Penerbangan murah ke Rome (FCO)

Cari dan tempah penerbangan murah ke Rome (FCO)

Laluan

Syarikat penerbangan

Jadual

Harga mulai

Kuala Lumpur (KUL) → Rom (FCO)
Penerbangan
Sabtu, 11 Mei 2024
RM 2,266.45
Jakarta (CGK) → Rom (FCO)
Penerbangan
Jumaat, 17 Mei 2024
RM 3,896.25

Aktiviti menarik di Rome

Mamertine Prison + Colosseum, Roman Forum & Palatine Hill

RM 169.08
Ciampino Airport Shuttle Bus to/from Rome

RM 30.75
Aquafelix Waterpark
Aquafelix Waterpark
RM 81.99
Villa Gregoriana Park
Villa Gregoriana Park
RM 15.36
Rome Hop-on Hop-off Tiber Cruise next to Castel Sant'Angelo

RM 107.61
Roma Pass
Roma Pass
RM 208.23
Lihat lebih banyak pilihan aktiviti

Tiket Pesawat Murah ke Rom, Itali

Rom merupakan sebuah ibu negara Itali. Ia merupakan bandar terbesar dengan anggaran keluasan 1285.3 kilometer persegi dan mempunyai jumlah penduduk seramai lebih 2.7 juta orang. Oleh itu, ia disenaraikan sebagai bandar keempat terpadat di Kesatuan Eropah berdasarkan jumlah penduduknya. Rom juga disenaraikan sebagai destinasi pelancong ketiga paling banyak dikunjungi dalam Kesatuan Eropah. Rom sering dikunjungi pelancong oleh kerana keunikan senibina bangunan-bangunannyayang masing-masing mempunyai sejarah lampau. Rom antara bandar yang terselamat dari Perang Dunia Kedua, oleh itu tidak hairanlah jika senibina dahulu masih kekal sehingga sekarang. Rom disenaraikan UNESCOsebagai salah satu Tapak Warisan Dunia. Tamadun Rom juga merupakan salah satu tamadun yang terunggul dalam sejarah manusia, oleh itu, dengan melawati bandar ini, banyak ilmu pengetahuan dan sejarah yang boleh dipelajari pegunjung.

Lapangan Terbang di Rom

1. Lapangan Terbang Antarabangsa Fiumicino, Rom.

Lapangan Terbang Antarabangsa Fiumicino, Rom adalah lapangan terbang utama di Rom dan juga bertindak sebagai lapangan terbang utama bagi negara Itali. Ia terletak di bandar Fiumicino iaitu kira-kira 30 kilometer dari Bandar Rom. Ia dikhabarkan sebagai antara lapangan terbang yang paling sibuk di Kesatuan Eropah. Berita ini dirujuk kepada bilangan trafik pesawat yang dikendalikan serta berdasarkan bilangan penumpang yang menggunakan lapangan terbang ini, iaitu seramai 43 juta penumpang pada tahun 2018. Ia menjadi hub kepada pesawat Alitali iaitu syarikat penerbangan terbesar Itali serta Vueling, syarikat penerbangan kos rendah Sepanyol yang dimiliki oleh International Airlines Group. Lapangan Terbang Antarabangsa Fiumicino turut dikenali sebagai Lapangan Terbang Leonardo da Vinci oleh kerana beliau mereka mesin terbang bersayap dan juga prototaip helikopter sekitar tahun 1480.

2. Lapangan Terbang Antarabangsa Ciampino – “G.B.Pastine”, Rom.

Lapangan Terbang Antarabangsa Ciampino – “G.B.Pastine” beroperasi sebagai lapangan terbang antarabangsa sekunder, dimana yang utama adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Fiumicino, bagi negara Itali. Ia merupakan lapangan terbang awam bersama, komersial dan tentera, yang terletak kira-kira 12 kilometer di arah tenggara Bandar Rom. Ia turut menjadi hub kepada banyak pesawat syarikat kos rendah. Namanya pula diletakkan bersempena dengan nama Govian Battista Pastine, seorang juruterbang Itali yang berjuang ketika Perang Dunia Pertama.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Rom?

Traveloka, sama ada laman web rasmi mahupun aplikasi yang dimuatnaik di telefon bimbit, adalah enjin carian yang memudahkan para pelancong untuk mencari tiket penerbangan termurah ke mana-mana negara, termasuk Rom. Ia membandingkan harga tiket antara beberapa syarikat penerbangan untuk anda pilih berdasarkan kemampuan dan kepentingan anda. Tambahan pula, anda boleh gunakan ciri pemberitahu harga Traveloka untuk anda sentiasa dimaklumkan tentang harga penerbangan dari semasa ke semasa. Jika terdapat harga yang agak murah, anda boleh terus menempah tiket penerbangan tersebut.

Bila Waktu Terbaik untuk ke Rom?

Waktu yang dikatakan paling sesuai untuk ke Rom adalah sekitar bulan Oktober sehingga April iaitu ketika pelancong-pelancong dari negara jiran mula berkurangan. Sejurus, kadar harga penginapan mula turun dan lebih murah. Tetapi suhu pada sekitar bulan-bulan ini menjadi lebih sejuk dan anda mungkin memerlukan lebih banyak baju panas untuk membuatkan anda selesa dan mudah berjalan-jalan keluar bangunan. Bagus jug ajika anda merancang untuk melawati Rom pada musim Mei. Mei merupakan bulan yang sederhana sejuk dan panas serta masih kurang pelancong oleh itu anda masih boleh mencari penginapan dengan harga yang berpatutan. Pada bulan Jun sehingga Ogos merupakan bulan yang paling ramai pelancong oleh kerana cuti musim panas. Jika anda ingin berkunjung pada bulan cuti musim panas ini, anda dinasihatkan untuk menempah penginapan anda 6 bulan sebelumnya.

Rom mempunyai iklim Mediterranean di mana sederhana sejuk pada musim sejuk dan sederhana panas atau panas pada musim panas. Bulan yang sering mencatatkan suhu terpanas di Rom adalah bulan Julai iaitu, 26 darjah Celsius. Manakal bulan yang sering mencatatkan suhu paling sejuk di Rom adalah bulan Januari iaitu, 8 darjah Celsius. Suhu sederhana di Rom adalah 15 darjah Celsius. Rom juga mengalami musim hujan yang lebih banyak pada musim sejuk berbanding pada musim panas.

Di Rom, boleh dikatakan setiap bulan masyarakat Rom mempunyai sesuatu sambutan. Tetapi yang paling menarik perhatian adalah pada pertengahan bulan April di mana masyarakat Rom menyambut Week of Culture. Muzium Negara dan beberapa tapak arkeologi tidak akan dikenakan yuran kemasukan. Bukan itu sahaja, beberapa tempat yang tidak dibukan untuk lawatan awam mungkin akan dibuka pada musim sambutan tersebut.

Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Rom?

Oleh kerana Rom adalah bandar ketiga yang paling banyak menerima pelancong di Kesatuan Eropah. Terdapat banyak tarikan yang boleh didapati di sini.

1. Trevi Fountain – Trevi Fountain merupakan sebuah air terjun buatan yang terletak di daerah Trevi. Walaupun strukur air terjunnya adalah buatan manusia, tetapi sumber airnya adalah semula jadi iaitu daripada mata air. Landskapnya yang sungguh cantik direka oleh seorang arkitek Itali bernama Nicola Salvi dan disiapkan oleh Giuseppe Pannini dan beberapa lagi pada tahun 1762 dahulu. Untuk mengekalkan struktur senibina dan kecantikkannya, beberapa pembaharuan dan pemulihan dilakukan seperti memasang lampu LED untuk mengindahkan lagi pemandangannya pada waktu malam. Strukturnya berdiri setinggi 26.3 meter dan melebar seluas 49.15 meter. Ia merupakan air terjun terbesar di tengah-tengah bandar dan air terjun yang paling popular di dunia. Pelancong yang melawati Rom pasti singgah di air terjun ini untuk menikmati keindahan senibina dan menangkap gambar kenangan. Air terjun, Trevi Fountain ini boleh dilawati pada bila-bila masa. Tiada yuran kemasukan dikenakan.

2. Colosseum – Colosseum atau Coliseum merupakan sebuah amfiteater yang terbesar di dunia. Dianggarkan seramai 50000 sehingga 80000 penonton boleh dimuatkan pada sesuatu tayangan atau persembahan berlangsung. Ia dibina pada zaman Empayar Vespasian, 72 AD dan siap dibina pada zaman pemerintahan Titus tahun 80 AD. Tidak berhenti di situ, penambahbaikkan turut dibuat pada zaman pemerintahan Domitian. Antara persembahan yang sering ditayangkan di sini adalah perlawanan pedang, perlawanan binatang dan beberapa lagi yang dianggap hiburan pada zaman dahulu. Berdiri teguh sehingga kini, Colosseum ini tersenarai dalam New 7 Wonders of the World, walaupun beberapa bahagian amfiteater ini rosak akibat gempa bumi. Bayaran kemasukan dikenakan untuk masuk ke dalam amfiteater ini.

3. Pantheon – Pantheon pada awalnya merupakan sebuah kuil yang terletak di bandar Rom yang ditauliahkan oleh Marcus Agrippa pada zaman pemerintahan Augustus. Kemudian, ia mengalami kerosakan akibat daripada kebakaran lalu dibaiki semula semasa empayar Hadrian. Semenjak itu, bangunan Pantheon ini teguh berdiri sehingga kini dan ia merupakan salah satu bangunan Roman Kuno yang paling baik terpelihara. Hal ini mungkin disebabkan oleh ia digunakan secara berterusan daripada dahulu sehinggalah sekarang. Jika pada sejarahnya ia adalah kuil, sejak abad ke-7, Pantheon telah digunakan sebagai sebuah gereja. Ia juga menjadi makam kepada tokoh-tokoh Rom yang terpilih pada suatu ketika dahulu dan menjadi sebuah muzium sekarang kerana ia menerima banyak kunjungan pelancong oleh kerana kecantikan senibina dalaman dan luarannya. Sehingga kini, tiada yuran kemasukan dikenakan untuk memasuki Pantheon.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved