Lebih lanjut tentang hotel dekat Taman Lagenda
Taman Lagenda ini adalah sebuah taman di Pulau Langkawi. Taman ini mempunyai keluasan lebih dari 2 hektar, dibina berdasarkan tema cerita-cerita lagenda tempatan dan juga mitos-mitos Langkawi, sama ada yang lama ataupun moden. Taman ini dibuka pada April 1996, dengan idea di sebalik penciptaan ini adalah untuk menawarkan sebuah taman rekreasi kepada penduduk setempat dan pelancong untuk menikmati taman-taman yang luas sambil mempelajari mengenai legenda-lagenda Pulau Langkawi.
Di taman ini, terdapat beberapa buah arca dan tugu-tugu yang dibina yang sarat dengan cerita mereka sendiri seperti mitos pertempuran dua gergasi yang akhirnya bertukar menjadi pegunungan di Langkawi. Taman ini terletak di mukim Kuah, lebih tepat lagi di sebelah jeti Kuah, dan juga kira-kira 400 meter dari bandar. Bayaran masuk yang dikenakan adalah RM 5 untuk orang dewasa dan untuk kanak-kanak, separuh daripada harga dewasa.
Bagaimana untuk ke Destinasi
Menggunakan Kereta
Taman Lagenda terletak di salah satu kawasan pelancongan utama di pulau itu. Ia hanya beberapa kilometer dari bandar Kuah, berhampiran Dataran Lang.
Menggunakan Teksi
Terdapat banyak teksi di Pulau Langkawi dan mereka sanggup pergi ke mana saja di pulau itu tetapi bayaran yang dikenakan agak mahal. Pastikan teksi menggunakan meter sebelum memasuki ke dalam teksi tersebut.
Menggunakan Kapal Terbang
Pulau Langkawi mempunyai sebuah lapangan terbang sendiri, Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Bagi penerbangan dalam negeri, terdapat beberapa buah penerbangan dari bandar-bandar utama Malaysia seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru, bahkan Kuching. Penerbangan antarabangsa pula berasal dari negara-negara di Asia seperti Singapura dan China. Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi ini terletak hanya setengah jam memandu dari Taman Lagenda.
Tarikan Pelancongan
Dataran Lang
Salah satu tempat yang sangat terkenal di Pulau Langkawi yang memaparkan sebuah tugu helang yang sangat besar, menghadap ke plaza tepi laut. Helang ini adalah sebuah binaan yang akan menjadi sesuatu yang paling awal terlihat ketika dalam perjalanan ke Pulau Langkawi jika menggunakan feri. Perjalanan ke Pulau Langkawi dianggap tidak lengkap jika tidak mengambil gambar bersama dengan tugu helang ini. Dataran Lang atau lebih dikenali sebagai Dataran Lang, adalah mercu tanda Langkawi. Tugu helang yang berwarna coklat kemerahan ini adalah lambang pulau tersebut. Berdasarkan cerita-cerita rakyat, nama Langkawi berasal dari dua perkataan Melayu; helang untuk burung helang dan kawi yang membawa maksud warna coklat kemerah-merahan. Mengambil kedua-dua perkataan ini dan digabungkan, nama Langkawi terlahir dan dengan itu, tugu burung helang adalah sebuah binaan yang cukup sempurna bagi memperingati asal usul nama Pulau Langkawi. Dataran Lang terletak tepat di sebelah Jeti Kuah, dan satu kilometer dari Taman Lagenda. Tidak ada bayaran masuk dan tempatnya dibuka 24/7.
CHOGM Park
CHOGM adalah singkatan bagi Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (Commonwealth Heads of Government Meeting), dan taman ini ditubuhkan untuk memperingati satu mesyuarat Komanwel yang diadakan pada tahun 1989 di Malaysia. Pada masa itu, Pulau Langkawi merupakan destinasi istirehat bagi semua perwakilan negara-negara Komanwel yang mengambil bahagian dalam mesyuarat itu. Taman ini terletak di Bandar Kuah di sebuah tanah seluas 10 hektar. Tarikan utama taman adalah struktur konkrit bercat putih yang besar dengan pergunungan Pulau Langkawi digunakan sebagai latar belakang. Struktur konkrit putih direka berdasarkan logo CHOGM. Ia adalah tempat yang wajib pergi apabila melawat bandar Kuah dan tempatnya sangat cantik, sesuai untuk mengambil gambar. Ia dibuka setiap hari dan masuk adalah percuma.
Hotel
Langkawi Seaview Hotel
Hotel yang indah ini terletak betul-betul di sebelah Taman Lagenda. Para pelanggan yang telah tinggal di hotel sangat berpuas hati dengan bilik-bilik yang luas, bersih dan selesa serta kakitangan yang ramah. Hotel ini juga menyediakan pelbagai pilihan sarapan pagi yang sangat baik, dengan tambahan sekitar RM 10 dari harga bilik setiap malam. Mereka mempunyai dua jenis bilik, Superior dan Premier Deluxe dengan harga antara RM 200 hingga RM 283 setiap malam, bergantung kepada jenis, dan juga pilihan sarapan pagi. Semua bilik dilengkapi dengan sambungan Wi-Fi percuma.
































