Dikenali dalam kalangan mayarakat tempatan sebagai Taman Buaya, Crocodile Farm (kini dinamakan semula sebagai Crocodile Adventureland) terletak di kawasan Teluk Datai Bay di hujung utara barat Pulau Langkawi. Seluruh kawasan ladang berkeluasan sekitar 20 ekar dan kira-kira separuh kawasan itu boleh diakses oleh pelawat. Selebihnya adalah tempat pertenakan buaya. Ladang ini terletak di kawasan hijau yang rimbun dengan berlatar belakangkan gunung-ganang. Anda akan melihat salah satu koleksi buaya air masin terbesar di Malaysia dengan spesies dan saiz yang berlainan yang berjumlah lebih dari 1000 ekor.
Kebanyakkan buaya yang barada di sini diimport, dibiakkan dan juga diternak di lading ini sendiri. Seluruh ladang dibahagikan kepada beberapa bahagian atau kolam konkrit. Terdapat plak di setiap bahagian yang memberikan maklumat tentang buaya di bahagian tersebut. Sesetengah kolam agak kecil dan anda dapat melihat beberepa ekor buaya yang ditempatkan di kawasan terebut, dan anda mungkin berasa agak sedih dan berharap agar ruang yang lebih besar diberikan kepada buaya tersebut. Musim mengawan adalah di antara bulan Disember hingga Januari – buaya jantan lebih agresif pada masa ini untuk berjuang untuk memenangi hati buaya betina. Musim bertelur pula adalah di antara bulan Februari hingga Ogos – pada masa ini buaya betina adalah lebih agresif untuk melindungi telur mereka.
Sekiranya anda menggunakan perjalanan udara, lapangan terbang terdekat adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (IATA: LGK, ICAO: WMKL), yang merupakan lapangan terbang antarabangsa yang terletak di Padang Matsirat, Langkawi, Kedah, Malaysia. Crocodile Adventureland adalah sekitar 25 minit memanduan dari lapangan terbang.
Pilihan perkhidmatan pengangkutan awam adalah terhad di Pulau Langkawi. Walau bagaimanapun anda boleh mencari teksi dengan mudah di kawasan Lapangan Terbang Langkawi dan sekitar kawasan tumpuan pelancong. Di samping itu, Uber dan Grab kini juga boleh didapati di Pulau Langkawi. Cara terbaik untuk ke Crocodile Adventureland adalah dengan kereta sewa atau dengan menaiki teksi.
Air Hangat terletak di pulau Langkawi, negeri Kedah,Malaysia. Kampung Air Hangat dibina di atas empat ekar tanah yang terletak sekitar 14 kilometer barat laut Kuah. Kampung Ayer Hangat di Langkawi adalah sebuah perkampungan spa air panas di utara Kuah di Jalan Ayer Hangat. Di kampung ini terdapat mata air panas tiga tingkat, mural sepanjang 18 meter yang menampilkan lagenda perkampungan ini dan kedai cenderahati.
Pantai Pasir Hitam Langkawi, yang terletak empat kilometer barat daya Pantai Tanjung Rhu, menawarkan keindahan yang tidak dapat dilupakan dan kawasan yang kurang sesak berbanding kawasan lain yang sering padat dengan pengunjung di pulau ini. Juga terletak kira-kira 20-minit dari Kereta Kabel Langkawi, pantai ini menjadi tumpuan popular dalam kalangan penduduk tempatan, terutamanya pada hujung minggu dan cuti umum.
Geopark Hotel Langkawi terletak di kaki bukit Gunung Machincang – ia merupakan sebuah hotel butik yang terkenal dengan 30 bilik superior dan suite yang tiada tandingannya dalam kelasnya di pulau peranginan ajaib ini. Dengan Machincang Cambrian Geoforest Park di halaman belakang hotel, ia adalah hotel penginapan yang sesuai untuk ke Langkawi Geopark - kawasan pertama di rantau ini yang diistihar oleh Global Geopark Network UNESCO.
The Danna Langkawi menawarkan sebuah percutian mewah yang abadi yang diliputi oleh keindahan pantai berpasir, marina dan bukit-bukit tropika yang rimbun. Terletak di Telaga Harbour Park, hotel 5-bintang ini mudah diakses dari pelbagai tarikan dan aktiviti luaran dan terletak hanya 11 KM (kira-kira 15 minit) jauhnya dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan Pantai Cenang dengan menggunakan kereta.
Seaside Guest House terletak di hujung Kuala Teriang, sebuah perkampungan nelayan yang tenang di tepi pantai. Dengan laut di depan penginapan ini, dan dengan bukit berhutan di belakang, tempat ini adalah sesuai untuk mereka yang mencari kawasan penginapan yang tenang dan selesa. Anda akan menginap di rumah tetamu yang dikendalikan oleh keluarga yang kecil hanya beberapa langkah dari pinggir pantai di Kuala Teriang, sebuah perkampungan nelayan yang tenang dan terletak hanya 5 minit dari Lapangan Terbang Langkawi. Anda akan menginap di Bilik Double Standard yang selesa dengan tingkap yang membuka ke beranda yang luas. Bilik ini bersesuaian untuk 2 orang.
Total Accommodation | 143 Properties |
Popular Area | Pantai Kok, Kampung Kuala Muda |
Popular Hotel | The Ritz-Carlton, Langkawi, Berjaya Langkawi Resort |
Popular Landmark | Sky Cab Langkawi Cable Car, Langkawi Sky Bridge |