Rezeki saya mendapat bilik keluarga yang mempunyai 2 katil Queen walaupun saya menempah bilik standard. Sistem hotel juga sangat moden dari segi pemasangan suis lampu di luar dan di dalam bilik. Hotel terletak di laluan yang agak sibuk. Jika hendak keluar dari tempat letak kereta juga akan mengambil masa. Namun, lokasi hotel ini berdekatan dengan pusat bandar. Penghuni hotel boleh berjalan kaki sahaja untuk ke uptown, Mahkota Parade untuk menikmati kemeriahan pada waktu malam seperti menaiki beca Melaka dan membeli barangan di uptown seperti cenderamata dan makanan.
Bermula check in, receptionist tak mesra, bilik tak dibersihkan, lantai masih kotor dan tandas berbau, masa turun untuk breakfast, lobi gelap dan lampu tidak dibuka. Waktu breakfast jam 7, makanan tak ready, harap boleh tingkatkan lagi perkhidmatan.
Hotel sangat-sangat best untuk family dan pasangan yang nak honeymoon. staff semua friendly. environment hotel tersangatlah bersih, cantik, kemas, dan nyaman. breakfast sangat-sangat sedap lagi2 kek pisang dan karipap 🥰. will come again bila datang melaka. thank you quayside hotel
Harga yang berpatutan dengan bilik, so far best je tinggal kat sana, agak selesa dan sesuai untuk backpacker, dekat dengan menara taming sari, dekat kedai makan, kedai ole-oleh dan hujung miggu dekat dengan pasar malam.
Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia