Dibuka kepada orang ramai pada 18 April 2008 dan dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam pada 17 Mei 2008, Menara Taming Sari adalah sebuah menara giro berpusing di bandar Melaka. Di puncak, menara ini menawarkan pemandangan yang menakjubkan dengan panorama bandar bersejarah Melaka dan banyak tempat-tempat menarik lain seperti Bukit St. Paul, Bangunan Memorial Kemerdekaan, Muzium Samudera dan kapal, Flor De La Mar, Dataran Pahlawan, Masjid Pulau Selat, Pulau Besar dan Selat Melaka. Selain itu, pengunjung juga dapat melihat pembangunan yan pantas dan pesat di bandaraya ini.
Terdapat suatu mesin yang akan membawa pengunjung untuk ke puncak menara yang terletak pada ketinggian lebih daripada 70 meter dari tanah. Mesin ini mampu menampung seramai 66 orang penumpang pada satu-satu masa. Dibina dengan kepakaran tecknologi dari Switzerland, perjalanan ke puncak hanya mengambil masa 7 minit. Menara ini dibuka kepada ramai setiap hari dari 10 pagi hingga 11 malam. Bagi pengunjung tempatan (pemegang MyKad), kadar bayaran adalah RM17 (dewasa) dan RM11 (di bawah umur 12 tahun) manakala kadar bayaran sebanyak RM23 (dewasa) dan RM15 (di bawah umur 12 tahun) untuk pelancong asing.
Pertama sekali, anda haruslah tiba di negeri Melaka, yang terletak di bahagian selatan Malaysia. Untuk melawat Menara Taming Sari, berikut merupakan beberapa pilihan:
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur merupakan lapangan terbang yang paling hampir dengan Melaka yang mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit pemanduan ke dan dari sana. Untuk ke A Famosa Resort, ambil bas ekspres yang bergerak terus ke Melaka Sentral. Perjalanan ini dianggarkan lebih kurang 2 jam dengan bayaran sebanyak RM24. Selepas itu, ambil teksi untuk pergi ke Menara Taming Sari.
Ambil bas ekspres di TBS (Terminal Bas Bersepadu) yang akan membawa anda terus ke Melaka. Kadar bas adalah sekitar RM10 hingga RM15 bergantung kepada operator tersebut. Perjalanan dengan bas biasanya mengambil masa lebih kurang 3 jam. Terminal Bas Melaka Sentral terletak di tengah-tengah pusat bandar. Selain perkhidmatan bas, ia adalah terminal teksi yang menyediakan perkhidmatan kepada penumpang di Melaka. Ia juga merupakan terminal bas berhawa dingin pertama di Malaysia. Bas ekspres, bas tempatan dan teksi berkumpul di terminal ini untuk kemudahan penumpang di seluruh Melaka.
Perjalanan paling cepat dan mudah adalah dengan memandu di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS). Di lebuh raya ini, terdapat tiga susur keluar ke Melaka iaitu; tol Ayer Keroh, tol Simpang Empat, tol Alor Gajah dan tol Lipat Kajang serta tol Jasin. Pemanduan anda biasanya akan memakan masa lebih kurang 1 jam dan 30 minit dari Kuala Lumpur.
Waktu kemuncak pasar Jonker Street adalah malam pada hari Jumaat dan Sabtu. Terdapat pelbagai barangan yang dijual, daripada makanan yang lazat hinggalah cenderamata yang pada harga yang berpatutan. Terkenal dengan kedai-kedai barangan antik, tempat ini bagaimanapun, telah bertukar kepada kedai pakaian dan kraf serta tempat-tempat makan.
Merupakan sebuah tempat yang meriah untuk menaiki beca , Dutch Square Melaka adalah suatu pemandangan yang indah di Jalan Kota. Sebuah air pancut merupakan tumpuan di kawasan ini, ia dihiasi dengan tambahan marmar Victoria, yang dibina pada tahun 1904 untuk memperingati Jubli Intan ratu Victoria. Bangunan yang paling menonjol di Dutch Square adalah Stadthuys, salah satu daripada sisa tertua tinggalan Belanda. Di dalam Stadthuys terdapat tangga yang cantik dengan monumental putih dan tingkap tinggi yang kelihatan seperti bangunan perbandaran Belanda pada abad ke-17. Pandangan dari tingkap belakang adalah sangat menarik dan memukau. Bangunan itu dijaga dengan sangat baik.
Terdapat bot-bot kecil yang membawa pengunjung untuk melalui bawah bangunan-bangunan bersejarah, gudang lama, dirian bakau yang menarik, gereja-gereja, dan kampung-kampung. Sungai Melaka merupakan sungai yang merentasi bandar Melaka serta berakhir ke Selat Melaka. Pelayaran memakan masa kira-kira 45 minit di dalam bot yang terdiri daripada 20 hingga 40 tempat duduk dengan bayaran sebanyak RM10 (dewasa) dan RM5 (kanak-kanak di bawah 12) untuk Malaysia manakala RM15 (dewasa) dan RM7 (kanak-kanak) untuk bukan warganegara Malaysia.
Total Accommodation | 500 Properties |
Popular Hotel | Hatten Hotel Melaka, Noble Resort Hotel Melaka |
Popular Landmark | A Famosa, Mahkota Medical Centre |