Anda sedang merancang percutian ke Kanada? Tempat ini menawarkan pelbagai jenis tarikan menarik. Berikut ialah panduan untuk penerbangan ke Kanada dari Malaysia:
Berikut ialah destinasi yang paling banyak carian selain bandar-bandar utama di Kanada:
Toronto disenaraikan sebagai bandar yang ke-29 paling banyak dilawati di dunia, dengan lebih daripada 2.7 juta populasi penduduk. Di Toronto, terdapat banyak muzium, galeri seni dan kemudahan-kemudahan lain. Bagi sesiapa yang ingin mencuba permainan hoki ais bolehlah berkunjung ke ‘Hockey Hall of Fame’.
Vancouver adalah bandar tepi pantai di Kanada yang mempunyai kecantikan semula jadi yang menakjubkan. Bandar ini mempunyai akuarium terbesar di Amerika Utara yang dikunjungi ramai pelancong. Seterusnya, anda boleh melawat Muzium Antropologi yang memaparkan sejarah bandar ini dan beberapa karya seni penduduk awal di Vancouver.
Montreal adalah bandar kedua yang paling ramai penduduknya di Kanada dan merupakan kawasan penting untuk perkembangan budaya Kanada. Anda boleh berkunjung ke Old Montreal untuk melihat sejarah bandar ini yang terletak tidak jauh dari sungai St. Lawrence. Di sini, pelancong boleh berjalan di sekitarnya untuk menerokai keindahan bandar ini.
Revelstoke adalah destinasi pelancongan yang terbaik untuk sesiapa yang suka mengembara. Terdapat banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan di bandar ini, contohnya seperti, memancing, berkayak, bermain golf dan mendaki. Bandar ini juga mempunyai muzium yang menarik dan taman negara. Seterusnya, anda juga perlu mencuba makanan lokal di bandar ini.
Berkunjung ke Bagotville akan memberikan pengalaman berbeza. Beberapa destinasi pelancongan di bandar ini menarik untuk dikunjungi, contohnya seperti Taman Hidupan Liar Laurentides, Taman Laut Saguenay-St. Lawrence, Sungai Saguenay, Muzium Wilayah Pulperie de Chicoutimi dan Okwari Aventures. Bandar ini sangat mudah dikunjungi dan mempunyai lapangan terbang yang mengendalikan penerbangan domestik dan antarabangsa.
Berikut ialah senarai lapangan terbang utama di Kanada:
Warganegara Malaysia yang melawat ke Kanada perlu memiliki visa pelancong. Dokumen yang diperlukan untuk memohon visa pelancong adalah:
Malaysia adalah 12 jam lebih awal daripada Kanada. Jadi, semasa di Malaysia pukul 10 malam, di Kanada adalah pukul 10 pagi.
Berikut ialah senarai perkara menarik yang boleh dilakukan di Kanada: