Dublin adalah kota terbesar di Ireland dan merupakan ibu kota Ireland. Dublin terletak di Pantai Timur Ireland, di Provinsi Leinster. Dublin juga terletak berhampiran dengan muara sungai Liffey River. Ianya disempadani dua buah gunung iaitu Dublin Mountain dan Wicklow Mountain dan dikelilingi tanah rata di bahagian utara dan barat. Dublin mempunyai bangunan yang hebat dengan senibina yang menakjubkan yang semestinya mengagumkan pelancong yang mengunjungi Dublin. Setiap penjuru di kota Dublin merupakan latar belakang yang menarik untuk mengambil gambar dan sesetengah tempat yang tertentu sudah mejadi kegemaran jurugambar untuk beraksi di Dublin untuk menghasilkan photobook atau poskad. Selain dari senibina yang mengagumkan, di Dublin juga terdapat alam semula jadi yang indah yang menjadi tempat wajib dikunjungi. Dublin merupakan sebuah destinasi pelancongan yang boleh memberikan pengalaman yang indah dan anda pasti akan menikmati percutian ini sebagai sebuah percutian yang hebat.
Dublin Airport atau Lapangan Terbang Dublin terletak di utara Kota Dublin, berdekatan dengan Swords di pusat pentadbiran Fingal. Lapangan terbang ini menawarkan servis rangkaian pengangkutan jarak jauh dan dekat, servis pengangkutan domestik di Ireland, dan pengangkutan jarak jauh ke United States, Kanada, Timur Tengah and Hong Kong. Dublin Airport merupakan lapangan terbang yang ke -18 tersibuk di Eropah dan lapangan terbang tersibuk di Ireland. Terdapat pelabagai kemudahan seperti pusat membeli- belah bebas cukai dan restoran yang memudahkan penumpang yang berkunjung ke Dublin. Anda boleh mendapatkan pelbagai pilihan pengangkutan awam di terminal lapangan terbang ini seperti bas, teksi dan kereta api untuk bergerak ke destinasi yang ingin anda kunjungi.
Traveloka merupakan sebuah aplikasi pencarian yang memudahkan pelancong untuk medapatkan harga penerbangan terendah ke Dublin. Apa yang perlu anda lakukan ialah masukkan segala perincian yang diperlukan ke dalam kotak pencarian, dan aplikasi ini akan membantu anda untuk mendapatkan tiket penerbangan dengan memaparkan perbandingan harga antara syarikat penerbangan dan menawarkan harga penerbangan mengikut kesesuaian kemampuan anda. Gunakan ciri peringatan harga di aplikasi Traveloka agar anda dinotifikasikan dengan harga penerbangan terbaik ke Dublin.
Kebanyakan pelancong semestinya risau dengan hujan di Ireland, dan menangguhkan percutian sehingga musim panas. Waktu terbaik untuk mengunjungi Dublin ialah pada bulan April atau May, di mana pada ketika ini adalah permulaan kepada musim bunga dan jumlah pengunjung juga tidak menyesakkan. Anda juga boleh berkunjung pada bulan Oktober, sebelum musim sejuk tiba. Pada waktu cuti umum sepeti, St. Patrick’s Day dan minggu sebelum perayaan Christmas, waktu ini juga merupakan waktu yang terbaik untuk bercuti di Dublin bagi meraikan musim perayaan di Ireland. Berkunjung ke Dublin pada musim panas iaitu Jun sehingga Ogos, sudah pasti menyesakkan anda dengan kebanjiran pelancong yang ramai meskipun cuacanya amat baik sekali untuk melakukan aktiviti. Harga hotel dan penerbangan juga semestinya mahal pada musim ini.
Wikclow Mountains National Park- Lawatan ke Wicklow Mountain National Park akan menjadi sebuah lawatan yang hebat untuk megelak dari kesesakan kota dan menenangkan fikiran. Destinasi ini sangat terkenal sebagai lokasi penggambaran filem P.S I Love You, yang memaparkan keindahan panorama yang menakjubkan. Untuk ke destinasi ini, anda akan dikenakan bayaran yang merangkumi pengangkutan pergi dan balik ke Dublin, pembawa pelancong yang akan menerangkan serba sedikit sejarah kawasan tersebut, makanan tradisional Ireland dan anda juga akan dibawa melawat kawasan sekitar tempat ini untuk menikamati keindahan alam semula jadi. Peluang mengambil gambar semestinya jangan disia-siakan jika melawat ke Wicklow Mountain National Park.
Cliffs of Moher- Destinasi yang terbaik juga menanti anda ialah Cliffs of Moher. Tempat ini juga menjadi lokasi penggambaran untuk filem Harry Potter and The Half Blood Prince. Anda pasti akan memperoleh pengalaman yang tidak dapat dilupakan dengan menyaksikan keindahan alam semula jadi yang hebat dan menakjubkan. Untuk ke Cliffs of Moher, anda perlu ke pusat pelancongan di Dublin untuk menempah dan menyusun aktiviti bagi perjalanan ke Cliffs of Moher.
The Spire of Dublin- The Spire of Dublin adalah sebuah monumen yang paling mudah dikenalpasti meskipun anda berada dari jarak yang jauh. Monumen ini berdiri tegak dan gah di O’ Connell Street. Ketinggiannya ialah 120 meter. Tempat ini sesuai untuk dikunjungi tidak kira siang ataupun malam hari.