Penerbangan murah ke Bordeaux (BOD)

Cari dan tempah penerbangan murah ke Bordeaux (BOD)

Laluan

Syarikat penerbangan

Jadual

Harga mulai

Paris (CDG) → Bordeaux (BOD)
Air France
Rabu, 22 Mei 2024
RM 799.37
Bangkok (BKK) → Bordeaux (BOD)
Penerbangan
Sabtu, 18 Mei 2024
RM 3,071.38
Bangkok (BKK) → Bordeaux (BOD)
Penerbangan
Ahad, 12 Mei 2024
RM 4,519.78
Jakarta (CGK) → Bordeaux (BOD)
Penerbangan
Selasa, 07 Mei 2024
RM 4,773.93
Bandar Ho Chi Minh (SGN) → Bordeaux (BOD)
Penerbangan
Isnin, 13 Mei 2024
RM 9,205.91

Tiket Pesawat Murah ke Bordeaux, Perancis

Bordeaux adalah bandar keenam yang berpopulasi tinggi di Perancis. Bandar urban ini adalah salah satu pengeluar utama wain sejak abad ke-12 dimana anda boleh mempelajari hampir segala-galanya tentang wain dari kebun anggur hingga pembungkusan botolnya. Selain itu, bandar Bordeaux menawarkan seni bina yang mengagumkan kerana hampir separuh daripada bandar itu disenaraikan di bawah Tapak Warisan Dunia UNESCO. Bandar ini masih mengekalkan warisan seni bina yang tradisional walaupun bandar ini masih berkembang dengan pesatnya. Mengambil aroma wain anda sambil menikmati senibina bertaraf dunia Bordeaux merupakan sebab yang paling pasti mengapa anda perlu menjejakkan kaki ke bandar yang indah ini.

Lapangan terbang di Bordeaux

Lapangan Terbang Bordeaux-Merignac (BOD)

Lapangan Terbang Bordeaux-Merignac (BOD) terletak 12 kilometer dari pusat bandar Bordeaux. BOD ialah lapangan terbang antarabangsa yang mempunyai tiga terminal di dalamnya. Terminal A disediakan untuk penerbangan antarabangsa manakala Terminal B adalah untuk syarikat penerbangan Air France yang menguruskan penerbangan antara Paris dan Bordeaux. Terminal ketiga dipanggil Terminal billi untuk syarikat penerbangan bajet seperti easyJet, Ryanair dan Wizz Air. BOD merupakan lapangan terbang yang besar oleh itu ia dilengkapi dengan pelbagai kedai dan bermacam perkhidmatan untuk anda. Semasa menunggu penerbangan atau perjalanan anda, anda boleh singgah di kafe, restoran dan bar di lapangan terbang ini. Terdapat juga kedai-kedai bebas cukai di BOD yang boleh anda lawat, selepas anda tiba di lapangan terbang. Bagi pengangkutan ke pusat bandar, terdapat beberapa pilihan seperti bas ulang-alik, kereta api, bas dan teksi. Tambang teksi akan dikenakan bayaran sekitar MYR 140 hingga 215 bergantung pada masa: pada waktu malam tambang akan jadi sedikit mahal.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Bordeaux?

Traveloka adalah enjin carian yang memudahkan para pelancong untuk mencari tiket penerbangan termurah ke Bordeaux. Apa yang perlu anda lakukan adalah masukkan maklumat dalam kotak carian dan aplikasi ini akan mengesyorkan penerbangan yang terbaik mengikut bajet anda. Ia membandingkan harga tiket antara beberapa syarikat penerbangan yang dipercayai untuk membantu anda mendapatkan tawaran yang terbaik. Gunakan ciri pemberitahu harga Traveloka untuk dimaklumkan mengenai tiket penerbangan dalam lingkungan harga yang anda inginkan bagi mendapatkan tawaran yang terbaik ke Bordeaux.

Bila Waktu Terbaik untuk ke Bordeaux?

Jika sebab anda melawat Bordeaux adalah untuk meneroka budaya wain di sini, anda perlu datang ke sini sekitar bulan Mei dan November. Ini kerana anda akan mendapatkan peluang untuk melawat ladang anggur di sini. Walau bagaimanapun, jika anda berada di sini untuk menuai anggur, anda mungkin ingin melawat pada akhir bulan Ogos hingga awal Oktober. Bagi mereka yang mempunyai belanjawan kecil, sila buat lawatan pada bulan Disember kerana kurangnya lautan pelancong dalam tempoh ini. Hal ini bermaksud harga tiket penerbangan dan tarif hotel akan turun secara dramatik.

Bordeaux mempunyai iklim lautan yang bermaksud musim panasnya sedikit lebih sejuk daripada biasa. Musim sejuk di Bordeaux tidak begitu sejuk, dan ia kurang berkemungkinan mengalami salji dengan suhu purata sekitar 7.1 darjah Celcius. Musim sejuk bermula dari Disember hingga Februari dan dilaporkan mempunyai cuaca yang menyenangkan dan salji akan turun pada waktu malam. Dari bulan Mac hingga Mei, musim bunga akan datang dengan jangkaan hujan yang tinggi. Walau bagaimanapun, pada siang hari, cuacanya hangat di mana sesuai untuk melakukan aktiviti-aktiviti luar. Musim panas akan bermula pada bulan Jun dengan suhu purata 20.7 darjah Celsius. Untuk musim luruh, musim ini akan bermula pada bulan September hingga akhir bulan November. Cuaca akan selesa pada mulanya, dan perlahan-lahan berubah menjadi lembap dan kehujanan. Malahan, pada bulan November, Bordeaux akan mempunyai salah satu curahan hujan tertinggi sepanjang tahun.

Salah satu perkara menarik tentang Bordeaux ialah anda dapat menghadiri pelbagai jenis perayaan di sini. Jika anda bersedia untuk menari dan menikmati muzik, jangan gusar, terdapat pelbagai festival muzik di Bordeaux iaitu Festival Rock Bordeaux, Féte de la musique, Festival Millesime, Festival Jazz, Arcachon en Scene, Festival Musicalarue, Festival Muzik Reggae Sun Ska dan Piano Festival. Jika anda tidak berminat dengan muzik, anda boleh menyertai pelbagai festival wain seperti Portes Ouvertes (Lawatan Terbuka Medoc), Pritemps des Vins de Blaye, Bordeaux Féte le Vin dan lain-lain di mana pembuat-pembuat wain akan berkumpul di sini untuk membolehkan anda mengalami rasa wain tempatan yang luar biasa. Sekiranya anda bukan seorang peminum atau anda bukan orang yang menikmati alkohol atau muzik tetapi anda masih mahu menikmati pengalaman budaya di Bordeaux – anda mungkin mahu menghadiri Soöruz Lacanau Pro yang merupakan persaingan antarabangsa untuk peluncur air profesional. Atau anda boleh mengambil bahagian dalam Journee Medievale a Saint Macaire di mana anda akan berasa seperti anda kembali pada zaman pertengahan. Untuk merasai Bordeaux sepenuhnya, anda mungkin mahu menyertai mana-mana perayaan ini.

Apakah 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Bordeaux?

Bordeaux adalah salah satu bandar paling banyak dikunjungi di Perancis. Banyak tarikan boleh didapati di Bordeaux.

La Cité du Vin - Keseluruhan muzium ini didedikasikan untuk dunia wain. Malahan, bangunannya sendiri meniru bentuk penanda wain yang akan meninggalkan pelawatnya dengan kagum dengan seni binanya aneh tetapi menarik ini. Bermula dari kebun anggur hingga pengeluaran wain – muzium ini merangkumi segala-galanya tentang wain yang dibahagikan kepada 20 kawasan. La Cité du Vin juga mengadakan pameran seni, bengkel mengkaji wain dan beberapa pameran yang tersohor yang sesuai untuk anda kunjungi.

Katedral Saint-Andre - Disenaraikan sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia UNESCO, Katedral Saint Andrew didirikan semula pada abad ke-12. Seni bina Neoklasik katedral ini benar-benar satu dalam seribu kerana anda dapat dengan jelas melihat arca peristiwa-peristiwa penting dalam sejarah Kekristianan di senibinanya. Selain itu, pada setiap musim panas, katedral akan mengadakan Festival Organ Antarabangsa Bordeaux bagi pengunjung menikmati salah satu konsert organ yang paling menyeronokkan, yang pernah disaksikan.

Grand Theatre de Bordeaux - Biarkan diri anda tenggelam dalam persembahan orkestra di The Grand Theatre. Anda boleh menikmati drama teater, konsert dan opera sambil mengagumi keindahan arsitektur bangunan ini. Bahagian luar bangunan ini terdapat ukiran-ukiran dewa dan dewi di mana di interiornya terdapat tangga masuk yang indah akan membuat anda merasa anda berada di era klasik.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Xperience Lain di Bordeaux

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved