Penerbangan murah ke Raja Ampat (RJM)

Aktiviti menarik di Raja Ampat

Tur Pulau Wayag Raja Ampat 4D3N
Tur Pulau Wayag Raja Ampat 4D3N
RM 2,228.20
RM 1,894.00
Lihat lebih banyak pilihan aktiviti

Tiket Pesawat murah ke Raja Ampat, Indonesia.

Raja Ampat atau dalam bahasa melayunya Empat Raja adalah sebuah kepulauan yang terdiri daripada lebih daripada 1,500 pulau kecil. Empat pulau utama di sini ialah Misool, Salawati, Batanta, dan Waigeo. Pulau ini terletak di barat laut di Pulau New Guinea, Indonesia. Pulau ini dikelilingi oleh laut, maka penduduk di sana akan mendapatkan sumber makanan mereka kebanyakannya dengan menangkap ikan. orang-orang di sana mengamalkan kepercayaan yang sangat kuat kepada budaya namun, mereka sangat menyambut dan mengalau-alukan kehadiran para pengunjung. Datanglah ke sini jika anda ingin melihat pulau yang paling indah, dengan banyak karang berwarna-warni di laut dan air yang kebiruan pasti akan membuat anda susah untuk pergi meninggalkan pulau ini.

Lapangan terbang di Raja Ampat.

Lapangan Terbang Marinda

Lapangan Terbang Marinda atau juga dikenali sebagai Lapangan Terbang Raja Ampat adalah lapangan terbang yang berkhidmat untuk beberapa tempat seperti Waisai, Kabupaten Raja Ampat, dan Papua Barat. Lapangan terbang ini dianggap baru kerana ia dibina pada tahun 2012 disebabkan jumlah orang yang datang ke Raja Ampat semakin meningkat. Antara syarikat penerbangan yang bekerjasama dengan lapangan terbang ialah NAM Airlines, Susi Air, dan Wings Air. Ini dianggap sebagai sebuah lapangan terbang kecil, jadi jangan mengharapkan banyak dari lapangan terbang ini. Mencari lapangan terbang ini tidak akan menjadi masalah, anda boleh mengambil sama ada bas, menyewa kereta atau pengangkutan awam yang lain. Lapangan terbang difasilitasi dengan kemudahan asas seperti kawasan menunggu dan kaunter pertanyaan.

Bagaimana untuk mendapatkan tiket penerbangan murah ke Raja Ampat?

Traveloka adalah enjin carian yang akan membantu anda melancong dengan mudah. Anda boleh mencari penerbangan termurah dengan hanya memasukkan maklumat dalam kotak carian. Traveloka akan membandingkan penerbangan tiket termurah yang tersedia untuk ke Raja Ampat dan anda boleh memilih mengikut bajet anda. Enjin carian akan membandingkan beberapa syarikat penerbangan dan memberikan hasil yang terbaik. Anda juga akan dimaklumkan oleh harga tiket penerbangan menerusi ciri pemberitahu harga Traveloka.

Bilakah Waktu terbaik untuk terbang ke Raja Ampat?

Pulau ini mempunyai iklim tropika yang menjadikan suhunya antara 20 hingga 33 darjah Celsius. Oleh kerana Raja Ampat mempunyai iklim tropika, maka akan ada hujan yang besar dan boleh terjadi pada bila-bila masa. Tetapi jangan risau, walaupun hujan kelihatan seperti hujan lebat, walaubagaimanapun, ia hanya hujjan yang sekejap sahaja. Sekiranya hujan berlaku pada waktu pagi, mungkin pada sebelah petang anda boleh pergi dan menyelam di laut yang indah. Akan ada masa di mana Raja Ampat akan mengalami musim hujan yang besar iaitu kebiasaannya pada bulan Disember dan Januari. Masa terbaik untuk melawat Raja Ampat adalah bulan Februari hingga Mei, semasa bulan-bulan ini, suhu adalah hangat dan kurang hujan yang turun. Ia membolehkan anda melakukan banyak aktiviti luaran.Terdapat juga perayaan yang diraikan di Raja Ampat seperti Festival Enchantment Raja Ampat. Semasa perayaan ini, akan terdapat banyak persembahan, tarian, pertandingan, pameran dan hiburan awam. Pastikan anda menandakan kalendar anda atau semak tarikh tepat dengan pemandu pelancong tempatan anda supaya anda tidak terlepas pesta ini.

Apakah aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Raja Ampat?

Banyak tempat di Raja Ampat akan menjadikan perjalanan anda tidak dapat dilupakan. Raja Ampat telah menerima beberapa anugerah seperti tempat snorkeling dan menyelam terbaik di dunia yang diberikan oleh CNN Travel. Berikut adalah beberapa tempat yang boleh anda lawati semasa di Raja Ampat.

Waisai - Waisai adalah tempat utama di mana semua pelancong akan pergi untuk menyelam dan bersiar-siar. Waisai adalah pelabuhan yang agak sibuk di mana ada bot yang akan bergerak ke lebih dari seribu pulau. Oleh itu, boleh dikatakan bahawa Waisai boleh membuat perjalanan anda mudah unntuk ke pulau-pulau kecil lain. Aktiviti terbaik yang perlu dilakukan di Waisai adalah untuk mempunyai pengembaraan marin di mana anda boleh menyelam dan snorkel.

Mendaki Gunung - Mendaki gunung adalah aktiviti yang sesuai bagi mereka yang tidak meminati aktiviti air. Terdapat beribu-ribu gunung kecil di Raja Ampat menunggu untuk diterokai oleh anda. Terokai jalan melalui bukit-bukit dan hutan mereka, anda dapat melihat terdapat banyak spesies haiwan yang cantik. Sesetengah haiwan eksotik mungkin tidak terdapat di mana-mana tempat lain di dunia. Jadi pastikan anda membawa kamera anda.

Pulau Misool - Misool Island dan Manta Ridge adalah tempat yang paling popular untuk melakukan aktiviti menyelam dan snorkeling. Di sini anda akan melihat beribu-ribu karang dan ikan yang berwarna-warni. Selain itu anda akan melihat banyak penyu laut dan ikan pari. Sekiranya anda bernasib baik, anda akan melihat Kalabia yang merupakan jerung yang sangat jarang ditemui kecuali di Raja Ampat.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved