Penerbangan murah ke Dresden (DRS)

Cari dan tempah penerbangan murah ke Dresden (DRS)

Laluan

Syarikat penerbangan

Jadual

Harga mulai

Frankfurt (FRA) → Dresden (DRS)
Lufthansa
Rabu, 15 Mei 2024
RM 632.28
Hanoi (HAN) → Dresden (DRS)
Penerbangan
Rabu, 15 Mei 2024
RM 2,379.51
Surabaya (SUB) → Dresden (DRS)
Penerbangan
Selasa, 11 Jun 2024
RM 3,130.58
Bangkok (BKK) → Dresden (DRS)
Penerbangan
Isnin, 27 Mei 2024
RM 3,275.73
Hanoi (HAN) → Dresden (DRS)
Penerbangan
Rabu, 15 Mei 2024
RM 3,579.64
Hanoi (HAN) → Dresden (DRS)
Penerbangan
Rabu, 15 Mei 2024
RM 3,840.38
Semarang (SRG) → Dresden (DRS)
Penerbangan
Khamis, 23 Mei 2024
RM 3,975.05
Hanoi (HAN) → Dresden (DRS)
Penerbangan
Khamis, 23 Mei 2024
RM 4,076.61
Jakarta (CGK) → Dresden (DRS)
Penerbangan
Khamis, 06 Jun 2024
RM 4,166.84
Semarang (SRG) → Dresden (DRS)
Penerbangan
Khamis, 23 Mei 2024
RM 4,690.27

Tiket Pesawat Murah ke Dresden, Jerman

Dresden merupakan ibu kota dan bandar kedua di dalam Free State of Saxony di Jerman. Ia terletak di lembah Sungai Elbe yang berhampiran dengan sempadan Republik Czech. Dresden mempunyai sejarah yang luas. Dresden dahulunya berfungsi sebagai ibu kota dan kediaman diraja bagi pemilih dan raja-raja Saxony. Penyatuan semula Jerman pada tahun 1990 membuatkan Dresden menjadi pusat budaya, pendidikan dan politik Jerman dan Eropah. Universiti Teknologi Dresden adalah salah satu daripada 10 universiti terbesar di Jerman. Ekonomi di Dresden merupakan yang terbaik dalam kalangan Free State of Saxony. Bandar Dresden ini juga merupakan salah satu bandar yang paling banyak dikunjungi di Jerman dengan 4.3 juta pelancong setiap tahun. Bangunan yang paling menonjol di bandar Dresden ialah Frauenkirche. Ia dibina pada abad ke-18. Walau bagaimanapun, ia telah dimusnahkan semasa Perang Dunia II. Runtuhannya dibiarkan selama 50 tahun sebagai peringatan perang sebelum dibina semula di antara 1994 dan 2005.

Lapangan Terbang di Dresden

1. Lapangan Terbang Dresden

Lapangan Terbang Dresden merupakan lapangan terbang antarabangsa di Dresden, ibu kota Free State of Saxony di Jerman. Ia terletak di Klotzsche, sebuah daerah di Dresden yang terletak 9 km di Utara dari pusat bandar. Lapangan terbang ini dikenali dalam bahasa Jerman sebagai Flughafen Dresden-Klotzsche. Lapangan Terbang Dresden ini beroperasi ke beberapa bandar di Eropah dan destinasi lain. Anak syarikat Airbus, Elbe Flugzeugwerke dan ST Aerospace berpangkalan di Lapangan Terbang Dresden ini. Lapangan terbang ini diperluaskan dan penerbangan ke bandar-bandar Eropah ditambah selepas penyatuan semula Jerman. Terminal kedua di Lapangan Terbang Dresden ini dibuka pada tahun 1995. Pada tahun 2001, terminal baru ditambah di lapangan terbang ini. Ia dibina semula dari bangunan penyelenggaraan pesawat. Pada tahun 2008, Lapangan Terbang Dresden telah mengendalikan 1,860,364 penumpang. Lapangan terbang ini dinamakan semula sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa Dresden pada September 2008. Selepas penutupan syarikat Germania pada awal tahun 2019, Sundair mengumumkan bahawa mereka akan menjadikan Lapangan Terbang Dresden sebagai pangkalan operasi mereka dan akan terbang ke destinasi-destinasi yang pernah digunakan oleh Germania.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Dresden?

Traveloka adalah enjin carian yang memudahkan para pelancong untuk mencari tiket penerbangan termurah ke Dresden. Apa yang perlu anda lakukan adalah masukkan maklumat dalam kotak carian dan aplikasi ini akan mengesyorkan penerbangan yang terbaik mengikut bajet anda. Ia membandingkan harga tiket antara beberapa syarikat penerbangan yang dipercayai untuk membantu anda mendapatkan tawaran yang terbaik. Gunakan ciri pemberitahu harga Traveloka untuk dimaklumkan mengenai tiket penerbangan dalam lingkungan harga yang anda inginkan bagi mendapatkan tawaran yang terbaik ke Dresden.

Bila Waktu Terbaik untuk ke Dresden?

Dresden sesuai dilawati pada bila-bila masa sepanjang tahun. Musim puncak di Dresden adalah pada bulan Mei hingga October. Pelancong akan membanjiri bandar Dresden pada bulan tersebut. Harga tiket penerbangan, hotel dan tarikan juga akan meningkat naik dari kebiasaan. Anda boleh berkunjung ke Dresden pada bulan Disember kerana pelancong tidak memenuhi bandar Dresden pada waktu itu.

Seperti kebanyak tempat di bahagian Timur Jerman, Dresden juga mempunyai iklim lautan mengikut klasifikasi iklim Koppen. Musim panas di Dresden adalah hangat dengan purata suhu 19 °C pada bulan Julai. Musim sejuk di Dresden pula mempunyai purata suhu sebanyak 0.1 °C pada bulan Januari.

Anda boleh berkunjung ke Dresden pada bulan Disember untuk meraikan Hari Natal dan Tahun Baru.

Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Dresden?

1. Dresden Frauenkirche – Ia merupakan sebuah gereja Lutheran di Dresden. Gereja ini merupakan gereja Katolik. Namun pada zaman reformasi, ia menjadi gereja Protestan. Gereja lama digantikan dengan bangunan Baroque Lutheran yang lebih besar pada abad ke-18. Ia dianggap sebagai contoh seni bina suci Protestan yang mempamerkan salah satu kubah terbesar di Eropah. Gereja ini pada asalnya dibina untuk memenuhi perminataan warga Dresden untuk menjadi Protestan setelah pemerintah mereka telah memeluk agama Katolik. Ia kini berfungsi sebagai lambang perdamaian antara bekas musuh peperangan. Pada abad ke-18, gereja ini telah dimusnahkan semasa pengeboman Dresden semasa Perang Dunia II. Runtuhan gereja itu telah dibiarkan selama 50 tahun sebagai peringatan perang. Namun, selepas penyatuan semula Jerman, gereja itu dibina semula.

2. Zwinger – Ia merupakan sebuah istana di bandar Dresden, Jerman. Ia dibina dalam gaya Baroque dan direka oleh arkitek Matthaus Daniel Poppelmann. Lokasi Zwinger ini dahulunya merupakan sebahagian daripada kubu Dresden. Kini, Zwinger menjadi sebuah kompleks muzium yang mengandungi Gemadegalerie Alte Meister atau pun Old Masters Picture Gallery, Koleksi Tembikar Dresden dan juga Peralatan Fizikal dan Matematik Kabinet Diraja.

3. Semperoper Dresden – Ia merupakan rumah Opera Negeri Saxon. Ia juga merupakan dewan konsert bagi Saxon State Orchestra. Ia juga merupakan rumah kepada Semperoper Ballett. Bangunan ini terletak berhampiran Sungai Elbe di pusat bersejarah Dresden, Jerman. Rumah opera ini pada asalnya dibina oleh arkitek Gottfried Semper pada tahun 1841. Kebakaran yang dahsyat berlaku pada tahun 1869. Rumah opera itu dibina semula selepas itu dan siap pada tahun 1878.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Xperience Lain di Dresden

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved