Penerbangan murah ke Abu Dhabi (AUH)

Cari dan tempah penerbangan murah ke Abu Dhabi (AUH)

Laluan

Syarikat penerbangan

Jadual

Harga mulai

Kochi (COK) → Abu Dhabi (AUH)
IndiGo
Khamis, 21 Mac 2024
RM 685.26
Manila (MNL) → Abu Dhabi (AUH)
Penerbangan
Khamis, 21 Mac 2024
RM 1,448.64
Manila (MNL) → Abu Dhabi (AUH)
Penerbangan
Rabu, 27 Mac 2024
RM 2,284.65
Manila (MNL) → Abu Dhabi (AUH)
Penerbangan
Rabu, 27 Mac 2024
RM 2,430.53
Clark - Pampanga (CRK) → Abu Dhabi (AUH)
Penerbangan
Sabtu, 30 Mac 2024
RM 2,873.34
Iloilo (ILO) → Abu Dhabi (AUH)
Penerbangan
Jumaat, 22 Mac 2024
RM 3,805.94
Manila (MNL) → Abu Dhabi (AUH)
Penerbangan
Khamis, 04 Apr 2024
RM 4,104.00

Tiket Pesawat Murah ke Abu Dhabi, United Arab Emirates (UAE)

Merupakan salah satu daripada tujuh emirat United Arab Emirates (UAE), Abu Dhabi adalah metropolis yang luar biasa yang tiada tandingannya. Perubahan, perkembangan dan pembandaran yang pesat menjadikan Abu Dhabi sebagai pusat negara politik dan industri yang berjaya sehinggalah ke hari ini. Ia terletak di pantai tenggara Semenanjung Arab, bersebelahan dengan Teluk Parsi yang terkenal dengan keindahan alam semula jadinya! Dari lautannya yang memukau, bukit-bukit pasir yang tinggi, lembah-lembah pasir yang terbentang luas dan pemandangan langit-langit yang memukaukan, ia benar-benar menjadikan Abu Dhabi sebagai tempat yang terbaik untuk percutian anda, bukan?

Lapangan Terbang di Abu Dhabi

1. Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi

Sebagai sebuah lapangan terbang antarabangsa yang berpusat di ibu negara UAE, Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi adalah lapangan terbang kedua terbesar di UAE yang terletak kira-kira 30 kilometer dari timur kota Abu Dhabi. Lapangan terbang ini mempunyai 3 terminal penumpang yang dikendalikan oleh Etihad Airways. Telah sekian lamanya berkhidmat sebagai pusat pada lebih daripada 30 syarikat penerbangan yang meliputi lebih daripada 120 destinasi di lebih daripada 60 buah negara, Lapangan Terbang Abu Dhabi menyediakan perkhidmatan yang terbaik dari segi penginapan, lobi, perkhidmatan bagasi, pengangkutan, internet dan juga spa! Oleh itu, ia berjaya merangkul anugerah Lapangan Terbang Terbaik ke-2 di Timur Tengah Anugerah Kualiti Perkhidmatan Lapangan Terbang oleh Airports Council International kerana perkhidmatannya yang mantap.

Lapangan Terbang Eksekutif Al Bateen

Mula berkhidmat sebagai lapangan terbang pertama dan satu-satunya di Abu Dhabi, Lapangan Terbang Eksekutif Al Bateen kemudiannya telah digantikan oleh Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi yang lebih besar pada tahun 1982. Oleh itu, semua trafik yang dijadualkan telah dipindahkan ke sana. Lapangan terbang ini berkhidmat sebagai pangkalan tentera sehinggalah tahun 2008, yang kemudiannya berkolaborasi dengan Lapangan Terbang Abu Dhabi dan telah dijadikan kemudahan jet eksekutif. Dengan itu, lapangan terbang ini terus beroperasi dan memberi tumpuan khusus hanya pada jet peribadi. Mereka menawarkan kemewahan serta piawaian antarabangsa tertinggi buat para pelanggan yang disayangi.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Abu Dhabi?

Diprogramkan sebagai mesin pencari untuk para pelancong yang tegar seperti anda, Traveloka adalah tempat yang tepat bagi anda untuk memulakan pencariaan penerbangan termurah ke mana sahaja yang anda idamkan termasuk Abu Dhabi. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah mengisi butir-butir maklumat asas yang diperlukan. Sejurus kemudian, Traveloka akan memberikan anda akses pada senarai keseluruhan tawaran yang disyorkan megikut kesesuaian anda! Harga penerbangan dari syarikat penerbangan yang dipercayai akan dibandingkan dengan yang esuai dengan bajet peribadi anda. Apa yang lebih baik ialah anda juga boleh menggunakan ciri pemberian harga Traveloka yang sentiasa mengemas kini setiap kali berlakunya penurunan harga! Maka percutian anda akan menjadi lebih baik dengan bajet yang terbaik!

Bila Waktu Terbaik untuk ke Abu Dhabi?

Ini benar-benar bergantung kepada anda! Abu Dhabi yang sering kali diberkahi dengan langit biru yang cerah sepanjang tahun mempunyai iklim padang pasir yang panas sepanjang tahun. Walau bagaimanapun, iklim dan musim di sini berbeza-beza mengikut bulan. Masa yang paling tepat untuk melawat Abu Dhabi adalah semasa musim bunga dan luruh antara April hingga Mei atau September hingga Oktober, di mana cuaca ketika ini paling nyaman serta jumlah pelancong yang terkawal. Dan yang paling penting, penginapan anda pada musim ini akan menjadi lebih baik dengan promosi harga yang sangat berpatutan!
Semasa musim bunga pada bulan April hingga Mei, purata cuaca harian adalah antara 80-an hingga 90-an yang tinggi dan pada masa yang sama boleh mencecah sehingga 100-an Fahrenheit. Dengan suasana yang menyenangkan ini, Abu Dhabi menjadi tuan rumah yang terbaik sempena pesta buku tahunan yang dipanggil Pesta Buku Antarabangsa Abu Dhabi (ADBIF) sejak tahun 1981 lagi. Selama bertahun-tahun, ADBIF sentiasa menjadi platform penting di mana orang-orang Arab serantau dan antarabangsa berkumpul untuk aktiviti intelektual, program kebudayaan dan persembahan seni. Dan menariknya, ini adalah tempoh di mana kadar hotel mula menurun!
Manakala dari bulan Jun hingga Ogos, percutian anda seolah-olah seperti sedang bercuti di sauna! Walaupun harga hotel berkurangan kepada separuh, namun suhu semasa tempoh ini tiga kali ganda dari angka biasa! Ia akan menjadi sangat panas dan lembap, dengan sedikit hujan dan ribut pasir yang dapat mengurangkan jarak penglihatan sehingga beberapa meter. Sekiranya anda benar-benar tidak kisah untuk berpanasan, maka anda juga boleh turut serta Festival SummerFest dan Liwa Date. Seterusnya, Abu Dhabi akan mula sejuk dan suhu menjadi serendah pada 80-an. Sentiasa beringat bahawa hotel akan meningkatkan harga bilik tidak lama lagi apabila musim sejuk bermula!
Namun pada bulan November sehingga Mac, Abu Dhabi mempunyai cuaca yang terbaik. Tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk! Bermula dari pertengahan 70-an hingga 80-an Fahrenheit, musim sejuk di sini telah menjadi masa yang ideal untuk menerokai Abu Dhabi. Beberapa tarikan penting yang akan berlangsung pada masa ini ialah Grand Prix Formula 1 Abu Dhabi, Hari Kebangsaan UAE, Gourmet Abu Dhabi, Festival Abu Dhabi dan Triathlon Antarabangsa Abu Dhabi. Walaubagaimana pun, ini sudah tentunya akan beserta dengan harga yang lumayan! Oleh itu, bersiap sedia untuk meraih harga tinggi hanya untuk sebuah bilik!

Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Abu Dhabi?

Menarik untuk hanya sekadar menyenaraikan 3 tarikan yang terkenal di Abu Dhabi, kerana ia mempunyai lebih lagi daripada itu! Abu Dhabi adalah sangat terkenal dengan lautannya yang jernih di sepanjang pantai berpasir putih yang bersih, matahari terbenam yang menakjubkan, pencakar langit hebat, bukit pasir mendebarkan dan lembah pasir yang menarik.
1. The Corniche - Mempunyai pemandangan lautan yang mempesonakan yang terbentang luasnya terutama semasa matahari terbenam, The Corniche adalah sejauh 5 batu yang membentuk bahagian mendatar kota Abu Dhabi. Airnya yang tenang menjadikannya tempat yang terbaik untuk permainan pantai seperti bola tampar. Berjalan di sepanjang pantai sambil menikmati pandangan, pasti amat berbaloi!
2. Masjid Besar Sheikh Zayed - Dinamakan selepas pengasas dan presiden pertama UAE, Masjid Besar Sheikh Zayed merupakan salah satu destinasi paling popular dalam kalangan pelancong. Masjid ini adalah salah satu masjid terbesar di dunia yang menampilkan gaya seni bina unik yang terdiri daripada 3 dinasti Islam yang berbeza iaitu Fatimid, Mamluk dan Uthmaniyyah, dihiasi oleh 82 kubah dan lebih daripada 1, 000 tiang di muka putih dan emas. Satu pilihan yang tepat untuk mengagumi dan memahami salah satu keindahan agama negara tersebut.
3. Istana Emirates - Terkenal dengan kemewahan dari strukturnya yang terdiri daripada emas, kristal dan ibu mutiara bersama dengan lebih daripada 1, 000 candelier dan karpet buatan tangan yang mahal, Istana Emirates sangatlah tersegam indah. Rebut peluang untuk turut menikmati hammam tradisional (mandian Turki) dan spa yang terbaik di Spa Anantara mereka!

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Aktiviti Menarik di Abu Dhabi

Xperience Lain di Abu Dhabi


Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka