Penerbangan murah ke Miyazaki (KMI)

Cari dan tempah penerbangan murah ke Miyazaki (KMI)

Laluan

Syarikat penerbangan

Jadual

Harga mulai

Nagoya (NGO) → Miyazaki (KMI)
Solaseed Air
Rabu, 17 Apr 2024
RM 494.78
Da Nang (DAD) → Miyazaki (KMI)
Penerbangan
Jumaat, 29 Mac 2024
RM 2,191.54
Medan (KNO) → Miyazaki (KMI)
Penerbangan
Selasa, 16 Apr 2024
RM 3,491.83
Bandar Ho Chi Minh (SGN) → Miyazaki (KMI)
Penerbangan
Jumaat, 29 Mac 2024
RM 4,368.34
Jakarta (CGK) → Miyazaki (KMI)
Penerbangan
Ahad, 24 Mac 2024
RM 4,667.52
Medan (KNO) → Miyazaki (KMI)
Penerbangan
Selasa, 16 Apr 2024
RM 5,323.00
Jakarta (CGK) → Miyazaki (KMI)
Penerbangan
Ahad, 24 Mac 2024
RM 13,291.45
Jakarta (CGK) → Miyazaki (KMI)
Penerbangan
Ahad, 24 Mac 2024
RM 13,530.07

Tiket Pesawat Murah ke Miyazaki, Jepun

Miyazaki dikenali sebagai 'Hawaii of Japan' kerana budaya meluncur air di tepi pantai-pantai Miyazaki sangatlah popular. Bandar yang terletak di Prefektur Miyazaki yang berada di pulau Kyushu ini, bukan saja terkenal dengan pantainya, tetapi ianya adalah tempat penting yang memelihara pelbagai peninggalan kuno seperti Miyazaki Jingu dan Menara Perdamaian. Pekan Takachiho dan Kirishima adalah tempat yang anda perlu lawati apabila anda berada di Miyazaki kerana tempat-tempat itu kaya dengan mitologi dan keindahan alam semulajadi terutamanya semasa musim bunga. Daging lembu Miyazaki, kaviar dan Shochu adalah makanan yang mahal lagi enak yang harus anda cuba ketika anda berada di sini.

Lapangan Terbang di Miyazaki

Lapangan Terbang Miyazaki (KMI)

Lapangan Terbang Miyazaki (KMI) adalah lapangan terbang awam yang terletak 3.2 kilometer di tenggara pusat bandar Miyazaki. Ibu pejabat Solaseed Air terletak di tingkat dua lapangan terbang ini. Selain itu, Lapangan Terbang Miyazaki juga digunakan oleh All Nippon Airways, Asiana Airlines, China Airlines, Eastar Jet, Japan Airlines, Jetstar Japan dan Peach Aviation. Bagi mereka yang menunggu pesawat, anda boleh pergi berjalan-jalan di restoran, lounge dan kedai bebas cukai yang berada di lapangan terbang ini. KMI juga terletak di tengah-tengah pelbagai rangkaian bas yang membolehkan anda pergi ke pelbagai tempat berpusat dari lapangan terbang ini. Anda juga boleh mengambil kereta api – Miyazaki Kuko Line – untuk sampai ke pusat bandar Miyazaki.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Miyazaki?

Traveloka adalah enjin carian yang memudahkan para pelancong untuk mencari tiket penerbangan termurah ke Miyazaki. Apa yang perlu anda lakukan adalah masukkan maklumat dalam kotak carian dan aplikasi ini akan mengesyorkan penerbangan yang terbaik mengikut bajet anda. Ia membandingkan harga tiket antara beberapa syarikat penerbangan yang dipercayai untuk membantu anda mendapatkan tawaran yang terbaik. Gunakan ciri pemberitahu harga Traveloka untuk dimaklumkan mengenai tiket penerbangan dalam lingkungan harga yang anda inginkan bagi mendapatkan tawaran yang terbaik ke Miyazaki.

Bila Waktu Terbaik untuk ke Miyazaki?

Waktu terbaik untuk melawat Miyazaki bergantung pada musim mana yang anda ingin rasakan. Jika anda ingin menyaksikan pokok wisteria berkembang mekar, anda mungkin ingin melawat Miyazaki pada musim bunga. Jika anda adalah seseorang yang tidak berminat dengan tempat yang sesak, elakkan datang pada bulan Februari, Mac dan Julai. Bandar ini akan dipenuhi dengan ramai pelancong di tempoh ini. Malah, jika anda datang dalam mana-mana tempoh ini, tempahlah tiket pesawat dan tempat penginapan anda lebih awal kerana harganya akan naik mendadak pada tempoh ini. Untuk menikmati Miyazaki tanpa orang yang ramai, melawatlah pada bulan Oktober kerana pelancongan di Miyazaki berjalan degan perlahan yang bermakna anda akan mendapat banyak tawaran yang baik dalam waktu ini.
Bandar Miyazaki mempunyai iklim subtropika lembap yang bermaksud musim sejuknya sederhana sejuk dan musim panasnya hangat dan lembab. Hari-hari hujan adalah perkara biasa di Miyazaki, sediakanlah payung atau baju hujan sebelum anda keluar. Di Miyazaki, musim bunga bermula pada bulan Mac hingga Mei dengan suhu purata 15.2 darjah celcius, manakala musim panas akan bermula pada bulan Jun hingga Ogos. Anda mungkin mahu mengelakkan datang ke Miyazaki pada musim panas, kerana bandar ini kadang-kadang akan dilawati oleh taufan yang akan menghalang mana-mana aktiviti luar yang telah anda rancang. Musim gugur jatuh pada bulan September hingga November dengan suhu purata 16.9 darjah Celsius dan perlahan-lahan berubah ke musim sejuk pada bulan Disember hingga Februari dengan suhu purata 12.4 darjah Celcius. Sekiranya anda ingin merasai salji untuk kali pertama, anda perlu datang dalam tempoh ini.
Jepun adalah sebuah negara yang terkenal dengan kekayaannya dalam budaya termasuklah kota Miyazaki ini. Pada musim panas, Miyazaki meraikan Festival Okage di mana anda akan menyaksikan 'kuil-kuil bergerak' yang terapung di seluruh bandar bersama-sama dengan perarakan yang sangat menarik menuju ke Kuil Kanbashira. Bukan itu sahaja, pada musim gugur, di Kuil Takachiho, anda akan dapat menghadiri Malam Yokagura di mana tarian tradisional yokagura akan dipersembahkan di hadapan penonton. Para penarinya memakai topeng ikonik dengan kostum badan yang penuh, di mna anda pasti tidak mahu ketinggalan menyaksikannya. Pada musim sejuk, Miyazaki merayakan Kiyotake Plum Blossom dan Festival Kimono untuk meraikan mekarnya bunga-bunga plum. Pelancong dialu-alukan untuk menghadiri kelas memakai kimono / yukata di mana penduduk tempatan akan mengajar anda cara memakai pakaian tradisional mereka. Akhir sekali, pada musim bunga, anda akan dapat menghadiri The Doll Festival atau juga dipanggil sebagai Hari Gadis Hinamatsuri – ianya merupakan pameran mega anak-anak patung tradisional dan moden yang ada sejarah mereka yang tersendiri. Oleh itu, untuk merasai budaya Miyazaki sepenuhnya, datang dan ambilah bahagian dalam perayaan-perayaannya!

Apa 3 Aktviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Miyazaki?

Bukan sahaja mempunyai banyak perayaan, banyak tarikan boleh didapati di Miyazaki. Inilah tempat-tempat yang harus anda kunjungi ketika berada di sini.
Taman Heiwadai - Berjalan-jalanlah di taman ini, dan anda akan menemui Menara Aman yang ikonik di tengah-tengah taman ini. Menara setinggi 37 meter itu dibina pada tahun 1940 selepas Perang Dunia II. Menara yang terpacak megah ini direka untuk meniru struktur bangunan Kerajaan Khmer. Menara penting ini didirikan menggunakan bahan yang diimport dari pelbagai negara. Ia adalah tempat yang sempurna untuk pelancong yang mencari tempat untuk berehat sambil menikmati alam semulajadi.
Takachiho Gorge - Terletak di pekan Takachiho yang berada di utara bandar Miyazaki, Takachiho Gorge adalah lembah kolar yang indah yang luar biasa. Sewalah bot untuk mendayung ke pancuran air terjun Minainotaki yang setinggi 17 meter bersama latar hijau dedaunan di tebing.
Miyazaki Jingu - Kuil ini didedikasikan kepada Maharaja Jimmu yang telah direkodkan sebagai maharaja pertama Jepun. Secara umumnya, Miyazaki Jingu berumur lebih dari 2 600 tahun dan masih memelihara suasana dan arsitektur Jepun Kuno. Selain itu, kuil ini adalah salah satu peninggalan tertua di bandar Miyazaki yang dikelilingi taman yang menenangkan minda. Lawatlah pada bulan April kerana anda akan menyaksikan taman itu dipenuhi dengan pokok wisteria berwarna ungu muda yang mekar. Berjalan-jalanlah di taman ini, dimana ianya akan membuatkan anda merasa anda berada dalam filem fantasi.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka