Penerbangan murah ke London (LCY)

Cari dan tempah penerbangan murah ke London (LCY)

Laluan

Syarikat penerbangan

Jadual

Harga mulai

Edinburgh (EDI) → London (LCY)
British Airways
Jumaat, 17 Mei 2024
RM 487.66
Duesseldorf (DUS) → London (LCY)
KLM
Sabtu, 25 Mei 2024
RM 620.37
Zurich (ZRH) → London (LCY)
Swiss International Air Lines
Isnin, 13 Mei 2024
RM 644.73
Berlin (BER) → London (LCY)
Lufthansa
Selasa, 04 Jun 2024
RM 914.19
Lombok (LOP) → London (LCY)
Penerbangan
Ahad, 02 Jun 2024
RM 2,674.68
Lombok (LOP) → London (LCY)
Penerbangan
Ahad, 02 Jun 2024
RM 2,678.28
Lombok (LOP) → London (LCY)
Penerbangan
Ahad, 02 Jun 2024
RM 2,736.48
New York (JFK) → London (LCY)
Penerbangan
Selasa, 14 Mei 2024
RM 2,818.92
Bali / Denpasar (DPS) → London (LCY)
Penerbangan
Isnin, 03 Jun 2024
RM 2,979.13
New York (JFK) → London (LCY)
Delta Airlines
Selasa, 11 Jun 2024
RM 2,992.80

Tiket Pesawat Murah ke London, England

London terkenal dengan Big Ben yang merupakan menara jam bersejarah dan lambang ikonik England yang mempunyai kepentingan dari segi budaya yang amat besar. Big Ben adalah nama panggilan untuk jam Great Bell di menara jam tersebut yang kini digunakan untuk merujuk kedua-dua jam dan menara itu. Ibu negara England dan juga United Kingdom adalah London. Ia adalah bandar terbesar di England dan telah menjadi penempatan manusia selama dua milenia. London dianggap sebagai bandar global yang penting, memberikan banyak kesan yang mendalam kepada pelbagai bidang seperti seni, perdagangan, pendidikan, hiburan, fesyen, kewangan, penjagaan kesihatan, media, perkhidmatan profesional, penyelidikan dan pembangunan, pelancongan dan pengangkutan antara lain.

Lapangan Terbang di London

1. Lapangan Terbang Heathrow Airport

Lapangan Terbang Heathrow adalah lapangan terbang utama di England dan lapangan terbang kedua paling sibuk di dunia berdasarkan trafik penumpang antarabangsa yang terletak 23 kilometer dari arah barat pusat bandaraya London, berhampiran hujung selatan London Borough of Hillindon. Dahulunya dinamakan sebagai Lapangan Terbang London pada awal pembukaan sekitar tahun 1946 sebelum dinamakan semula pada tahun 1966, Lapangan Terbang Heathrow adalah yang terbesar di antara semua lapangan terbang yang berkhidmat untuk kawasan Greater London dan dianggap sebagai pintu masuk utama ke United Kingdom. Lapangan Terbang Heathrow mempunyai empat terminal aktif, iaitu Terminal Queen atau Terminal 2, Terminal Oceanic atau Terminal 3, Terminal 4 dan Terminal 5. Terminal 1 ditutup sejak 2015. Ia merupakan hab utama British Airways dan pangkalan operasi Virgin Atlantik, sementara terminal-terminal lain yang berbeza akan melayani syarikat penerbangan yang berbeza dari seluruh dunia.

2. Lapangan Terbang Gatwick

Juga dikenali sebagai London Gatwick, Lapangan Terbang Gatwick merupakan lapangan terbang kedua paling sibuk di United Kingdom dan lapangan terbang landasan tunggal yang paling sibuk di dunia. Lapangan terbang ini terletak di Crawley, West Sussex yang terletak di bahagian tenggara England. Pada mulanya dibuka sebagai padang terbang pada akhir 1920-an, ianya mula digunakan untuk aktiviti penerbangan komersil sejak tahun 1933. Lapangan Terbang Gatwick kini dimiliki dan dikendalikan oleh Gatwick Airport Limited dengan British Airways dan Dan-Air yang merupakan dua syarikat penerbangan terbesar di sini.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke London?

Traveloka adalah enjin carian yang memudahkan para pelancong untuk mencari penerbangan termurah ke London. Apa yang perlu anda lakukan ialah hanya memasukkan maklumat dalam kotak carian dan aplikasi itu akan mengesyorkan perjalanan terbaik mengikut bajet anda. Ia membandingkan harga tiket antara beberapa syarikat penerbangan yang dipercayai untuk membantu anda mendapatkan tawaran terbaik. Jangan teragak-agak untuk menggunakan ciri pemberitahu harga Traveloka untuk dimaklumkan tentang penerbangan dalam julat harga yang anda inginkan untuk mendapatkan harga penerbangan terbaik ke London.

Bila Waktu Terbaik untuk ke London?

Walaupun London adalah destinasi yang sibuk sepanjang tahun, masih ada masa yang kurang sibuk daripada yang lain. Musim bukan puncak adalah sekitar Januari hingga Februari kerana suhu lebih sejuk dan hujan lebat. Musim puncak di London adalah pada akhir musim bunga hingga musim panas dari Mei hingga September. Masa terbaik untuk melawat London pastinya sekitar tempoh ini kerana London akan mempunyai cuaca yang lebih baik kerana cuaca ketika musim bunga yang lebih menyenangkan sementara bulan-bulan musim panas biasanya hadir dengan langit yang lebih cerah. Oleh itu, jika anda merancang perjalanan anda dengan baik, anda boleh menjimatkan wang anda kerana harga hotel dan penerbangan semasa musim puncak sudah pasti akan menelan banyak wang.

London mempunyai iklim lautan yang sederhana di mana ia sebenarnya lebih kering berbanding bandar-bandar global lain seperti Rom, Bordeaux, Lisbon, Naples, Sydney atau New York. Musim panas pada umumnya adalah suam-suam sahaja dan boleh menjadi lebih panas pada masa-masa tertentu, dengan purata 31 hari di atas suhu 25 darjah Celsius setiap tahun. Di sisi lain, musim sejuk adalah lebih sejuk dan lebih stabil dengan variasi suhu yang lebih rendah. Keterlaluan suhu boleh berkisar dari suhu terendah -16.1 darjah Celcius yang terakhir direkodkan pada bulan Januari 1962 hingga yang tertinggi sebanyak 38.1 darjah Celcius yang terakhir direkodkan pada bulan Ogos 2003.

Di London, anda boleh menjangkakan untuk bergembira di pelbagai keraian dan festival sepanjang tahun kerana England adalah sebuah negara dengan tradisi, sejarah dan budaya yang kaya. Pada bulan Februari, London akan menjadi tuan rumah kepada salah satu sambutan Tahun Baru Cina terbesar seumpamanya di luar rantau Asia, dengan tarian singa, perarakan dan pertunjukan budaya yang diadakan di Trafalgar Square, Chinatown dan Shaftesbury Avenue. Pada bulan yang sama, terdapat Minggu Fesyen London. Marathon London dianjurkan pada bulan April. Pada bulan Jun, anda boleh mengharapkan untuk melihat perayaan-perayaan seperti City of London Festival, Taste of London serta Kejohanan Wimbledon yang akan berterusan sehingga bulan Julai. Malam Guy Fawkes adalah pada bulan November, manakala seluruh negara akan bersiap untuk Krismas dan malam Tahun Baru pada bulan Disember.

Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di London?

1. Big Ben – Secara rasminya dikenali sebagai Clock Tower sebelum diubah namanya menjadi Elizabeth Tower pada tahun 2012 bersempena dengan Jubli Intan Elizabeth II, Big Ben sebenarnya adalah nama panggilan yang merujuk kepada jam Great Bell. Reka bentuk menara ini dilakukan oleh Augustus Pugin dalam gaya neo-gothik dengan jam yang begitu tepat dan dipercayai masanya sejak selesai pembinaan pada tahun 1859.

2. Istana Buckingham – Terletak di Bandar Westminster, Istana Buckingham adalah kawasan kediaman dan pentadbiran raja bagi kerajaan United Kingdom. Pada asalnya dikenali sebagai Rumah Buckingham, ia menjadi pusat tumpuan utama bagi orang-orang British pada masa bersukacita atau berkabung yang akan dihayati seluruh lapisan masyarakat.

3. Coca Cola London Eye – Coca Cola London Eye adalah tarikan pelancong berbayar yang paling popular di United Kingdom dengan jumlah pengunjung melebihi 3.75 juta orang setiap tahun. Roda pemerhatian itu adalah pusat kedua tertinggi untuk melihat keseluruhan kawasan bandar selepas The Shard.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved