Total Accommodation | 35 Properties |
Popular Area | Pantai Cenang, Kuah |
Popular Hotel | The Andaman, a Luxury Collection Resort, Langkawi, The Datai Langkawi |
Popular Landmark | Cenang Beach, Langkawi Cable Car |
Jika anda berada di The Els Club Teluk Datai, anda juga boleh melawati Burau Bay, Pantai Kok, Kawasan Datai Bay, Kuala Periang, Kampung Kuala Muda
Hotel paling popular yang ditempah oleh pelancong ialah The Andaman, a Luxury Collection Resort, Langkawi, The Datai Langkawi, The Danna Beach Villas - A Member of Small Luxury Hotels of the World, The Danna Langkawi, Berjaya Langkawi Resort, Berjaya Langkawi Resort - Book Now Stay Later, The Ritz-Carlton, Langkawi, White Monkey Villa - Private Pool, Villa Hutan Datai, Padimas Villa @Datai Valley.
Buat masa ini, terdapat sekitar 35 hotel yang boleh anda tempah di The Els Club Teluk Datai
Kelab Golf Datai atau dikenali sebagai The Els Club, merupakan sebuah syurga kepada setiap pemain golf. Terletak di Jalan Teluk Datai, Langkawi, Kedah, Malaysia, tempat ini menawarkan pilihan padang yang merangkumi sejumlah 63 lubang yang meliputi kawasan hutan hujan tebal sehinggalah ke Lautan Andaman, serta padang golf pantai yang mencabar dan berliku-liku di sepanjang pantai sejauh 17km, menghadap Laut China Selatan yang luas. Kursus golf ini telah ditubuhkan oleh pemain golf profesional dunia, Theodore Ernest "Ernie" Els dan diuruskan oleh Troon Golf, peneraju dalam pengurusan dan hospitaliti dunia golf. Kelab ini menawarkan pengalaman golf dan gaya hidup yang unik, yang diilhamkan oleh Ernie yang merupakan juara golf selama lebih daripada 20 tahun. Nikmati kemudahan bilik mesyuarat dan dewan yang serba lengkap serta pelbagai pilihan makanan dan minuman untuk seisi keluarga.
Cara utama ke Kelab Golf Datai daripada mana-mana bandar lain di Malaysia dan negara-negara lain adalah melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan pelabuhan.
Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LGK) terletak di bahagian barat laut Pulau Langkawi, yang menyediakan penerbangan ke dan dari Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Singapura, Hat Yai dan Phuket. Untuk sampai ke Kelab Golf Datai dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, kupon untuk teksi boleh dibeli di kaunter yang terdapat di lapangan terbang dengan harga kira-kira RM20.00. Semua teksi di Langkawi beroperasi dengan sistem harga tetap.
Langkawi dihubungkan dengan dunia luar dengan Jeti Kuah. Terdapat servis bot, terutamanya feri, dari pulau-pulau dan tanah besar berdekatan dan juga dari Thailand.
Padang 18-lubang selaus 6,750 ela ini terletak di Teluk Datai (Datai Bay). Terkenal dengan panorama puncak gunung marmar yang menakjubkan, hutan hujan yang belum disentuh dan Laut Andaman yang biru kehijaun, pengunjung berpeluang untuk merasai pengalaman bermain golf yang hebat dengan kemudahan canggih yang digabungkan dengan persekitaran tropika yang sudah pastinya akan melegakan setiap minda yang dalam kekusutan. Terdapat juga kawasan latihan untuk permainan yang pendek sebelum anda memulakan tee off.
Pantai Cenang terkenal dengan pasirnya yang putih dan pelbagai jenis aktiviti air yang boleh dilakukan di sepanjang kawasan persisiran pantai. Sukan air seperti jet ski, bot pisang, bot laju, dan kayak adalah antara aktiviti-aktiviti utama yang menarik minat orang ramai ke tempat ini. Untuk memeriahkan lagi percutian, pengunjung boleh mencuba pelbagai jenis spa yang terdapat di sekitar kawasan ini, termasuk spa ikan dan spa Thai. Di sepanjang jalan utama, anda boleh menjumpai banyak kedai-kedai yang menjual kraftangan, pakaian dan makanan.
Underwater World Langkawi merupakan sebuah pameran haiwan akuatik marin dan air tawar yang terletak di dalam sebuah bangunan besar. Ia didirikan di atas kawasan seluas enam ekar di hujung selatan Pantai Chenang, bersebelahan pusat membeli-belah Zon. Di dalam kompleks ini, terdapat tiga bahagian; kawasan bagi hidupan di hutan hujan tropika, kawasan bermusim, dan kawasan sub-Antartik. Ianya sangat popular dengan penguin Rockhopper dan penguin berkaki hitam di dalam sebuah penguinarium. Seksyen-seksyen lain seperti kawasan bagi hidupan air tawar, hidupan laut, dan terumbu karang. Turut terdapat di sini adalah struktur gergasi terowong sepanjang 15 meter dan pusat sumber pendidikan, yang terdiri daripada kafeteria dan teater 3D. Selain itu, terdapat sebuah kedai cenderamata yang menjual cenderamata, makanan ringan dan lain-lain lagi.