Penerbangan murah ke Edmonton (YEG)

Cari dan tempah penerbangan murah ke Edmonton (YEG)

Laluan

Syarikat penerbangan

Jadual

Harga mulai

Vancouver (YVR) → Edmonton (YEG)
WestJet
Khamis, 06 Jun 2024
RM 195.29
Seattle (SEA) → Edmonton (YEG)
Alaska Airlines
Isnin, 27 Mei 2024
RM 646.28
Seattle (SEA) → Edmonton (YEG)
Delta Airlines
Isnin, 03 Jun 2024
RM 748.91
Los Angeles (LAX) → Edmonton (YEG)
United Airlines
Selasa, 11 Jun 2024
RM 813.66
Los Angeles (LAX) → Edmonton (YEG)
Penerbangan
Ahad, 09 Jun 2024
RM 1,744.12
Victoria (YYJ) → Edmonton (YEG)
Penerbangan
Jumaat, 17 Mei 2024
RM 1,929.95
Hanoi (HAN) → Edmonton (YEG)
Penerbangan
Khamis, 06 Jun 2024
RM 3,067.90
Bangkok (BKK) → Edmonton (YEG)
Penerbangan
Isnin, 27 Mei 2024
RM 3,148.24
Hanoi (HAN) → Edmonton (YEG)
Penerbangan
Khamis, 13 Jun 2024
RM 3,319.32
Cebu (CEB) → Edmonton (YEG)
Penerbangan
Jumaat, 24 Mei 2024
RM 3,477.59

Tiket Pesawat Murah ke Edmonton, Kanada

Edmonton adalah ibu kota Alberta, sebuah wilayah di Kanada. Ia adalah pusat kepada Wilayah Metropolitan Edmonton, dikelilingi oleh pusat tengah Alberta. Ia adalah salah sebuah bandar terbesar di Alberta, yang mempunyai sekitar sejuta orang penduduk. Edmonton adalah pusat kerajaan, kebudayaan dan pendidikan.

Lapangan Terbang di Edmonton

1. Lapangan Terbang Antarabangsa Edmonton

Ini adalah lapangan terbang utama untuk penumpang dan kargo di Wilayah Metropolitan Edmonton. Ia adalah sebuah lapangan terbang terbesar berdasarkan dengan saiz kawasan tanah dan lapangan terbang kelima tersibuk di Kanada. Lapangan Terbang Antarabangsa Edmonton telah mengendalikan lebih daripada lapan juta orang penumpang pada 2018. Beberapa syarikat penerbangan mempunyai hab di lapangan terbang tersebut dan antara mereka adalah Flair Airlines dan Canadian North. Lapangan Terbang Antarabangsa Edmonton terletak 26 kilometer jauhnya dari pusat bandar. Beberapa pengangkutan darat tersedia yang menghubungkan lapangan terbang ke bandar. Ia boleh diakses melalui Lebuhraya Queen Elizabeth II. Terdapat juga perkhidmatan bas yang akan pergi ke beberapa tempat di bandar dan ke stesen LRT yang terdekat. Perkhidmatan ulang alik lapangan terbang dengan hentian yang telah ditetapkan juga tersedia di hotel. Hentian-hentian ini selalunya terletak berdekatan dengan hotel-hotel utama di bandar dan perkhidmatan ini perlu ditempah terlebih dahulu terlebih dahulu.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Edmonton?

Tiket penerbangan ke Edmonton, Kanada boleh menjadi sangat mahal secara amnya. Walau bagaimanapun, jika seseorang tahu di mana untuk mencari, harga tiket boleh menjadi murah dan juga berpatutan. Tempat terbaik untuk mendapatkan tiket murah adalah dengan melihat laman web Traveloka atau menggunakan aplikasi mudah alihnya. Traveloka adalah sebuah enjin carian, khusus untuk hotel, tempat penginapan dan tiket penerbangan, belum lagi dengan pilihan lawatan yang tersedia. Kedua-dua laman web dan aplikasi mudah alih mempunyai antara muka mesra pengguna dan menjadikan carian menjadi mudah. Hanya masukkan kata kunci yang berkaitan, menyediakan parameter seperti tarikh dan anggaran harga dan klik 'cari.' Hanya dalam beberapa saat, laman web Traveloka akan menunjukkan tawaran terbaik yang terdapat di internet berdasarkan parameter yang telah ditetapkan. Harga masih terlalu tinggi? Gunakan ciri pemberitahuan harga. Ia akan memaklumkan kepada anda apabila harga jatuh ke dalam anggaran yang diingini.

Bila Waktu Terbaik untuk ke Edmonton?

Masa terbaik untuk terbang ke Edmonton adalah semasa musim panas; dari bulan Jun hingga September, dengan purata cuaca sederhana sekitar 23 ° C. Bandar ini juga mempunyai banyak perayaan utama yang berlangsung pada musim panas. Harga tiket dan tempat penginapan juga berada pada anggaran yang lebih tinggi pada musim panas kerana ia adalah puncak musim pelancongan. Masa yang paling murah untuk melawat bandar Edmonton adalah semasa musim sejuk kerana suhu boleh menjadi sangat sejuk. Namun, masih terdapat banyak perkara untuk dilakukan pada masa itu dengan pelbagai perayan yang berlangsung.

Terdapat banyak perayaan yang berlangsung sepanjang tahun. Pada musim panas, perayaan-perayaan ini berlangsung dengan sepenuh hati. Salah satu perayaan utama mereka adalah Festival Muzik Rakyat Edmonton, sebuah acara tahunan muzik luar empat hari yang diadakan pada pertengahan bulan Ogos. Terdapat beberapa buah festival muzik yang berlaku pada bulan-bulan musim panas. Semasa musim sejuk, perayaan biasanya tetang sukan musim sejuk dan sambutan Krismas. Musim luruh pula membawa festival seni dan reka bentuk sementara musim bunga biasanya penuh dengan perayaan yang berkaitan dengan makanan.

Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Edmonton?

1. Fort Edmonton Park - ini adalah sebuah muzium sejarah hidup terbesar di Kanada. Muzium ini dipenuhi dengan sejarah Edmonton, tidak hanya terhad kepada hanya diorama dan artifak. Struktur bersejarah, acara kereta api, persembahan langsung dan juga filem 4D dipaparkan di Fort Edmonton Park, sepanjang tahun.

2. Muttart Konservatori - Sebuah taman botani yang mempunyai koleksi flora dan fauna yang hebat di rumah hijau dan taman awam. Terdapat juga empat buah piramid yang terbuat daripada kaca. Setiap piramid mempunyai koleksi tumbuhan berdasarkan iklim tertentu; satu untuk setiap iklim tropika, sederhana dan panas. Piramid keempat menunjukkan tumbuhan yang berubah dengan musim dan banyak tumbuhan berbunga.

3. West Edmonton Mall - Ini adalah pusat membeli-belah terbesar, bukan sahaja di Edmonton tetapi seluruh Amerika Utara. Ia mempunyai keluasan sebesar 490 ribu meter persegi, dengan lebih daripada 800 buah kedai dan perkhidmatan. Pusat membeli-belah ini juga mempunyai dua buah hotel dan lebih daripada seratus tempat makan manakala tempat letak kereta boleh mempunyai 200 ribu buah kenderaan. Terdapat sembilan tarikan di dalam West Edmonton Mall, termasuk sebuah taman air yang besar, beberapa buah rollercoasters dan juga sebuah gelanggang ais yang besar. Pusat membeli-belah ini juga merupakan pusat transit utama di sebelah selatan bangunan, tepat di luar pintu masuk. Pusat transit ini mempunyai perkhidmatan yang disediakan oleh Edmonton Transit System dan St Albert Transit, syarikat bas awam yang berkhidmat di bandar Edmonton dan bandar St Albert.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Xperience Lain di Edmonton

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved