Penerbangan murah ke Buenos Aires (EZE)

Cari dan tempah penerbangan murah ke Buenos Aires (EZE)

Laluan

Syarikat penerbangan

Jadual

Harga mulai

Austin (AUS) → Buenos Aires (EZE)
American Airlines
Isnin, 29 Apr 2024
RM 1,899.67
Miami (MIA) → Buenos Aires (EZE)
Air Canada
Jumaat, 24 Mei 2024
RM 3,163.82
Singapura (SIN) → Buenos Aires (EZE)
Penerbangan
Jumaat, 10 Mei 2024
RM 6,756.34
Barcelona (BCN) → Buenos Aires (EZE)
Penerbangan
Isnin, 20 Mei 2024
RM 8,749.75
Sydney (SYD) → Buenos Aires (EZE)
Penerbangan
Ahad, 05 Mei 2024
RM 12,160.55
Jakarta (CGK) → Buenos Aires (EZE)
Penerbangan
Selasa, 14 Mei 2024
RM 12,762.53
Bali / Denpasar (DPS) → Buenos Aires (EZE)
Penerbangan
Jumaat, 24 Mei 2024
RM 17,871.83
Paris (CDG) → Buenos Aires (EZE)
Penerbangan
Ahad, 26 Mei 2024
RM 21,034.81

Tiket Pesawat Murah ke Buenos Aires, Argentina

Terletak di tenggara Amerika Selatan, Buenos Aires adalah bandar terbesar dan ibu kota Argentina. Bandar ini adalah bandar paling ramai keempat di Amerika dengan 15.6 juta penduduk. Buenos Aires juga dianggap sebagai salah satu negara Amerika Latin yang terbaik dari segi kualiti hidup dan merupakan negara Amerika Selatan yang paling terkenal untuk dikunjungi oleh para pelancong.

Lapangan Terbang di Buenos Aires

Lapangan Terbang Antarabangsa Ministro Pistarini

Lapangan Terbang Antarabangsa Ministro Pistarini, juga dikenali sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa Ezeiza, merupakan lapangan terbang antarabangsa utama yang berkhidmat untuk Buenos Aires dan Argentina. Lapangan terbang ini terletak 22 kilometer di selatan-barat daya pusat bandar Buenos Aires. 85 peratus trafik udara antarabangsa melalui lapangan terbang ini, dengan kapasiti lebih daripada 11 juta penumpang setiap tahun. Lapangan Terbang Antarabangsa Ministro Pistarini juga merupakan hab penerbangan antarabangsa untuk Aerolíneas Argentinas dan LATAM Argentina. Lebih daripada 35 syarikat penerbangan sedang beroperasi di lapangan terbang ini, termasuk kedua-dua syarikat penerbangan tersebut. Tiada penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Buenos Aires. Penumpang yang berlepas dari Kuala Lumpur perlu mengambil penerbangan transit. Terdapat tiga terminal di lapangan terbang, semuanya untuk penerbangan antarabangsa.

Aeroparque Jorge Newbery

Aeroparque Jorge Newbery, atau Jorge Newbery Airfield terletak 2 kilometer dari pusat bandar Buenos Aires. Lapangan terbang ini sebelum ini digunakan untuk penerbangan domestik, dan kini hanya berkhidmat untuk penerbangan antarabangsa dari dan ke Uruguay. Tujuh syarikat penerbangan beroperasi di lapangan terbang ini adalah Aerolineas Argentinas, Austral Lineas Aereas, Amaszonas Uruguay, Andes Lineas Aereas, Flyest Lineas Aereas, LATAM Argentina dan Norwegian Air Argentina. Aeroparque Jorge Newbery mempunyai kapasiti lebih daripada 13 juta penumpang setiap tahun.

Lapangan Terbang El Palomar

Lapangan Terbang El Palomar mempunyai dua kegunaan iaitu untuk lapangan terbang komersial dan ketenteraan. Lapangan terbang ini terletak 18 kilometer barat dari kota Buenos Aires. Dua syarikat penerbangan kos rendah kini beroperasi di Lapangan Terbang El Palomar iaitu Flybondi dan JetSmart. Setiap syarikat penerbangan beroperasi untuk penerbangan domestik dan antarabangsa.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Buenos Aires?

Traveloka adalah enjin carian yang memudahkan para pelancong untuk mencari tiket penerbangan termurah ke Buenos Aires. Apa yang perlu anda lakukan adalah masukkan maklumat dalam kotak carian dan aplikasi ini akan mengesyorkan penerbangan yang terbaik mengikut bajet anda. Ia membandingkan harga tiket antara beberapa syarikat penerbangan yang dipercayai untuk membantu anda mendapatkan tawaran yang terbaik. Gunakan ciri pemberitahu harga Traveloka untuk dimaklumkan mengenai tiket penerbangan dalam lingkungan harga yang anda inginkan bagi mendapatkan tawaran yang terbaik ke Buenos Aires.

Bila Waktu Terbaik untuk ke Buenos Aires?

Buenos Aires adalah bandar empat musim dengan iklim subtropika lembap. Cuaca di sini adalah sederhana dan jarang mengalami suhu yang melampau kerana pengaruh lautan. Musim panas di Buenos Aires adalah panas dan lembap, terutama pada bulan Januari, dengan suhu sekitar 25 darjah Celcius. Musim sejuk boleh menjadi serendah 11 darjah Celcius, tetapi kebarangkalian salji sangat jarang berlaku. Cuaca lembap dan hujan juga boleh berlaku sepanjang tahun. Hujan yang paling lebat biasanya berlaku pada musim panas. Musim bunga dan musim luruh lebih selesa untuk melawat Buenos Aires, namun anda mungkin perlu bersedia untuk sebarang perubahan cuaca.

Sebagai salah satu hab budaya di Amerika Selatan, Buenos Aires menganjurkan perayaan tahunan yang menarik pengunjung tempatan dan antarabangsa. Salah satu perayaan yang paling terkenal ialah Carnaval atau Mardi Gras, yang disambut pada bulan Februari di mana pemain muzik berbaris dikenali sebagai muzik murgas bermain muzik berdram dan berarak bersama-sama dengan penari di seluruh bandar. Hari Kemerdekaan Argentina atau Dia de la Revolucion de Mayo disambut pada setiap 25 Mei. Buenos Aires juga terkenal sebagai rumah kepada opera dan balet dengan pembukaan musim pertunjukan pada bulan Mac, dan Festival Y Mundial de Tango selama dua minggu meraikan semua yang bertemakan tango. Sebagai tanda akhir musim Krismas, Perayaan Epiphany disambut dengan fiesta keluarga dan hadiah yang ditinggalkan dalam kasut kanak-kanak.

Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Buenos Aires?

Buenos Aires adalah salah satu daripada bandar-bandar yang paling banyak dikunjungi di dunia. Terdapat banyak tarikan yang boleh didapati di sini.

Plaza de Mayo - Semua pelancong yang melawat Buenos Aires harus pergi ke Plaza de Mayo di mana revolusi sejarah yang membawa kepada kemerdekaan Argentina dari Sepanyol bermula. Kawasan plaza telah diperbaharui untuk menampung lebih banyak pejalan kaki dan memudahkan lawatan anda di sekitar kawasan ini. Di antara bangunan jajahan yang lama yang boleh anda lihati di sini adalah Pink Presidential Palaca Casa Rosada dan Avenida de Mayo yang cantik.

La Boca - Anda akan kagum dengan kawasan kejiranan La Boca yang berwarna-warni. Bangunan-bangunan di sini dicat dengan warna-warna yang cerah dan dihiasi dengan pelbagai lukisan watak-watak. Anda juga boleh menemui kraftangan buah tangan tempatan, dan mungkin juga dapat mempelajari demonstrasi tango percuma di sini. Muzium Seni Hiasan Quinquela Martin juga boleh dikunjungi di La Boca.

Palermo dan Jardin Botanico - Palermo adalah taman tarikan utama bagi penduduk tempatan. Di sebelah Palermo ialah Jardin Botanico, sebuah taman botani sebesar 20 ekar yang ditubuhkan sejak tahun 1898. Anda boleh menikmati pemandangan lebih daripada 5000 spesies bunga dan melawat Taman Jepun Buenos Aires dan French and Italian Gardens sementara anda berada di sini.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Xperience Lain di Buenos Aires

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved