Penerbangan murah ke Hervey Bay (HVB)

Cari dan tempah penerbangan murah ke Hervey Bay (HVB)

Laluan

Syarikat penerbangan

Jadual

Harga mulai

Sydney (SYD) → Hervey Bay (HVB)
Jetstar
Ahad, 26 Mei 2024
RM 312.15
Melbourne (MEL) → Hervey Bay (HVB)
Penerbangan
Selasa, 30 Apr 2024
RM 712.59
Melbourne (MEL) → Hervey Bay (HVB)
Penerbangan
Selasa, 30 Apr 2024
RM 876.41
Melbourne (MEL) → Hervey Bay (HVB)
Penerbangan
Khamis, 02 Mei 2024
RM 954.70
Sydney (SYD) → Hervey Bay (HVB)
Qantas
Rabu, 15 Mei 2024
RM 995.60
Melbourne (MEL) → Hervey Bay (HVB)
Penerbangan
Selasa, 30 Apr 2024
RM 1,375.92
Melbourne (MEL) → Hervey Bay (HVB)
Penerbangan
Rabu, 01 Mei 2024
RM 1,458.05

Pesawat ke Hervey Bay, Australia

Hervey Bay terletak di utara Brisbane iaitu di Pantai Fraser Queensland, Australia. Ia adalah bandar yang mempunyai jumlah penduduk lebih daripada 54000 orang. Bandar ini dikenali sebagai syurga akuatik. Ia merupakan salah satu lokasi terbaik untuk melihat ikan paus di dunia. Tambahan pula, para pengunjung boleh mendapatkan pengalaman berenang bersama ikan paus. Selain itu, Hervey Bay juga merupakan destinasi yang tepat untuk melakukan aktiviti air seperti memancing, berenang, menyelam dan banyak lagi. Bandar ini mempunyai beberapa pantai yang indah dengan pemandangan yang menakjubkan dan sangat disyorkan untuk dilawati oleh para pengunjung.

Lapangan Terbang di Hervey Bay

1. Lapangan Terbang Hervey Bay

Lapangan Terbang Hervey Bay beroperasi untuk bandar Hervey Bay. Lapangan terbang ini telah mengendalikan beratus-ratus penerbangan domestik seperti Qantas Link oleh Sunstate Airlines dan Virgin Australia. Qantas Link akan membuat perjalanan mereka ke Brisbane dan destinasi bagi Virgin Australia ialah Sydney. Jarak antara lapangan terbang dan bandar adalah dalam 24.4 kilometer. Dari lapangan terbang, perjalanannya akan mengambil masa dalam 20 minit ke bandar. Dengan mengambil teksi, tambang teksi akan dikenakan sekitar $ 24.63 iaitu RM 71.06.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Hervey Bay?

Traveloka adalah laman web dan aplikasi pelancongan yang menjadikan ia mudah bagi pelancong untuk mencari penerbangan paling berpatutan ke Hervey Bay. Apa yang perlu anda lakukan adalah menaip maklumat dalam kotak carian dan aplikasi itu akan mengesyorkan perjalanan yang terbaik mengikut bajet anda. Ia juga membandingkan kos penerbangan di sesetengah syarikat penerbangan yang boleh dipercayai untuk membantu anda dengan mendapatkan tawaran yang bagus. Gunakan ciri pemberitahu harga Traveloka untuk dimaklumkan mengenai harga tiket penerbangan dyang anda inginkan untuk mendapatkan harga penerbangan yang terbaik ke Hervey Bay.

Bila Waktu Terbaik untuk ke Hervey Bay?

Musim kemuncak di Hervey Bay adalah pada musim sejuk iaitu dari bulan Jun hingga Ogos. Musim luar kemuncak berlaku dari bulan November hingga Mac iaitu pada musim panas. Ramai pengunjung bercuti ke Hervey Bay pada musim sejuk kerana cuacanya sederhana dan suhunya sekitar 13 hingga 26 darjah Celcius. Tambahan pula, ia adalah masa yang sesuai untuk para pengunjung melihat ikan paus. Oleh itu, waktu terbaik untuk berkunjung ke bandar ini adalah pada musim sejuk. Para pengunjung juga boleh membuat lawatan ke bandar pada musim panas. Walau bagaimanapun, para pengunjung akan menghadapi cuaca panas yang terik dan hujan lebat. Para pengunjung juga boleh memilih untuk bercuti di Hervey Bay pada musim luruh dan musim bunga. Kedua-dua musim ini mempunyai cuaca yang cerah dan suhu yang ideal dimana para pengunjung dapat menerokai bandar dengan lebih selesa dan melakukan aktiviti air. Hervey Bay mempunyai iklim subtropika. Suhu purata tertinggi adalah sekitar 29 darjah Celsius dan paling rendah adalah dalam 10 darjah Celsius.

Para pengunjung dapat menyaksikan dua perayaan besar di Hervey Bay. Pertama ialah Festival Ikan Paus Hervey Bay. Ia dianjurkan untuk mendedahkan kepentingan lautan dan meningkatkan pengetahuan tentang hidupan laut dan haiwan lain yang tinggal di Hervey Bay. Para pengunjung boleh menyaksikan konsert secara langsung dan melihat pemuliharaan haiwan di festival ini. Ia berlaku pasa setiap tahun iaitu dalam bulan Ogos. Seterusnya ialah Festival Hervey Bay Seafood. Ia untuk meraikan kehidupan haiwan laut dan haiwan di sekitar Hervey Bay. Para pengunjung dapat melihat demonstrasi masakan oleh tukang masak yang handal dan merasa makanan laut tempatan yang baru dimasak. Para pengunjung juga boleh mendapatkan minuman seperti wain, bir dan minuman tanpa alkohol yang lain di festival ini. Festival ini juga turut mengadakan persembahan nyanyian oleh artis tempatan.

Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Hervey Bay?

1. Muzium dan Kampung Bersejarah Hervey Bay - Hervey Bay Historical Village & Museum adalah salah satu tempat tarikan pengunjung yang terkenal di Hervey Bay. Ia terdiri daripada 27 tapak bersejarah yang telah menempatkan koleksi lebih daripada 12000 barang bersejarah seperti perabot, jentera, peralatan rumah, pakaian dan banyak lagi. Para pengunjung juga boleh menemui sebuah gereja lama, stesen kereta api dan Sekolah Negeri Dundowran yang lama.

2. Taman Botani Hervey Bay - Hervey Bay Botanic Gardens terletak di Elizabeth Street, Urangan. Ia mempunyai kawasan seluas 26 hektar. Para pengunjung dapat menemui pelbagai jenis pokok dan tumbuh-tumbuhan di taman ini. Para pengunjung juga dapat melihat burung dan kehidupan akuatik di kawasan taman ini. Selain itu, taman ini adalah destinasi yang sesuai bagi para pengunjung yang ingin berkelah dan barbeku bersama keluarga mereka.

3. Akuarium Reef World - Reef World Aquarium adalah akuarium semulajadi yang menggunakan hanya air laut dan cahaya matahari. Para pengunjung dapat melihat pelbagai hidupan laut di akuarium ini termasuk ikan jerung, ikan terumbu karang dan penyu laut hijau. Para pengunjung dibenarkan untuk memberi makanan kepada haiwan. D samping itu, para pengunjung dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan tentang hidupan laut semasa berkunjung di tempat ini.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved