Penerbangan murah ke Xiangfan (XFN)

Cari dan tempah penerbangan murah ke Xiangfan (XFN)

Laluan

Syarikat penerbangan

Jadual

Harga mulai

Guangzhou (CAN) → Xiangfan (XFN)
China Southern Airlines
Isnin, 29 Apr 2024
RM 871.04

Tiket Pesawat Murah ke Xiangyang, China

Xiangyang merupakan hab perdagangan penting yang terletak di barat laut Daerah Hubei, China. Xiangyang sebelum ini dikenali sebagai Xiangfan sehingga tahun 2011 setelah beberapa bandar telah digabungkan menjadi satu bandar besar. Lokasi Xiangyang yang strategik sepanjang Sungai Han telah menyebabkan tempat ini dilanda peperangan beberapa kali pada zaman dinasti terdahulu. Kepentingan Xiangyang masih relevan kerana Xiangyang kini menjadi tumpuan bagi pelaburan projek-projek kemajuan oleh pihak kerajaan dan swasta. Populasi yang tinggi di Xiangyang menjadikan bandar ini bandar kedua terbesar di Daerah Hubei.

Lapangan Terbang di Xiangyang

1. Lapangan Terbang Xiangyang Luiji

Lapangan Terbang Xiangyang Liuji, juga dikenali sebagai Lapangan Terbang Xiangyang, berkhidmat untuk Bandar Xiangyang. Ia terletak dalam lingkungan 12 kilometer daripada bandar ini. Buat masa ini, 14 syarikat penerbangan beroperasi di Lapangan Terbang Xiangyang untuk penerbangan ke bandar-bandar utama seperti Beijing, Shanghai, Guangzhou, Xiamen dan Xi’an. Lebih daripada 175 penerbangan domestik berlepas daripada lapangan terbang ini setiap minggu. Oleh kerana Lapangan Terbang Xiangyang hanya mempunyai servis penerbangan domestik, para pengunjung boleh mengambil penerbangan transit melalui lapangan terbang antarabangsa China untuk menuju ke Xiangyang.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Xiangyang?

Traveloka adalah enjin carian yang memudahkan para pelancong untuk mencari tiket penerbangan termurah ke Xiangyang. Apa yang perlu anda lakukan adalah masukkan maklumat dalam kotak carian dan aplikasi ini akan mengesyorkan penerbangan yang terbaik mengikut bajet anda. Ia membandingkan harga tiket antara beberapa syarikat penerbangan yang dipercayai untuk membantu anda mendapatkan tawaran yang terbaik. Gunakan ciri pemberitahu harga Traveloka untuk dimaklumkan mengenai tiket penerbangan dalam lingkungan harga yang anda inginkan bagi mendapatkan tawaran yang terbaik ke Xiangyang.

Bila Waktu Terbaik untuk ke Xiangyang?

Xiangyang merupakan bandar empat musim dengan monsun yang dipengaruhi oleh iklim lembap subtropikal. Iklim di sini secara amnya sederhana panas, dengan purata suhu 16 darjah Celcius. Musim sejuk di Xiangyang boleh mencecah suhu serendah 3 darjah Celcius. Musim panas selalunya panas dan lembap dengan purata suhu 28 darjah Celcius. Untuk kemudahan dan keselesaan perjalanan anda, anda boleh mempertimbangkan samada bulan Julai sesuai untuk berkunjung ke Xiangyang kerana cuaca paling panas selalunya berlaku pada waktu ini. Anda juga mungkin tidak dapat mengelak cuaca hujan kerana Xiangyang boleh mengalami hujan di sepanjang tahun.

Budaya muzik telah sekian lama bertapak di Xiangyang dan masih aktif sehinnga kini. Muzik di sini terkenal dengan keunikan penggabungan muzik yang berasal dari utara dan selatan China. Anda boleh merancang perjalanan anda untuk menikmati perayaan muzik berskala besar di Xiangyang yang dianjurkan sebelum dan selepas musim menuai.

Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Xiangyang?

Xiangyang terkenal sebagai bandar bersejarah yang maju di China. Terdapat banyak tarikan yang boleh didapati di sini.

1. Bandar Lama Xiangyang - Pembinaan bandar ini bermula semenjak pemerintahan Dinasti Han Barat pada tahun 206 BC. Anda boleh melihat peninggalan dinding Bandar Lama Xiangyang yang telah dibina sewaktu zaman Dinasti Ming. Pada asalnya, bandar ini mempunyai enam pagar bandar serta empat menara. Kini, hanya satu pagar bandar yang kekal kerana binaan yang lain telah dimusnahkan pada zaman dinasti terdahulu. Pagar ini adalah pagar utara Suo Yue yang bermaksud mangga dan kunci, yang memberi erti yang penting dari sudut ketenteraan. Anda boleh menikmati pemandangan jubin berwarna-warni keemasan di dinding pagar tersebut yang berhadapan dengan Sungai Han.

2. Kawasan Gulongzhong- Kawasan Gulongzhong merupakan tapak bersejarah dimana terletaknya kediaman Zhu Geliang daripada Zaman Tiga Kerajaan. Berada 13 kilometer di barat Bandar Xiangyang, Gulongzhong mempunyai lanskap semulajadi dan buatan manusia yang amat cantik. Keindahan tapak ini telah menamakan Gulongzhong salah satu tarikan utama negara China pada tahun 1994. Dua tahun kemudian, tapak ini diklasifikasikan sebagai tapak warisan utama negara. Di sini, anda juga boleh memasuki kediaman Zhu Geliang untuk melihat monumen-monumen lama yang dibina bagi mengingati peristiwa bersejarah penting.

3. Rezab Alam Semulajadi Shennongjia - Jika masa tidak mencemburui anda, anda boleh menuju ke Rezab Alam Semulajadi Shennongjia yang terletak empat jam daripada Bandar Xiangyang. Rezab ini telah diluluskan sebagai Shennongjia Global Geopark pada tahun 2013, dan seterusnya menjadi tapak warisan dunia oleh UNESCO pada tahun 2016. Hutan di sini terkenal dengan keindahan semulajadinya, habitat bagi haiwan-haiwan terancam serta asal lagenda Orang Liar Yeti China. Waktu yang sesuai untuk melawat Rezab Alam Semulajadi Shennongjia adalah di antara bulan Mei dan Oktober. Anda dapat hanya perlu membayar tiket pada separuh harga jika melawat di musim sejuk, dan pada masa yang sama boleh mengambil kesempatan ini untuk berkunjung ke resort ski berhampiran.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved