Penerbangan murah ke Nanjing (NKG)

Cari dan tempah penerbangan murah ke Nanjing (NKG)

Laluan

Syarikat penerbangan

Jadual

Harga mulai

Kunming (KMG) → Nanjing (NKG)
Sichuan Airlines
Rabu, 20 Mac 2024
RM 499.38
Kuala Lumpur (KUL) → Nanjing (NKG)
Penerbangan
Sabtu, 30 Mac 2024
RM 752.71
Kuala Lumpur (KUL) → Nanjing (NKG)
Penerbangan
Selasa, 26 Mac 2024
RM 760.46
Singapura (SIN) → Nanjing (NKG)
Penerbangan
Selasa, 02 Apr 2024
RM 955.31
Singapura (SIN) → Nanjing (NKG)
Penerbangan
Ahad, 24 Mac 2024
RM 1,232.23
Singapura (SIN) → Nanjing (NKG)
Penerbangan
Selasa, 09 Apr 2024
RM 1,551.74
Shenzhen (SZX) → Nanjing (NKG)
Penerbangan
Ahad, 24 Mac 2024
RM 2,958.38

Tiket Pesawat Murah ke Nanjing, China

Nanjing merupakan ibu kota kebudayaan untuk Wilayah Jiangsu di China. Tidak syak lagi anda akan jatuh cinta kepadanya. Salah satu fakta yang menarik tentang Nanjing ialah, ia disenaraikan sebagai salah satu daripada Empat Ibu Kota Besar Purba di China. Salah satu sebabnya adalah kerana Nanjing merupakan penjaga untuk sebahagian besar sejarah China. Oleh itu, jika anda bercuti bukan hanya untuk bersiar-siar tetapi belajar sesuatu yang baru – Nanjing adalah tempat yang sesuai untuk anda pergi. Ia merupakan bandar terbesar di China yang dipenuhi dengan banyak tempat bersejarah dan tempat kebudayaan yang boleh anda kunjungi. Datanglah ke Nanjing, anda sentiasa akan ada aktiviti yang boleh dilakukan di sini.

Lapangan terbang di Nanjing

Lapangan Terbang Antarabangsa Nanjing Lukou (NKG)

Lapangan Terbang Antarabangsa Nanjing (NKG) merupakan satu-satunya lapangan terbang antarabangsa yang berkhidmat di Nanjing. Ianya merupakan lapangan terbang utama yang menyediakan perkhidmatan penerbangan di Delta Sungai Yangtze. NKG terletak 35 kilometer di selatan dari pusat bandar Nanjing. NKG adalah lapangan terbang paling sibuk ke-12 di China. Pada mulanya, Lapangan Terbang Antarabangsa Nanjing Lukou mempunyai dua terminal – Terminal 1 dan Terminal 2 – untuk penumpang. Walau bagaimanapun, Terminal 1 telah ditutup untuk pengubahsuaian dan hanya Terminal 2 yang masih terbuka untuk perniagaan. Sepanjang terminal, terdapat pelbagai kedai-kedai bebas cukai, restoran dan kafe untuk memenuhi keperluan anda. Untuk masuk dan keluar lapangan terbang mudah kerana terdapat banyak jenis pengangkutan yang tersedia untuk penumpang NKG.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Nanjing?

Traveloka adalah enjin carian yang memudahkan para pelancong untuk mencari tiket penerbangan termurah ke Nanjing. Apa yang perlu anda lakukan adalah masukkan maklumat dalam kotak carian dan aplikasi ini akan mengesyorkan penerbangan yang terbaik mengikut bajet anda. Ia membandingkan harga tiket antara beberapa syarikat penerbangan yang dipercayai untuk membantu anda mendapatkan tawaran yang terbaik. Gunakan ciri pemberitahu harga Traveloka untuk dimaklumkan mengenai tiket penerbangan dalam lingkungan harga yang anda inginkan bagi mendapatkan tawaran yang terbaik ke Nanjing.

Bila Waktu Terbaik untuk ke Nanjing?

Waktu bukan kemuncak adalah pada sekitar bulan Jun hingga Ogos dan September hingga November, kerana hujan lebat dan suhunya yang tinggi. Musim kemuncak di Nanjing adalah pada musim gugur yang bermula pada bulan September hingga November. Bandar ini akan menjadi hidup, tetapi harga barangan juga akan naik. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk merancang lebih awal dari masa ke masa jika anda ingin melawat Nanjing pada tempoh ini. Waktu yang terbaik untuk melawat Nanjing adalah sekitar April hingga Mei kerana suhu yang selesa dan cuaca yang indah dari musim bunga.
Nanjing mempunyai iklim subtropika lembap yang banyak dipengaruhi oleh monsun Asia Timur. Oleh sebab itu, empat musim Nanjing tidak tipikal kerana ia mempunyai musim panas yang sangat panas, musim sejuk yang lembap. Walau bagaimanapun, Nanjing mempunyai cuaca yang selesa untuk musim bunga dan musim luruh. Pada musim panas, Nanjing dipanggil sebagai "Three Furnacelike Cities" kerana suhu akan mencapai sangat tinggi sehinggakan 32 darjah Celcius. Sebaliknya, pada musim luruh, cuaca akan menjadi lebih selesa dengan hujan pada beberapa hari.
Nanjing adalah sebuah bandar yang kaya dengan budaya dan warisan – dan juga perayaan. Nanjing merayakan Festival Tanglong Antarabangsa Qinhuai pada hari kelima belas bulan pertama Kalendar Lunar China. Pada hari itu, penduduk tempatan akan berkumpul di kawasan Kuil Confucius dan menyalakan tanglong merah. Ini melambangkan doa untuk memiliki keluarga yang bahagia, penuaian yang lebat dan nasib yang baik. Selain itu, Nanjing juga menyambut Festival Bot Naga Nanjing. Tradisi ini merupakan tradisi turun temurun dari 2500 tahun yang lalu, di mana penduduk tempatan akan bersaing dalam perlumbaan bot naga di Tasik Nanjing di Taman Mochou. Anda tidak boleh melepaskan aktiviti yang menarik ini, kerana anda juga dapat menikmati pelbagai jenis makanan tradisi khas dari Nanjing yang dijual di perayaan tersebut. Selain itu, Pesta Plum Blossom Antarabangsa dan Perayaan Ketam Berambut adalah acara yang menarik yang boleh anda sertai semasa anda melawat Nanjing. Cubalah sekurang-kurangnya menyertai salah satu perayaan yang disebutkan semasa anda berada di Nanjing.

Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Nanjing?

Nanjing adalah salah satu bandar yang paling banyak dikunjungi di China. Banyak tarikan boleh didapati di Nanjing.
Gunung Ungu – Gunung Ungu ini dikelilingi oleh banyak tapak bersejarah seperti Makam Ming purba dan makam San Yat-Sen. San Yat-Sen ialah "Bapa Pemodenan China" yang merupakan seorang doktor, ahli politik, ahli falsafah, dan beliau juga merupakan presiden pertama Republik China. Anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai sejarah China jika anda melawat makamnya. Bagi pelawat yang datang untuk alam semulajadi, anda boleh melawati Tasik Purple Glow. Ia bukan indah di mata, pelawat juga dibenarkan untuk berenang di dalamnya bagi menyejukkan diri ketika musim panas.
Tasik Xuanwu – Selalu dipanggil sebagai “Pearl of Nanjing” kerana keindahannya. Taman diraja ini merupakan tasik yang terbesar dalam sejarah China. Taman yang benar-benar menakjubkan ini adalah sebuah tempat yang sempurna bagi anda untuk menghabiskan hari anda pada musim panas atau musim bunga sambil melihat keindahan tasik. Pelawat dapat melakukan banyak aktiviti dan bersenang-senang di teahouses, melawat kebun binatang kecil bahkan anda juga boleh bermain dengan layang-layang di taman ini.
Tembok Bandar Raya Nanjing – Tembok kota terpanjang dan yang terpelihara di dunia. Dinding tembok itu dibina pada 1366 oleh Maharaja Zhu untuk melindungi dan digunakan sebagai garis pertahanan pertama untuk bandar Nanjing. Dari dinding kota, para pelawat dapat melihat pemandangan Tasik Xuanwu, Kuil Jiming dan Gunung Zijin. Selain itu, pencahayaan dinding bandar akan dinyalakan pada waktu malam – yang sesuai diabadikan dalam foto-foto yang anda ambil.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka