Penerbangan murah ke Fuyang (FUG)

Cari dan tempah penerbangan murah ke Fuyang (FUG)

Laluan

Syarikat penerbangan

Jadual

Harga mulai

Guangzhou (CAN) → Fuyang (FUG)
China Southern Airlines
Rabu, 15 Mei 2024
RM 787.78
Bandar Ho Chi Minh (SGN) → Fuyang (FUG)
Penerbangan
Sabtu, 27 Apr 2024
RM 2,332.69
Bandar Ho Chi Minh (SGN) → Fuyang (FUG)
Penerbangan
Sabtu, 27 Apr 2024
RM 2,445.34

Tiket Pesawat Murah ke Fuyang, China

Fuyang terletak di utara Wilayah Anhui. Keindahan landskap semulajadi yang menggamit jiwa adalah sebab yang munasabah menerangkan mengapa anda perlu melawat Fuyang. Ia juga dekat dengan Pagoda Weng Feng yang terkenal dengan keunikannya dalam strukturnya. Semasa anda berada di sini, anda boleh melawat kampung yang membuat kertas dan belajar tradisinya bagaimana membuat kertas menggunakan kaedah lama yang telah dipertahankan setelah sekian lama.

Lapangan Terbang di Fuyang

1. Lapangan Terbang Fuyang Xiguan (FUG)

Ia merupakan lapangan terbang domestik di China. Ia berjarak 9 km dari pusat bandar dan anda boleh sampai ke sana dengan menggunakan kereta api atau bas. Pada masa ini, lapangan terbang ini boleh menerima 16 penerbangan domestik dari beberapa syarikat penerbangan seperti Tianjin Airlines (GS), Qingdao Airlines (QW), Sichuan Airlines (3U), China Uniteed (KN), China Express (G5), Air China (CA) China Southern (CZ), Shanghai Airlines (FM) dan GX Airlines (GX). Terdapat dua lapangan terbang alternatif yang paling hampir dengan Fuyang iaitu Lapangan Terbang Xuzhou Guanyin (XUZ) dan Lapangan Terbang Hefei Xin Qiao (HFE). Walau bagaimanapun, kebanyakan penerbangan dari Malaysia akan mempunyai transit di Lapangan Terbang Guangzhou (CAN) sebelum meneruskan ke FUG.

2. Lapangan Terbang Antarabangsa Guangzhou Baiyun (CAN)

Ia adalah lapangan terbang utama di Guangzhou, dan ia merupakan lapangan terbang kedua paling sibuk di China. Lapangan terbang ini dilengkapi dengan hotel sendiri, Pullman Baiyun Airport Hotel. Jika anda ingin pergi ke bandar berdekatan, anda hanya boleh menempah pemindahan lapangan terbang, teksi, van dan kereta eksekutif atas talian melalui laman webnya.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Fuyang?

Traveloka adalah enjin carian yang memudahkan para pelancong untuk mencari tiket penerbangan termurah ke Fuyang. Apa yang perlu anda lakukan adalah masukkan maklumat dalam kotak carian dan aplikasi ini akan mengesyorkan penerbangan yang terbaik mengikut bajet anda. Ia membandingkan harga tiket antara beberapa syarikat penerbangan yang dipercayai untuk membantu anda mendapatkan tawaran yang terbaik. Gunakan ciri pemberitahu harga Traveloka untuk dimaklumkan mengenai tiket penerbangan dalam lingkungan harga yang anda inginkan bagi mendapatkan tawaran yang terbaik ke Fuyang.

Bila Waktu Terbaik untuk ke Fuyang?

Musim kemuncak akan berada di bulan Mac, Jun dan Julai. Harga untuk tiket kapal terbang dan penginapan akan meningkat pada bulan-bulan ini disebabkan oleh permintaan yang tinggi. Untuk mengelakkan berbelanja berlebihan, anda dinasihatkan untuk membeli tiket penerbangan anda lebih awal jika anda ingin datang pada masa ini. Musim bukan kemuncak ialah pada bulan Oktober, jadi, jika anda melawat Fuyang pada bulan ini, harga akan lebih murah daripada biasa. Masa terbaik untuk terbang di sini antara lewat Mac hingga awal Jun kerana anda akan merasai cuaca yang indah di Fuyang dengan kurang sekatan terhadap rancangan aktiviti luar anda.

Fuyang mempunyai empat musim, musim bunga, musim panas, musim gugur dan musim sejuk. Musim bunga bermula pada bulan Mac hingga Mei dengan cuaca yang sejuk. Suhu purata berkisar 9.3 ° C hingga 28.9 ° C. Hari-hari hujan adalah biasa dengan lima hingga enam hari curah hujan setiap bulan. Sediakan diri anda payung di mana sahaja anda pergi, jika anda tidak mahu basah. Dari bulan Jun hingga Ogos, matahari akan membakar langit yang menandakan musim panas. Suhunya agak panas dan Fuyang adalah tempat kegilaan pelancong pada bulan-bulan ini. Sekiranya anda tidak menyukai lautan orang, jangan datang pada tempoh ini. Semua daun jatuh dengan indah di laluan jejak kaki menandakan musim luruh. Ia bermula pada bulan September hingga November dengan suhu purata 11.8 ° C hingga 27.1 ° C orang akan kurang melawat Fuyang semasa musim gugur. Pada Disember hingga Februari, musim sejuk di Fuyang dengan suhu purata ialah 6.3 ° C hingga 11.8 ° C. Cuaca sejuk menjadikannya bulan paling kurang popular di kalangan pelancong.

Pada musim bunga, Fuyang akan mengadakan Festival Musim Bunga pada hari pertama kalendar Lunar Cina. Penduduk tempatan akan menyalakan mercun pada waktu subuh. Lelaki akan menyediakan sup gula manakala wanita memasak mie changshou. Pada awal bulan Jun, orang Fuyang akan meraikan perayaan perahu naga atau dikenali sebagai perayaan Duanwu. Penduduk tempatan akan menghiasi pintu dengan daun herba dan mengasap di sekeliling rumah dengan herba yang telah dibakar. Hanya pada tahun-tahun kebelakangan ini, kerajaan China telah memulakan Festival Penuai Peladang pada ekuinoks musim gugur di Fuyang. Perayaan ini dimulakan untuk mempromosikan peningkatan pertanian dan meningkatkan taraf hidup petani. Aktiviti ini termasuk perlumbaan kereta sorong, penanaman padi dan banyak lagi.

Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Fuyang?

1. Lawati Pagoda WenFeng - merupakan mercu tanda yang terletak di tengah-tengah Yingzhou Lu. Pagoda ini adalah menara fengshui, ia dibina untuk menghalang anasir jahat keluar meluap dari tanah. Dikatakan bahawa pagoda ini dibina untuk mencipta kekuatan balikan untuk menaikkan tenaga untuk perkembangan literatur yang semakin lemah pada masa tersebut.

2. Nikmati pemandangan Tasik Barat Yingzhou - Anda perlu melawat tempat ini yang jauh dari kehidupan bandar sejauh 15km dari tasik ini. Keindahan tasik terjalin hubungan dengan hutan, Bersama sekali bangunan-bangunan tua tetapi estetik ini membuat setiap permandangan bernilai untuk ditangkap oleh kamera anda.

3. Terokai kampung yang membuat kertas di dekat Sungai Fuchun - kampung ini telah menyumbang sejarah pembuatan kertas di China. Penduduk kampung di sini sangat mesra, mereka akan memakai pakaian kuno dan mengajar anda cara menghasilkan kertas menggunakan alat-alat yang dipelihara setelah sekian lamanya.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved