Penerbangan murah ke Jakarta (HLP)

Cari dan tempah penerbangan murah ke Jakarta (HLP)

Laluan

Syarikat penerbangan

Jadual

Harga mulai

Pulau Pinang (PEN) → Jakarta (HLP)
Penerbangan
Isnin, 20 Mei 2024
RM 725.86
Manado (MDC) → Jakarta (HLP)
Penerbangan
Selasa, 07 Mei 2024
RM 903.09
Manado (MDC) → Jakarta (HLP)
Penerbangan
Sabtu, 27 Apr 2024
RM 1,009.34
Seoul (ICN) → Jakarta (HLP)
Penerbangan
Ahad, 12 Mei 2024
RM 1,253.34
Seoul (ICN) → Jakarta (HLP)
Penerbangan
Ahad, 12 Mei 2024
RM 1,293.01
Seoul (ICN) → Jakarta (HLP)
Penerbangan
Ahad, 12 Mei 2024
RM 1,382.86
Nagoya (NGO) → Jakarta (HLP)
Penerbangan
Isnin, 13 Mei 2024
RM 1,397.16
Edinburgh (EDI) → Jakarta (HLP)
Penerbangan
Rabu, 22 Mei 2024
RM 4,617.31
Geneva (GVA) → Jakarta (HLP)
Penerbangan
Jumaat, 10 Mei 2024
RM 4,630.51

Hotel popular di Jakarta

Merlynn Park Hotel
Merlynn Park Hotel
Mercure Jakarta Sabang
Mercure Jakarta Sabang
Lumire Hotel & Convention Center
Lumire Hotel & Convention Center
1O1 URBAN Jakarta Kelapa Gading
1O1 URBAN Jakarta Kelapa Gading
Best Western Premier The Hive
Best Western Premier The Hive
Hotel Orchardz Bandara
Hotel Orchardz Bandara
Lihat lebih banyak pilihan hotel

Aktiviti menarik di Jakarta

Diana Krall 2024 Ticket
Diana Krall 2024 Ticket
RM 301.96
Trans Snow World Bintaro Transpark
Trans Snow World Bintaro Transpark
RM 68.09
RM 34.10
Tiket Kidzania Jakarta
Tiket Kidzania Jakarta
RM 81.41
4G eSIM Card for Southeast Asia, Sri Lanka & Macao by GoHub

RM 42.34
RM 36.70
Sea World Ancol Tickets
Sea World Ancol Tickets
RM 25.16
RM 22.01
SuperPark Indonesia
SuperPark Indonesia
RM 65.13
RM 54.50
Lihat lebih banyak pilihan aktiviti

Tiket Pesawat Murah ke Jakarta, Indonesia

Jakarta adalah ibukota dan juga kota terbesar di Indonesia. Ia terletak di barat laut pulau Jawa dan merupakan bandaraya dengan paling ramai penduduk di Asia Tenggara. Ia juga merupakan pusat ekonomi, budaya dan politik Indonesia. Walaupun bandar ini terkenal dengan kadar trafik yang tinggi dan tahap pencemaran yang merunsingkan, ia masih mempunyai daya tarikan yang menawan pengunjungnya. Oleh itu, ia diberi nama samaran 'The Big Durian' di mana seperti buah tersebut, keindahan Jakarta adalah lebih daripada apa yang dapat dilihat secara luaran sahaja. Bandar ini dipenuhi dengan hiburan-hiburan malam yang menyeronokkan dan Kawasan-kawasan membeli-belah yang menarik. Bandar ini juga merupakan pusat pertemuan budaya-budaya Indonesia.

Lapangan Terbang di Jakarta

1. Lapangan Terbang Soekarno-Hatta/Lapangan Terbang Antarabangsa Jakarta (SHIA)

Lapangan terbang ini terletak di pulau Jawa dan memberi perkhidmatan kepada kawasan-kawasan di sekeliling Jakarta, termasuk ibu kota itu sendiri. Lapangan terbang itu dinamakan sempena Presiden pertama Indonesia (Soekarno) serta Naib Presiden pertama (Mohammad Hatta). Ia terletak di Benda, Tangerang, 20 km barat laut Jakarta dan sering dikenali sebagai 'Lapangan Terbang Cengkareng' oleh penduduk setempat. Ia juga dianggap sebagai lapangan terbang antarabangsa utama di Indonesia dan salah satu lapangan terbang tersibuk di dunia. Cara paling mudah untuk sampai ke pusat bandar dari lapangan terbang ini adalah dengan menggunakan perkhidmatan ulang-alik lapangan terbang hotel anda. Kebanyakan hotel-hotel di Indonesia menyediakan perkhidmatan ini. Sebagai alternative anda juga boleh menggunakan perkhidmatan applikasi pengangkutan seperti Grab atau Gojek. Anda juga boleh menggunakan teksi ke bandar yang boleh didapati dari kaunter teksi di luar kawasan Kastam. Tambang teksi ke bandar akan menelan belanja sebanyak Rp175 000.

2. Lapangan Terbang Antarabangsa Halim Perdanakusuma (HLP)

Lapangan terbang ini merupakan gerbang kedua untuk keluar dan masuk ke bandaraya Jakarta. HLP terletak di kota Jakarta, di Jalan Halim Perdanakusuma ke arah timur kota tersebut. HLP jauh lebih kecil daripada SHIA dan hanya mempunyai satu terminal yang berfungsi kebanyakan untuk penerbangan domestik. Lapangan terbang ini juga digunakan untuk penerbangan haji. HLP mula mengambil penerbangan komersial pada 2014 untuk mengurangkan beban SHIA. Ia juga berfungsi sebagai pangkalan udara ketenteraan dan penerbangan -penerbangan presiden Indonesia sehingga ke hari ini.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Jakarta?

Traveloka adalah enjin carian yang memudahkan para pelancong untuk mencari tiket penerbangan termurah ke Jakarta. Apa yang perlu anda lakukan adalah masukkan maklumat dalam kotak carian dan aplikasi ini akan mengesyorkan penerbangan yang terbaik mengikut bajet anda. Ia membandingkan harga tiket antara beberapa syarikat penerbangan yang dipercayai untuk membantu anda mendapatkan tawaran yang terbaik. Gunakan ciri pemberitahu harga Traveloka untuk dimaklumkan mengenai tiket penerbangan dalam lingkungan harga yang anda inginkan bagi mendapatkan tawaran yang terbaik ke Jakarta.

Bila Waktu Terbaik untuk ke Jakarta?

Masa yang terbaik untuk melawat Jakarta adalah semasa musim kemarau di antara bulan Jun dan September. Suhu pada musim ini adalah di antara 24-32 darjah Celsius dan Jakarta akan mendapat lebih dari 11 hingga 12 jam cahaya matahari dan siang hari akan menjadi lebih jelas untuk bersiar-siar dan melawat mercu-mercu tanda utama di bandar ini. Di Jakarta, puncak musim pelancongan adalah dari bulan Julai hingga September. Akan terdpat lonjakan harga hotel dan aktiviti-aktiviti pada ketika ini. Bagi mereka yang tidak menggemari musim sesak, digalakkan berkunjung ke Jakarta pada bulan Ramadan, apabila penduduk majoriti Muslim di negara ini akan mengelak diri daripada menghabiskan terlalu banyak masa di luar. Adalah lebih baik untuk mengelak musim tengkujuh dari bulan September hingga Januari. Puncak musim tengkujuh biasanya pada bulan Januari hingga awal bulan Februari apabila hujan lebat selalu menyebabkan bandar ini banjir di kawasan-kawasan tertentu. Pelancong digalakkan untuk mengelak melawat Jakarta pada masa ini.

Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Jakarta?

1. Taman Mini Indonesia - Taman Mini Indonesia merupakan salah satu destinasi yang harus dilawati oleh pengunjung-pengunjung dengan keluarga atau sesiapa sahaja yang ingin menghargai kepelbagaian seni dan budaya di seluruh pulau Indonesia pada satu tempat. Ia adalah salah satu taman hiburan paling unik di dunia dan menawarkan istirehat hebat dari pemandangan metropolitan yang sibuk. Taman ini mempunyai beberapa pavilion, masing-masing mewakili seni bina unik, pakaian tradisional dan seni persembahan di pulau-pulau yang berbeza. Dari kepala-kepala bumbung rumah-rumah tradisional di Sumatera, gerak-geri penari tradisional Jawa dan Kalimantan, ke ukiran kayu dan tekstil warisan dari Kepulauan Nusa Tenggara, setiap pavilion pasti menawarkan ciri-ciri menarik dari Kepulauan Indonesia. Museum Indonesia juga boleh didapati di sini serta taman bunga, candi Cina yang indah, taman burung, pelbagai pameran teater berjadual dan juga pawagam IMAX. Yuran masuk taman utama hanya Rp 10,000 setiap orang, sementara pelbagai kemudahan dalam lingkungan antara Rp 10.000 hingga 15.000 seorang namun dengan yuran tambahan sehingga Rp 65.000 untuk mana-mana pameran atau tarikan canggih seperti teater IMAX.

2. Kota Lama Jakarta (Old Batavia) – Old Batavia atau lebih dikenali oleh penduduk tempatan sebagai 'Kota Tua Jakarta', adalah kawasan pusat kota lama yang lalu. Kota lama ini telah menjadi saksi kepada penempatan Perusahaan India Timur Belanda. Bandar ini merupakan bandar untuk pejalan kaki dan ia dipenuhi dengan bangunan-bangunan yang mempunyai ciri-ciri seni bina zaman dahulu dan di beberapa sudut di sekitar bandar, anda pasti dapat melihat apa yang dianggap sebagai contoh terbaik seni bina kolonial Belanda di rantau ini. Kebanyakan muzium di Jakarta boleh dijumpai di Kota Tua ini termasuk Muzium Sejarah Jakarta, Muzium Maritim Indonesia, dua muzium bank iaitu Bank Mandiri dan Bank Indonesia, Muzium Wayang Kulit dan Wayang, dan Muzium Arca dan Seni Keramik.

3. Monumen Kebangsaan - Monumen ini merupakan salah satu tarikan utama Jakarta. Struktur setinggi 132 meter itu dibina untuk memberi penghormatan kepada perjuangan kemerdekaan Indonesia. Anda juga boleh menikmati pemandangan senibina hebat ini dari tanah atau anda boleh naik ke puncak monumen untuk menikmati pemandangan bandar yang menakjubkan. Monumen kebangsaan ini memegang tempat istimewa di hati rakyat Indonesia. Ia bukan hanya dikunjungi oleh pelancong, tetapi anda akan mendapati banyak penduduk tempatan yang menikmati pemandangan menakjubkan seni bina ini. Ia juga merupakan salah satu tempat terbaik untuk melawat di Jakarta pada waktu malam kerana ia dinyalakan dengan indah. Terdapat yuran kemasukan minimum untuk masuk ke Kawasan monument ini dan ia dibuka pada hari Selasa hingga Ahad 8 pagi hingga 4 petang dan kemudian 7-10 malam dengan waktu lanjutan di waktu malam pada hujung minggu.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved