Penerbangan murah ke Changzhi (CIH)

Tiket Pesawat Murah ke Changzhi, China

Changzhi terletak di tenggara Wilayah Shanxi di Negara China. Dalam sejarah China, bandar ini merupakan salah satu daripada 36 kawasan pentadbiran yang pertama di bawah pemerintahan maharaja Dinasti Qin yang pertama. Changzhi kini telah dibangunkan untuk menjadi pusat perdagangan dan perindustrian yang penting dan GDP Changzhi adalah nombor satu berbanding bandar-bandar Shanxi yang lain. Tapak bersejarahnya dan pemandangan alam yang indah telah menarik ramai pelancong untuk melawat Changzhi.

Lapangan Terbang di Changzhi

Lapangan Terbang Changzhi Wangcun

Lapangan Terbang Changzhi Wangcun adalah lapangan terbang awam utama yang berkhidmat untuk bandar Changzhi dan bandar-bandar jiran di Shanxi. Lapangan terbang ini terletak hanya 7.5 kilometer dari pusat bandar. Lapangan Terbang Changzhi mampu menampung lebih 600,000 penumpang setiap tahun. Lapangan terbang ini kini dikendalikan oleh lapan syarikat penerbangan iaitu Air China, Air Travel, China Express Airlines, China Southern Airlines, China United Airlines, Juneyao Airlines, Kunming Airlines dan Ruili Airlines. Syarikat-syarikat penerbangan ini hanya berkhidmat untuk destinasi domestik di China dengan laluan ke Beijing, Guangzhou, Shanghai dan sebagainya. Penumpang dari Kuala Lumpur boleh menuju ke Changzhi dengan mengambil penerbangan transit. Setibanya di lapangan terbang, penumpang boleh mengambil pengangkutan tempatan yang ada untuk menuju ke destinasi anda di Changzhi.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Changzhi?

Traveloka adalah enjin carian yang memudahkan para pelancong untuk mencari tiket penerbangan termurah ke Changzhi. Apa yang perlu anda lakukan adalah masukkan maklumat dalam kotak carian dan aplikasi ini akan mengesyorkan penerbangan yang terbaik mengikut bajet anda. Ia membandingkan harga tiket antara beberapa syarikat penerbangan yang dipercayai untuk membantu anda mendapatkan tawaran yang terbaik. Gunakan ciri pemberitahu harga Traveloka untuk dimaklumkan mengenai tiket penerbangan dalam lingkungan harga yang anda inginkan bagi mendapatkan tawaran yang terbaik ke Changzhi.

Bila Waktu Terbaik untuk ke Changzhi?

Changzhi mempunyai iklim monsun benua yang sederhana. Bandar ini mempunyai empat musim berbeza yang dipengaruhi oleh peredaran monsun dan sinaran matahari. Musim panas adalah hangat dan hujan di Changzhi dengan suhu sekitar 21 darjah Celcius. Bulan Julai adalah bulan paling panas dengan hujan yang paling kerap di Changzhi. Musim sejuk adalah kering dan sejuk dengan suhu serendah -5 darjah Celsius. Cuaca pada musim bunga dan musim luruh adalah lebih sederhana dan masa terbaik bagi pelancong bersiar-siar di Changzhi. Suhu siang dan malam pada hari yang sama juga boleh berubah secara drastik bagi keempat-empat musim.

Demografi di Changzhi adalah Cina Han secara majoriti, dan beberapa kaum minoriti seperti Hui, Mongol dan Manchu. Perayaan di Changzhi kebanyakannya diraikan mengikut kalendar Lunar Cina. Orang Cina merayakan Tahun Baru Lunar dengan meriah dan menamatkan perayaan selama dua minggu tersebut dengan Festival Tanglung. Sepanjang tempoh ini, pertunjukan tarian singa berwarna-warni dapat dilihat di sekitar bandaraya. Festival Musim Bunga juga dirayakan pada bulan Februari di Lembah Taihang Joy, pada musim perayaan Tahun Baru. Festival ini memaparkan pengalaman adat tradisional di sepanjang Folk Custom Street dan bersiar-siar di Pergunungan Taihang. Festival Solstis Musim Sejuk, yang dikenali sebagai festival Dongzhi dalam bahasa Cina, dirayakan pada bulan Disember dengan mengadakan perayaan bersama keluarga dan tradisi penyembahan nenek moyang.

Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Changzhi?

Changzhi adalah salah satu daripada bandar-bandar yang paling banyak dikunjungi di China. Terdapat banyak tarikan yang boleh didapati di sini.

Taihang Grand Canyon - Taihang Grand Canyon adalah tarikan semula jadi yang terkenal di kalangan pelancong. Canyon berukuran 50 kilometer panjang ini mempunyai bentuk tebing dan bukit yang tinggi dan unik yang akan membuat anda terpesona. Di dalam kanyon ini terdapat kompleks Istana Taoist Zhenze yang telah dipelihara untuk ciri-ciri bersejarah dan artistiknya. Terdapat pelbagai kawasan yang indah untuk pelancong yang boleh diakses oleh kereta elektrik, kabel dan bot.

Kawasan Pemandangan Tongtianxia - Kawasan Pemandangan Tongtianxia terletak di hujung selatan Pergunungan Taihang. Terletak di sempadan Wilayah Shanxi dan Henan, Tongtianxia menyediakan pelbagai pemandangan yang indah pada musim yang berlainan. Sebagai contoh, anda dapat melihat pemandangan fros berais semasa musim sejuk atau pemandangan pokok bewarna-warni semasa musim bunga. Pengunjung boleh sampai ke bukit dengan berjalan kaki atau menaiki kereta kabel.

Gunung Xiantang - Gunung Xiantang adalah salah satu daripada lapan pemandangan dari Kerajaan Han Purba Shangdang dan disenaraikan salah satu tarikan tempatan dalam kamus China. Gunung ini mempunyai beberapa gua semulajadi dengan bentuk khas dan tumbuh-tumbuhan yang rumpun. Semasa menerokai kuil-kuil di Gunung Xiangtang, anda boleh mengambil peluang untuk menikmati udara sejuk yang bersih dan menyaksikan keindahan alam semulajadi.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved