Penerbangan murah ke Selayar (YKR)

Penerbangan ke Selayar, Indonesia

Selayar, sebuah pulau yang terletak di hujung selatan Sulawesi Selatan, merupakan sebuah pulau yang agak terpencil, mempunyai pantai berpasir yang putih dan air laut yang jernih, dan mempunyai sejarah yang tersendiri. Pada zaman sebelum kedatangan Kerajaan Islam ke Selayar, pulau ini merupakan tempat persinggahan yang dikunjung pedagang dari China, Filipina dan Thailand, banyak meninggalkan bukti sejarah seperti hasil tinggalan dan artifak yang berharga yang menjadikannya sebuah tempat bersejarah. Kini, Pulau Selayar merupakan sebuah pulau yang menjadi destinasi pelancongan di Provinsi Sulawesi Selatan oleh kerana pulau ini mempunyai potensi yang besar dalam sektor pelancongan bercirikan marin, alam semulajadi dan kepelbagaian budaya. Ibu kota bagi Pulau Selayar ialah Benteng. Pulau Selayar adalah destinasi yang menakjubkan dimana pulau ini mempunyai landskap yang unik dan pantai yang belum diterokai dan dicemari. Di bahagian barat pulau ini didiami oleh nelayan tempatan, yang tinggal di sebuah perkampungan kecil dan sehingga kini mereka masih mengamalkan kehidupan tradisional mereka tanpa dipengaruhi sedikit pun pengaruh dari luar. Secara ringkas, terdapat kepelbagaian di pulau ini yang menjadikannya sebuah percutian yang berbaloi terutama untuk mereka yang sukakan alam semulajadi, kebudayaan, ‘jungle trekking’, berbasikal, ‘bird watching’, aktiviti dalam air seperti ‘scuba diving’ dan ‘snorkelling’, anda pasti akan mendapatkan pengalaman yang menakjubkan sepanjang percutian anda ke Pulau Selayar.

Lapangan Terbang di Selayar

Bandar Udara (Bandara) Haji Aroeppala

Bandara Haji Aroeppla atau Lapangan Terbang Haji Aroeppala adalah sebuah lapangan terbang domestik yang terletak di Pulau Selayar, Sulawesi Selatan, Indonesia. Lapangan terbang ini sebuah lapangan terbang yang kecil. Walaubagaimanapun, ianya mempunyai peranan yang penting dalam membawa penumpang dan barangan dari kota Makassar ke Pulau Selayar. Syarikat penerbangan yang beroperasi di lapangan terbang ini adalah dari syarikat tempatan. Jika anda ingin melancong ke Pulau Selayar, anda akan menaiki pesawat kecil yang beroperasi untuk membawa penumpang dari Makassar ke Pulau Selayar.

Bagaimanakah cara mendapatkan penerbangan yang murah ke Selayar, Indonesia ?

Traveloka merupakan sebuah aplikasi pencarian yang memudahkan pelancong untuk medapatkan harga penerbangan terendah ke Selayar. Apa yang perlu anda lakukan ialah masukkan segala perincian yang diperlukan ke dalam kotak pencarian, dan aplikasi ini akan membantu anda untuk mendapatkan tiket penerbangan dengan memaparkan perbandingan harga antara syarikat penerbangan dan menawarkan harga penerbangan mengikut kesesuaian kemampuan anda. Gunakan ciri peringatan harga di aplikasi Traveloka agar anda dinotifikasikan dengan harga penerbangan terbaik ke Selayar.

Bilakah waktu terbaik untuk terbang ke Selayar ?

Selayar mempunyai iklim tropika dengan dua musim iaitu musim tengkujuh dan musim kemarau. Waktu terbaik untuk melancong ke Pulau Selayar adalah sepanjang tahun. Bulan Februari hingga Disember merupakan bulan yang mempunyai cuaca yang baik untuk menikmati pelbagai aktiviti di Pulau Selayar. Pemandangan di pulau ini sangat indah dan menakjubkan. Januari adalah bulan di mana hujan turun paling banyak pada waktu ini. Beberapa aktiviti akan menjadi terhad untuk dilakukan kerana keadaan cuaca yang hujan dan berangin. Aktiviti di dalam air laut juga tidak akan dilakukan bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

Tempat menarik di Selayar ?

Pantai Baloiya - Pantai Baloiya terletak di Kampung Patikarya, Bontosikuyu, Selayar. Pantai ini boleh dilawati orang awam tanpa sebarang bayaran. Anda juga boleh berkhemah di pulau ini dan pengalaman ini merupakan pengalaman kehidupan pada waktu malam yang terbaik di Makassar. Ada yang menyatakan pantai ini kelihatan seperti Tanah Lot di Bali. Pasir pantainya yang bersih dan terumbu karang yang menakjubkan pasti menawarkan panorama yang hebat. Pantai ini masih terpelihara dan tidak terdedah kepada sebarang bentuk aktiviti industri pelancongan. Waktu yang paling dinantikan untuk menikmati suasana yang hebat di pantai ini ialah pada waktu matahari terbenam.

Takobonerate National Park - Takobonerate adalah tulang belakang industri pelancongan di Selayar. Setiap tahun, taman negara ini akan mengadakan festival untuk menarik palancong ke Selayar. Takobonerate ini merupakan salah sebuah pulau yang mempunyai terumbu karang terbesar di dunia. Keindahan alam semulajadi terdapat di sini tidak kira sama ada di dalam laut atau di permukaannya. Aktiviti seperti ‘scuba diving’, ‘snorkelling’ dan mengambil gambar di dalam air adalah aktiviti yang terbaik dilakukan untuk menikmati keindahan yang terdapat di taman negara ini. Takobenerate National Park terletak di tenggara Pulau Selayar. Untuk ke taman negara ini, anda perlu ke pejabat taman negara ini yang terletak di Jalan S. Perman, Benteng, Selayar bagi membuat pendaftaran.

Turtle Village - Turtle Village terletak tidak jauh dari Benteng, ibu kota Selayar. Jarak perjalan ke kampung ini cuma 15 minit dari Benteng. Kewujudan Turtle Village ini merupakan sebuah bentuk kesedaran dan tabung amal oleh penduduk Pulau Selayar untuk memelihara hidupan ini yang dipercayai sebagai penduduk asal atau haiwan yang mendiami pulau ini. Terdapat tabung amal yang disediakan di Turtle Village bagi menyokong dan menyelenggara kampung ini. Terdapat juga aktiviti yang dilakukan di sini seperti mencari telur penyu. Pada masa tertentu, pelancong dapat menjalankan aktiviti melepaskan anak penyu ke laut. Turtle Village ini terletak di Kampung Barugaia, Bonto Manai, Selayar. Tiada bayaran yang dikenakan untuk masuk ke sini.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved