Total Accommodation | 43 Properties |
Popular Area | Ayer Keroh, Batu Berendam |
Popular Hotel | Hatten Hotel Melaka, Estadia Hotel |
Popular Landmark | A'Famosa, Mahkota Medical Centre |
Hotel paling popular yang ditempah oleh pelancong ialah Hatten Hotel Melaka, Estadia Hotel, Hotel Al Abraar Melaka, Jetty Suites Apartments, Urban Industrial City View, Johan Travellers Lodge, Grand Star Hotel, Lovely 1 Bedroom Condo Mahkota Malacca, The Trend Hotel, Pesona Boutique Hotel.
Buat masa ini, terdapat sekitar 43 hotel yang boleh anda tempah di Mahkota Medical Centre
Mahkota Medical Centre (MMC) adalah sebuah pembekal perkhidmatan penjagaan kesihatan swasta yang mudah untuk lawati yang terletak di dalam bandar Melaka dimana ia diasaskan pada tahun 1994. Bandar Melaka adalah salah satu tempat bersejarah yang popular di peringkat antarabangsa di Malaysia. Pusat perubatan ini menyediakan perkhidmatan klinik, jururawat, kecemasan, sokongan dan runcit yang efektif. MMC terletak kira-kira 2 jam dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan 3 jam dari Singapura. Tambahan pula, MMC adalah pembekal perkhidmatan penjagaan kesihatan swasta yang mempunyai 356 katil yang berada di lokasi yang strategik di dalam kawasan perniagaan dan pelancongan utama Melaka, Malaysia. Antara tarikan dan kemudahan yang berhampiran dengan Mahkota Medical Centre adalah pusat membeli-belah Mahkota Parade, megamall Dataran Pahlawan Melaka, A Famosa dan Menara Taming Sari. Pusat perubatan ini juga menyediakan perkhidmatan ulang-alik percuma setiap hari dari jeti serta lapangan terbang dan perkhidmatan pelanggan. Terdapat juga pesakit yang mempunyai pilihan untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam untuk pesakit Singapura seperti 707 Express, Citiexchange Express, Grassland Express dan banyak lagi.
Keluar di persimpangan Jalan Tengkera dan belok kiri ke Jalan Gajah Berang. Pastikan di lorong yang betul dan mengambil belok yang pertama di sebelah kanan ke Jalan Pelanduk Putih. Belok kanan ke Jalan Ong Kim Wee. Jalan terusk sejurus selepas lampu isyarat ke arah lebuh raya pantai. MMC akan berada di sebelah kiri bersebelahan Mahkota Parade (pusat membeli-belah).
Keluar di persimpanga Jalan Semabok dan memandu ke arah Jalan Padang Temu. Di lampu isyarat, belok kiri ke Jalan Bukit Senjuang. Berada di lorong kanan dan belok kanan di persimpangan akhir ke Jalan Ujong Pasir. Jalan terus ke hujung jalan dan belok kanan ke Jalan Melaka Raya. Jalan terus selepas lampu isyarat, MMC berada di sebelah kanan anda.
Jalan terus melalui Lebuh Ayer Keroh. Selepas lampu isyarat, teruskan perjalanan ke Jalan Bukit Baru. Teruskan sehingga menjumpai lampu isyarat di Jalan Peringgit. Sila berada di lorong paling kiri dan di hujung jalan belok kiri ke Jalan Tun Razak. Teruskan perjalanan melepasi Jalan Taming Sari, Jalan Bendahara dan ke arah Jalan Gereja. Teruskan perjalanan di lorong paling kiri sehingga ke Jalan Merdeka. Teruskan sehingga MMC di sebelah kanan anda.
Jalan terus dan pastikan berada di lorong paling kiri kea rah Jalan Merdeka. MMC berada di kanan anda.
Hotel mewah yang menarik ini menawarkan pengalaman penginapan dengan gaya rumah Peranakan dan suasana yang tenang. Hotel yang strategik ini terletak berhampiran dengan warisan dan sejarah bandar serta sangat dekat dengan MMC. Menawarkan 196 bilik yang direka dengan berkonsepkan kualiti, selesa dan berbaloi serta diberi perkhidmatan yang jujur dan keikhlasan dan juga kemudahan gimnasium, hotel ini menyambut pelancong tempatan dan antarabangsa dengan kemesraan.
Hotel menarik dan cantik ini terletak berhampiran dengan tempat bersejarah A Famosa dan kompleks membeli-belah Pahlawan. Hotel ini juga menawarkan bilik yang berkadar serendah RM77 dan mempunyai promosi yang banyak pada musim kemuncak. Perkara yang paling menarik tentang hotel ini adalah pakej yang disediakan iaitu pakej kumpulan (60 orang), pelajar (40 orang) dan penginapan jangka panjang serta kemudahan yang tiada batasan termasuk perkhidmatan bungkusan dan pos dan juga hanya 4 minit dari MMC.
Hotel yang sempurna ini berhampiran dengan bandar terkenal yang bersejarah Melaka dan menawarkan keselesaan yang maksimum dan memenuhi keperluan penginapan yang terdiri dari suite junior ke Hatten premier dilengkapi dengan kemudahan yang mewah. Ia juga mempunyai dewan perkahwinan yang luas dan cantik dan tempat mesyuarat bagi urusan perniagaan. Di samping itu, hotel ini hanya mengambil masa 5 minit berjalan kaki dari Mahkota Medical Centre.