Penerbangan murah ke Honolulu (HNL)

Cari dan tempah penerbangan murah ke Honolulu (HNL)

Laluan

Syarikat penerbangan

Jadual

Harga mulai

Singapura (SIN) → Honolulu (HNL)
Penerbangan
Jumaat, 03 Mei 2024
RM 3,530.27
Jakarta (CGK) → Honolulu (HNL)
Penerbangan
Khamis, 16 Mei 2024
RM 3,642.06

Aktiviti menarik di Honolulu

Oahu Kualoa Ranch Half-Day Package | Hawaii

RM 572.92
Sea Life Park Ticket with Dolphin Encounter | Hawaii

RM 945.73
Aloha Kai Luau at Sea Life Park Hawaii
Aloha Kai Luau at Sea Life Park Hawaii
RM 676.91
Coral Crater Adventure Park
Coral Crater Adventure Park
RM 501.37
Hawaii Sea Life Park Ticket: Hawaiian Reef Encounter | Honolulu

RM 449.00
Sea Life Park Ticket | Hawaii
Sea Life Park Ticket | Hawaii
RM 225.34
Lihat lebih banyak pilihan aktiviti

Tiket Pesawat Murah ke Honolulu, Hawaii, Amerika Syarikat

Honolulu sudahpun sedia terkenal dengan Diamond Head yang merupakan gunung tuf vulkanik yang merupakan sebahagian daripada Honolulu Volcanic Series yang sedikit lebih muda daripada Koʻolau Mountain Range yang berhampiran. Honolulu adalah ibu negeri Hawaii dan juga bandar terbesar di negeri ini, sebagai bandar utama yang terletak paling barat di Amerika Syarikat (A.S.). Honolulu dianggap sebagai pusat kewangan utama bagi kawsan kepulauan dan Lautan Pasifik serta hab perniagaan antarabangsa dan pertahanan serta ketenteraan. Selain itu, Honolulu adalah pusat pertembungan pelbagai budaya, masakan, dan tradisi Timur, Barat dan Pasifik.

Lapangan Terbang di Honolulu

1. Lapangan Terbang Antarabangsa Daniel K. Inouye

Lapangan Terbang Antarabangsa Daniel K. Inouye atau juga dikenali sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa Honolulu, adalah pintu masuk utama bagi kedua-dua kawasan Honolulu dan Oahu. Ia adalah salah satu lapangan terbang tersibuk di Amerika Syarikat dengan trafik penumpang yang melebihi 21 juta orang penumpang setahun. Terletak di kawasan ‘census-designated’ Honolulu yang berada kira-kira 5 kilometer ke barat laut kawasan perniagaan pusat Honolulu, lapangan terbang itu pernah dinamakan Lapangan Terbang John Rodgers sebelum diganti namanya bersempena nama seorang Senator Amerika Syarikat dan pemegang Medal of Honor Daniel K. Inouye yang mewakili Honolulu. Lapangan Terbang Antarabangsa Daniel K. Inouye mempunyai tiga terminal aktif iaitu Terminal 1 dengan 13 pintu gerbang yang dikenali sebagai "Interisland Terminal", Terminal 2 dengan 29 pintu melintasi tiga bengkel yang dikenali sebagai "Overseas Terminal" dan Terminal 3 yang dikenali sebagai " Commuter Terminal". Ia adalah hab utama untuk Hawaiian Airlines serta pangkalan untuk perkhidmatan kargo seperti Aloha Air Cargo, Asia Pacific Airlines, Mokulele Airlines dan Transair.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Honolulu?

Traveloka adalah enjin carian perjalanan yang memudahkan para pelancong untuk mencari penerbangan termurah ke Honolulu. Apa yang perlu anda lakukan ialah memasukkan maklumat dalam kotak carian, dan aplikasi itu akan mengesyorkan perjalanan terbaik mengikut bajet anda. Ia membandingkan harga penerbangan merentasi beberapa syarikat penerbangan yang dipercayai untuk membantu anda mendapatkan tawaran terbaik. Jangan teragak-agak untuk menggunakan ciri pemberitahu harga Traveloka untuk diberitahu tentang penerbangan di lingkunganharga yang anda inginkan untuk mendapatkan harga penerbangan terbaik ke Honolulu.

Bila Waktu Terbaik untuk ke Honolulu?

Musim bukan puncak adalah sekitar bulan April hingga Jun atau dari September hingga pertengahan Disember kerana hujan yang turun dengan lebih banyak sekitar tempoh ini. Pada masa ini, jumlah orang yang datang melawat pun tidaklah terlalu ramai, maka ini boleh menjadi masa yang tepat untuk mendapatkan tawaran yang baik dan melawat tempat-tempat menarik dengan rasa senang hati. Walau bagaimanapun, jika anda berniat untuk datang pada waktu yang popular, musim puncak di Honolulu adalah pada bulan Jun hingga Ogos yang mana ketika itu musim panas sedang berlangsung dan juga dari akhir Disember hingga awal April apabila terdapat pelbagai acara luncur ombak. Oleh itu, jika anda merancang perjalanan anda dengan baik, anda boleh menjimatkan wang anda kerana harga hotel dan penerbangan semasa musim puncak akan meningkat dan ini akan menyebabkan anda berbelanja banyak wang.

Honolulu mempunyai iklim semi-gersang panas dengan musim panas kering yang disebabkan oleh kesan bayang hujan dan sedikit variasi dalam suhu, dengan suhu purata tinggi sekitar 27 darjah Celsius hingga 32 darjah Celsius dan suhu purata rendah antara 18 darjah Celsius hingga 24 darjah Celsius sepanjang tahun. Terdapat purata 278 hari yang akan disinari matahari dan 90 hari hujan dalam setahun. Hujan tahunan adalah kira-kira 433 milimeter yang biasanya berlaku dari bulan Oktober hingga awal April. Badai sangat jarang berlaku walaupun Honolulu terletak di kawasan tropika. Bagi suhu yang melampau, suhu tertinggi ialah 35 darjah Celsius yang terakhir dicatatkan pada bulan September 1994 dan paling rendah ialah 11 darjah Celcius yang terakhir dicatatkan pada Januari 1969.

Sebagai sebuah bandaraya yang mempunyai kebudayaan yang pelbagai, anda pasti dapat menemukan banyak perayaan untuk disertai sama seperti penduduk tempatan ketika berada di Honolulu. Terdapat perayaan Tahun Baru Cina dengan Honolulu menjadi salah satu tempat utama untuk meraikan peralihan kalendar Lunar. Terdapat juga Festival Honolulu yang ditunggu-tunggu yang akan berlangsung selama tiga hari bertujuan untuk meraikan perhubungan antara rantau Hawaii dan Pasifik. Sekiranya anda berminat dengan muzik, seluruh bulan Mei didedikasikan untuk Mele Mei yang merupakan acara yang meraikan muzik Hawaii. Acara-acara popular lain termasuk Hari Kamehameha, Festival Putera Lot Hula, Festival Ukulele, Festival Aloha dan banyak lagi.

Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Honolulu?

Sebagai salah satu bandaraya A.S. yang sangat terkenal dan sering dikunjungi, Honolulu pasti banyak tempat yang boleh ditawarkan dari segi tarikan pelancong dan tempat-tempat yang berbaloi dikunjungi.

1. Diamond Head – Diamond Head atau lebih dikenali oleh orang Hawai sebagai Lē'ahi adalah ciri paling unik dan ketara yang dapat dilihat dari jauh apabila anda berada di Honolulu. Sebagai U.S. National Natural Monument dan National Natural Landmark, kawasan kwahnya adalah tempat kunjungan popular dan berdekatan dengan banyak hotel dan pusat peranginan.

2. World War II Valor in the Pacific National Monument – Juga dikenali sebagai USS Arizona Memorial, ia terletak di Pearl Harbor dekat Honolulu yang menandakan tempat pengebumian dan peringatan bagi kelasi dan tentera laut yang dibunuh semasa serangan mengejut Jepun. Ia boleh diakses hanya dengan bot. Terdapat pusat pelawat berdekatan yang bertanggungjawab terhadap perkhidmatan pelawat umum dan kapal ulang alik ke dan dari memorial peringatan tersebut.

3. Bishop Museum – Terletak di daerah Kalihi di Honolulu, Bishop Museum atau juga dikenali sebagai Hawaii State Museum of Natural and Cultural History adalah muzium terbesar di negeri Hawaii. Sebagai muzium sejarah dan sains, ia telah memiliki dan mengumpul koleksi artifak kebudayaan Polynesian yang terbesar serta 24 juta spesimen sejarah semula jadi.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved