Penerbangan murah ke Leeds (LBA)

Cari dan tempah penerbangan murah ke Leeds (LBA)

Laluan

Syarikat penerbangan

Jadual

Harga mulai

Singapura (SIN) → Leeds (LBA)
Air France
Khamis, 16 Mei 2024
RM 4,578.64
Jakarta (CGK) → Leeds (LBA)
Penerbangan
Khamis, 16 Mei 2024
RM 6,311.24
Jakarta (CGK) → Leeds (LBA)
Penerbangan
Khamis, 16 Mei 2024
RM 6,376.55
Medan (KNO) → Leeds (LBA)
Penerbangan
Selasa, 07 Mei 2024
RM 7,753.88

Pesawat ke Leeds

Leeds dikenali sebagai ibu kota ekonomi bagi Yorkshire. Dengan jumlah penduduk 2.6 juta orang, ia mempunyai jumlah penduduk keempat terbesar di kawasan bandar di United Kingdom. Bandar ini juga merupakan pusat kebudayaan dan muzik bagi Yorkshire. Pada zaman dahulu, Leeds terkenal dengan kejayaan besarnya dalam sektor industri. Sehingga hari ini, tidak hairanlah bahawa bandar ini menjadi pusat ekonomi kedua terbesar selepas London. Selain itu, ia mempunyai persekitaran bandar bersejarah yang menarik. Pelbagai jenis bangunan dari zaman Victoria, muzium dan galeri seni di sekitar bandaraya ini. Leeds merupakan destinasi yang tepat untuk dikunjungi bagi peminat membeli-belah dan para pengunjung yang ingin merasakan kehidupan malam yang menyeronokkan.

Lapangan Terbang di Leeds

Lapangan Terbang Leeds Bradford

Lapangan Terbang Leeds Bradford adalah lapangan terbang antarabangsa yang mengendalikan kawasan Leeds, Bradford, bandar-bandar York, Wakefield dan daerah Harrogate. Ia beroperasi untuk syarikat penerbangan Eropah dan domestik. Antaranya ialah British Airways, Ryanair, TUI Airways, KLM, Nouvelair dan banyak lagi. Bagi kemudahan, lapangan terbang ini telah menyediakan pelbagai jenis kedai, restoran dan bar. Jarak antara Lapangan Terbang Leeds Bradford dan bandaraya Leeds adalah 15 kilometer. Dengan mengambil teksi, tambang teksinya dalam sekitar GBP 30 iaitu MYR 154.46.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Leeds?

Traveloka adalah laman web dan aplikasi pelancongan yang menjadikan ia mudah bagi para pengunjung untuk mencari penerbangan paling berpatutan ke Leeds. Apa yang perlu anda lakukan adalah menaip maklumat dalam kotak carian dan aplikasi itu akan mengesyorkan perjalanan yang terbaik mengikut bajet anda. Ia juga membandingkan kos penerbangan di sesetengah syarikat penerbangan yang boleh dipercayai untuk membantu anda dengan mendapatkan tawaran yang bagus. Gunakan ciri pemberitahu harga Traveloka untuk dimaklumkan mengenai harga tiket penerbangan dyang anda inginkan untuk mendapatkan harga penerbangan yang terbaik ke Leeds.

Bila Waktu Terbaik untuk ke Leeds?

Leeds menerima ramai pengunjung pada musim panas yang berlaku dari bulan Jun hingga Ogos. Oleh kerana cuaca panas dan lembap, para pengunjung boleh melawat banyak tempat tarikan pengunjung dan melakukan aktiviti luar. Tambahan pula, para pengunjung dapat meluangkan masa lebih lama di satu tempat ke tempat lain kerana waktu siang di bandar ini lebih panjang berbanding dengan musim-musim yang lain. Bandar ini akan menghadapi musim luar kemuncak pada musim sejuk iaitu dari bulan Disember hingga Februari. Waktu siang ketika ini lebih pendek pada berbanding musim panas. Musim sejuk bukan waktu yang ideal untuk meneroka di sekitar bandar Leeds. Para pengunjung hanya dapat melawat tempat yang tertutup kerana cuaca yang sejuk dan salji sering berlaku. Oleh itu, waktu terbaik untuk melawat Leeds adalah pada musim bunga yang biasanya berlaku pada bulan Mac sehingga Mei. Para pengunjung akan berasa lebih selesa untuk melawat keindahan bandar ini dengan cuaca yang sederhana dan menyenangkan.

Sepanjang tahun, pelbagai jenis perayaan dan acara diadakan di Leeds. Pertama, Festival Cahaya. Ia merupakan salah satu perayaan terbesar di United Kingdom. Ia adalah festival seni dan cahaya yang memaparkan karya seni yang menarik dan para pengunjung dapat menyaksikan beberapa persembahan yang menampilkan artis tempatan dan antarabangsa. Para pengunjung dapat berpeluang melihat karya seni, persembahan jalanan dan unjuran cahaya semasa perayaan ini berlangsung. Perayaan berikutnya ialah Festival Leeds. Bagi mereka yang minat akan lagu rock dan indie, perayaan ini adalah acara yang harus dikunjung oleh mereka. Para pengunjung dapat melihat persembahan dari penyanyi rock dan indie yang terkenal. Selain itu, festival ini juga menawarkan tayangan filem dan persembahan komedi.

Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Leeds?

Terdapat beberapa tempat tarikan yang sangat disyorkan kepada para pengunjung di Leeds seperti:

Galeri Seni Leeds - Galeri Seni Leeds telah menempatkan salah satu koleksi seni British yang terbaik pada abad ke-19 dan ke-20. Galeri ini memaparkan pelbagai jenis koleksi lukisan oleh pelukis terkenal dan dokumen penting. Para pengunjung dapat menemui beberapa patung ukiran seperti patung Queen Anne dan patung Henry Moore. Selain itu, para pengunjung dapat melihat tempat peringatan perang yang terletak di pintu hadapan galeri.

Muzium Senjata Diraja - Muzium Senjata Diraja telah dirasmikan secara terbuka kepada orang ramai pada tahun 1996. Ia telah menyimpan koleksi senjata British iaitu lebih daripada 75,000 jenis objek. Para pengunjung dapat melihat khazanah dari Empayar Uthmaniyyah, Eropah, India, Jepun dan China dan negara-negara Asia Tenggara. Para pengunjung juga dapat menemui trofi bersejarah dari Tower Armories pada abad ke-17.

Taman Roundhay - Taman Roundhay merupakan salah satu tarikan pengunjung di Leeds. Keluasan taman ini adalah lebih daripada 700 ekar yang terdiri daripada hutan, tasik dan taman. Para pengunjung akan menemui pelbagai jenis taman dan boleh mendapatkan peluang untuk memberi makan kepada haiwan seperti burung hantu dan burung belatuk dari tepi tasik. Taman ini adalah tempat terbaik untuk melakukan aktiviti riadah. Para pengunjung boleh melakukan beberapa aktiviti seperti bermain tenis, bermain golf, bermain papan luncur, berbasikal dan memancing.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved