tours Sdn. Bhd. (510819-T), No. Lesen KPK/LN 4646, Level 14 Tower 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2019 Traveloka
24 Jam Khidmat Pelanggan+6015 4840 9469 atau +603 7724 3501
Perlu Bantuan?