Penerbangan murah ke Kiunga (UNG)

Tiket Pesawat Murah ke Kiunga, Papua New Guinea

Kiunga merupakan sebuah bandar yang terkenal dengan pelabuhannya di Sungai Fly, iaitu sungai kedua terpanjang di Papua New Guinea. Bandar ini terletak di bahagian wilayah barat Papua New Guinea dan bersempadan dengan wilayah Papua, Indonesia. Bentuk muka bumi bandar ini adalah bertanah pamah dan landai dan berpaya. Ia turut dikelilingi hutan tebal dan ia merupakan destinasi yang popular bagi penggemar burung. Dari sudut ekonomi pula, pemprosesan getah asli merupakan sumber ekonomi utama yang baru di bandar ini.

Lapangan Terbang di Kiunga

Lapangan Terbang Kiunga

Lapangan Terbang Kiunga merupakan satu-satunya pintu masuk bagi pengangkutan udara ke bandar ini. Lapangan terbang Kiunga mengendalikan pesawat-pesawat dari syarikat-syarikat penerbangan tempatan iaitu; Airlines PNG dan Air Niugini. Airlines PNG menyediakan penerbangan dua hala dari Kiunga ke Lake Murray, Mount Hagen, Port Moresby, Suki dan Tabubil. Manakala, syarikat Air Niugini hanya mengoperasikan penerbangan dua hala dari Kiunga ke Port Moresby, iaitu ibu negara Papua New Guinea.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Kiunga?

Untuk mendapatkan tiket pesawat murah ke Kiunga, anda hanya perlu melawat laman sesawang rasmi Traveloka.com atau memuatnaik aplikasi Traveloka ke dalam telefon pintar anda. Pastikan anda mendaftar ke dalam akaun Traveloka bagi memudahkan proses tempahan dan belian. Bukan itu sahaja, dengan mendaftar, anda layak menikmati promosi-promosi yang ditawarkan. Selepas mendaftar, anda boleh terus tekan butang penerbangan dan masukkan perincian tarikh dan destinasi anda. Dalam hanya beberapa saat, anda akan lihat senarai penerbangan ke destinasi tersebut dan anda boleh pilih tiket berdasarkan kemampuan dan keperluan anda. Untuk ke Kiunga, tiada penerbangan terus dari Kuala Lumpur. Anda perlukan penerbangan transit untuk ke Port Moresby, ibu negara Papua New Guinea. Selepas itu, ambil penerbangan tempatan terus dari Port Moresby ke bandar Kiunga.

Bila Waktu Terbaik untuk ke Kiunga?

Bandar Kiunga tidak mempunyai rekod tentang waktu terbaik atau waktu spesifik pelancong ke sana. Hal ini terjadi mungkin kerana taburan hujannya berlaku di sepanjang tahun tanpa mengira musim. Namun begitu, bagi pelancong yang merancang ke sana, anda dinasihatkan untuk menempah tiket penerbangan dua bulan lebih awal oleh kerana tiada penerbangan terus dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) ke Port Moresby apatah lagi ke Kiunga. Selain itu, penerbangan ke Port Moresby serta ke Kiunga juga agak terhad.

Menurut jadual klasifikasi Koppen-Geiger, bandar Kiunga dipengaruhi dengan iklim tropika lembap. Hal ini disebabkan kerana bandar Kiunga menerima tadahan hujan pada sepanjang tahun tanpa mengira musim. Bulan paling banyak menerima hujan adalah bulan Mac dengan purata bacaan tadahan hujan sebanyak 529 mm manakala bulan Jualai adalah bulan paling sedikit dengan purata bacaan tadahan hujannya 305 mm. Purata bacaan tadahan hujan sepanjang tahun adalah 4521 mm. Purata suhu tahunan yang direkodkan di bandar Kiunga pula adalah 26.7 darjah Celcius. Purata suhu pada musim panas, iaitu bulan November adalah 27.5 darjah Celcius dan purata suhu pada musim sejuk, iaitu bulan Julai adalah 25.6 darjah Celcius. Dengan sedikit maklumat tentang purata suhu dan bacaan hujan yang dikongsikan, anda boleh merancang sendiri waktu terbaik untuk anda melancong ke Kiunga.

Kebanyakkan masyarakat di bandar Kiunga menyambut pesta Sel Kambang. Pesta ini meraikan dan mempromosikan budaya enam suku utama dari daerah North Fly, wilayah barat Papua New Guinea. Antara acara yang diadakan adalah; pertandingan pakaian tradisional, keunikan hasil tangan sesebuah suku dan beberapa lagi. Ia mula dianjurkan pada tahun 2018 dan mendapat sambutan yang memberangsangkan. Oleh itu, pesta ini sekali lagi dianjurkan pada tahun 2019, iaitu pada bulan Jun. Melihat kepada kemeriahan pesta ini, ia terus dinobatkan sebagai pesta tahunan. Anda sangat digalakkan untuk berkunjung ke bandar Kiunga semasa pesta Sel Kambang ini berlangsung agar dapat mengenali suku-suku di North Fly dengan lebih dekat.

Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Kiunga?

Bandar Kiunga adalah sebuah bandar yang tenang dan tidak terlalu terbawa dengan arus pemodenan dunia. Oleh itu, pusat-pusat tarikan pelancongan di bandar ini kebanyakkannya berunsurkan alam semulajadi.

Pelabuhan Sungai Fly – Sungai Fly adalah sungai kedua yang terpanjang di Papua New Guinea selepas Sungai Sepik dan tersenarai dalam 25 sungai terutama di dunia. Panjang sungai ini adalah 1050 kilometer yang mengalir daripada Star Mountains ke Teluk Papua di mana keluasan muaranya seluas 100 kilometer.

Pegunungan Bintang – Terletak berdekatan dengan bandar Kiunga, iaitu di bahagian barat Papua New Guinea. Banjaran Pegunungan Bintang ini melintang sehingga ke Hindenburg Range. Pegunungan Bintang mencatatkan tadahan hujan lebih dari 10,000 mm setahun, sejurus ia dipercayai sebagai salah satu tempat paling basah di dunia. Walaupun tidak mendaki, pelancong ke Kiunga tidak akan melepaskan peluang melihat sendiri dengan mata kasar mereka serta mengambil gambar kenangan dengan berlatar belakangkan gunung ini.

Niugini Pride Kiunga – Penerokaan ke sesebuah tempat tidak akan sempurna jika anda tidak mencuba makanan tempatannya. Melancong ke Bandar Kiunga, anda mesti melapangkan masa untuk berkunjung ke Niugini Pride Kiunga yang terletak di Albertis Drive, 335 Kiunga. Ia adalah sebuah pasar yang menjual bahan-bahan mentah untuk masakan. Selain itu, ia sangat popular dengan makanan-makanan tempatan yang dijual dengan harga yang berpatutan. Anda digalakkan mencuba makanan tempatan Kiunga yang semestinya lain dari makanan tempatan Malaysia.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Xperience Lain di Kiunga

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved