Penerbangan murah ke Goroka (GKA)

Pesawat ke Goroka

Goroka adalah sebuah bandar kecil di Wilayah Highland Timur Papua New Guinea. Menurut statistik pada tahun 2019, jumlah penduduk di Goroka adalah 21507 orang. Pada zaman dahulu, bandar ini mengamalkan penanaman kopi dan memiliki beberapa lombong emas. Pada tahun 1950-an, ia mempunyai beberapa bangunan dan kemudahan yang moden. Goroka terkenal dengan pertunjukan kebudayaannya yang menunjukkan kepelbagaian budaya Papua New Guinea. Pelbagai tempat yang menarik di Goroka yang harus dikunjungi seperti tempat bersejarah dan tapak warisan. Selain itu, para pengunjung juga boleh melawat beberapa ladang dan tempat penanaman kopi.

Lapangan Terbang di Goroka

1. Lapangan Terbang Goroka

Terletak di bandar Goroka, Lapangan Terbang Goroka adalah lapangan terbang yang hanya mengendalikan penerbangan domestik. Oleh kerana lapangan terbang ini mengendalikan penerbangan domestic sahaja, hanya terdapat satu terminal di lapangan terbang ini iaitu terminal domestik. Pada setiap hari, ia akan mengendalikan 2 penerbangan sahaja iaitu Air Niugini dan Airlines PNG. Bagi Air Niugini, ia akan membuat laluan mereka ke Port Moresby. Manakala bagi Airlines PNG, destinasinya ialah Lae dan Mount Hagen. Jarak antara bandar Goroka dan Lapangan Terbang Goroka hanya 1.8 kilometer dengan menaiki teksi.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Goroka?

Traveloka adalah laman web dan aplikasi pelancongan yang menjadikan ia mudah bagi pelancong untuk mencari penerbangan paling berpatutan ke Goroka. Apa yang perlu anda lakukan adalah menaip maklumat dalam kotak carian dan aplikasi itu akan mengesyorkan perjalanan yang terbaik mengikut bajet anda. Ia juga membandingkan kos penerbangan di sesetengah syarikat penerbangan yang boleh dipercayai untuk membantu anda dengan mendapatkan tawaran yang bagus. Gunakan ciri pemberitahu harga Traveloka untuk dimaklumkan mengenai harga tiket penerbangan dyang anda inginkan untuk mendapatkan harga penerbangan yang terbaik ke Goroka.

Bila Waktu Terbaik untuk ke Goroka?

Musim kemuncak di Goroka adalah pada musim kering yang bermula dari bulan Mei hingga Oktober. Bagi musim luar kemuncak, ia berlaku dari bulan November hingga April. Waktu terbaik untuk berkunjung ke Goroka adalah pada musim kemuncak. Ini adalah kerana cuacanya panas dan hujan jarang berlaku. Oleh itu, para pengunjung dapat bersiar-siar dengan mudah dan menyelam skuba pada tempoh ini. Selain itu, pelbagai perayaan yang boleh dilihat oleh para pengunjung. Bagi musim luar kemuncak, para pengunjung juga boleh menerokai bandar Goroka tetapi para pengunjung perlu bersiap-sedia dengan cuaca yang tidak mengizinkan. Kebiasaanya hujan lebat akan berlaku ketika ini. Goroka mengalami iklim tropika iaitu iklim panas dan lembap sepanjang tahun. Suhu purata di Goroka adalah kira-kira 19.5 darjah Celcius.

Papua New Guinea terkenal dengan kepelbagaian budaya. Di Goroka, The Goroka Show merupakan festival utama yang disambut oleh penduduk Goroka. Ia bertujuan untuk menghimpunkan suku kaum Goroka. The Goroka Show diadakan pada setiap tahun iaitu dalam bulan September. Perayaan ini telah menarik ramai pengunjung tempatan dan pengunjung asing. Para pengunjung juga dapat mempelajari budaya Goroka dengan melihat pesembahan tarian, muzik dan kebudayaan. Perayaan yang seterusnya ialah Festival Buaya. Ia adalah untuk menghargai betapa pentingnya kehidupan buaya di Papua New Guinea. Para pengunjung boleh melihat banyak buaya di Sungai Sepik. Selain itu, terdapat juga Festival Kesenian dan Kebudayaan Papua New Guinea yang merupakan satu lagi perayaan kebudayaan di Papua New Guinea. Para pengunjung dapat melihat pelbagai pertunjukan dari zaman moden dan tradisional dan melihat karya seni oleh pelukis tempatan dipamerkan di festival ini.

Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Goroka?

1. Muzium JK McCarthy - Muzium JK McCarthy dinamakan sempena namanya pegawai peronda, JK McCarthy. Beliau juga merupakan pengarang New Guinea bagi buku-buku klasik. Muzium ini telah memaparkan beberapa koleksi pada zaman dahulu di Papua New Guinea. Para pengunjung dapat melihat senjata, pakaian tradisional, perhiasan, alat muzik, tembikar, koleksi foto dan koleksi dari Perang Dunia II di muzium ini.

2. Goroka Coffee Roaster - Goroka Coffee Roaster adalah salah satu tempat yang harus dilawati di Goroka. Kopi Goroka ditanam di tanah gunung berapi dan dikelilingi oleh udara segar. Para pengunjung dapat mempelajari proses mengeksport kopi mentah di tempat ini. Sebagai cenderamata, para pengunjung boleh membeli produk mereka seperti Highland Blue, Gold Paradise, Espresso Ground dan banyak lagi.

3. Teater Raun-Raun - Teater Raun-Raun telah dibina pada tahun 1980-an. Bangunan teater ini merupakan salah satu warisan kemerdekaan di Papua New Guinea. Ia merupakan teater untuk persembahan tradisional dan kontemporari. Para pengunjung juga dapat menonton pertunjukan nyanyian dan tarianyang menggunakan beberapa alat muzik tradisional di teater ini.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Xperience Lain di Goroka

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved