Penerbangan murah ke Seoul (ICN)

Cari dan tempah penerbangan murah ke Seoul (ICN)

Laluan

Syarikat penerbangan

Jadual

Harga mulai

Hong Kong (HKG) → Seoul (ICN)
Sichuan Airlines
Rabu, 20 Mac 2024
RM 666.94
Singapura (SIN) → Seoul (ICN)
Penerbangan
Khamis, 11 Apr 2024
RM 714.15
Singapura (SIN) → Seoul (ICN)
Penerbangan
Rabu, 17 Apr 2024
RM 827.54
Kota Kinabalu (BKI) → Seoul (ICN)
Penerbangan
Khamis, 21 Mac 2024
RM 1,099.03
Singapura (SIN) → Seoul (ICN)
Penerbangan
Khamis, 11 Apr 2024
RM 1,251.04
Chiang Mai (CNX) → Seoul (ICN)
Penerbangan
Rabu, 10 Apr 2024
RM 1,270.34
Jakarta (CGK) → Seoul (ICN)
Penerbangan
Rabu, 20 Mac 2024
RM 1,339.41
Singapura (SIN) → Seoul (ICN)
Penerbangan
Sabtu, 30 Mac 2024
RM 1,497.13
Bandar Ho Chi Minh (SGN) → Seoul (ICN)
Penerbangan
Ahad, 31 Mac 2024
RM 1,973.84
Phuket (HKT) → Seoul (ICN)
Penerbangan
Khamis, 28 Mac 2024
RM 3,404.57

Tiket Pesawat Murah ke Seoul, Korea

Seoul adalah metropolis terbesar dan merupakan ibukota untuk Korea Selatan. Seoul menduduki tempat keempat sebgai metropolitan terbesar di dunia dan lebih besar dari London dan Paris. Bandar ini terletak di tempat yang strategik di Sungai Han dan dikelilingi oleh landskap pergunungan dan bukit. Istana Changdeok, Benteng Hwaseong, Kuil Jongmyo, Namhansanseong dan Makam Diraja Dinasti Joseon yang merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO. Semua tapak warisan tersebut berada di Seoul Capital Area.

Lapangan Terbang di Seoul

1. Lapangan Terbang Antarabangsa IncheonLapangan terbang terbesar di Korea Selatan dan merupakan lapangan terbang utama untuk Seoul Capital Area yang terletak di sebelah barat pusat bandar Incheon, di atas tanah yang dibuat secara buatan antara Yeongjong dan Kepulauan Yongyu . Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon adalah salah satu lapangan terbang yang terbesar dan tersibuk di dunia. Sejak tahun 2005, ia telah dinilai sebagai lapangan terbang terbaik di seluruh dunia oleh Majlis Lapangan Terbang Antarabangsa pada setiap tahun dan turut dinilai oleh Skytrax sebagai lapangan terbang paling bersih di dunia dan lapangan terbang transit antarabangsa terbaik dunia. Kemudahan seperti padang golf, spa, bilik tidur peribadi, gelanggang luncur ais, kasino dan Muzium Budaya Korea.
2. Lapangan Terbang Antarabangsa GimpoIa merupakan lapangan terbang utama sebelum digantikan dan sekarang berfunsi sebagai lapangan terbang kedua Seoul. Lapangan Terbang Antarabansa terletak di hujung barat Seoul berdekatan Sungai Han. Pada asalnya lapangan terbang di bina sebagai pangkalan tentera Jepun

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Seoul?

Traveloka adalah enjin carian yang memudahkan para pelancong untuk mencari tiket penerbangan termurah ke Seoul. Apa yang perlu anda lakukan adalah masukkan maklumat dalam kotak carian dan aplikasi ini akan mengesyorkan penerbangan yang terbaik mengikut bajet anda. Ia membandingkan harga tiket antara beberapa syarikat penerbangan yang dipercayai untuk membantu anda mendapatkan tawaran yang terbaik. Gunakan ciri pemberitahu harga Traveloka untuk dimaklumkan mengenai tiket penerbangan dalam lingkungan harga yang anda inginkan bagi mendapatkan tawaran yang terbaik ke Seoul.

Bila Waktu Terbaik untuk ke Seoul?

Jun hingga Ogos merupakan musim ramai pelancong tempatan dan pelancong antarabangsa melawat Seoul. Manakala Julai adalah masa yang tidak sesuai untuk melancong ke Seoul kerana cuaca panas dan hujan lebat di seluruh semenanjung. Kepada penggemar ski, pada bulan November hingga Mac merupakan yang sangat sesuai untuk dilawati kerana dapat melakukan aktiviti sukan musim sejuk pada bulan tersebut.
Korea Selatan mempunyai iklim kontinental lembap dan iklim subtropika yang lembab. Ia terjejas oleh monsun Asia Timur. Pemendakan lebih berat pada musim panas semasa musim hujan yang pendek dipanggil jangma di Korea yang bermula akhir bulan Jun hingga akhir bulan Julai. Winters di Korea Selatan boleh menjadi sangat sejuk di rantau pedalaman negara dengan suhu minimum jatuh di bawah -20 ° C. Di Seoul, suhu purata pada bulan Januari dari -7 ° C hingga 1 ° C. Suhu purata pada bulan Ogos adalah dari 22 ° C hingga 30 ° C. Korea Selatan mempunyai empat musim termasuk musim bunga, musim panas, musim gugur dan musim sejuk. Musim bunga biasanya bermula dari akhir bulan Mac hingga awal Mei. Musim panas adalah dari pertengahan Mei hingga awal September. Musim luruh adalah dari pertengahan September hingga awal November manakala musim sejuk adalah dari pertengahan November hingga pertengahan bulan Mac.
Seoul tempat lahirnya K-pop dan meraka yang melawati Seoul akan dapat hadir acara-acara K-pop yang diadakan di Seoul. Seoul Street Arts Festival adalah pesta seni jalanan terbesar di Korea yang menawarkan persembahan jalanan bertaraf tinggi yang kebanyakannya menggabungkan populariti dan kesenian. Ia dibuka kepada orang ramai di seluruh Seoul tanpa dikenakan bayaran. Nama festival itu ditukar kepada Hi! Seoul Festivals dan dianjurkan sebanyak 4 kali setahun mengikut musim.

Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Seoul?

1. N Seoul Tower - Anda boleh melawat N Seoul Tower semasa anda berada di Seoul. Ia adalah salah satu tarikan paling popular di kalangan pelancong. Menara N Seoul atau secara rasmi dikenali sebagai Menara Seoul YTN terletak di Gunung Namsan di pusat Seoul, Korea Selatan. Ia dikenali sebagai Menara Namsan atau Menara Seoul. Ia adalah menara komunikasi dan pemerhatian. Menara N Seoul menjadi titik tertinggi kedua di Seoul. Jika anda berada di Seoul, anda pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk melawat menara ini kerana ia terletak betul-betul di tengah-tengah bandar.
2. Bukchon Hanok Village - Bukchon Hanok Village adalah sebuah kampung tradisional Korea di Seoul. Ia kaya dengan sejarah dan ia terletak di atas bukit antara Istana Gyeongbok, Istana Changdeok dan Jongmyo Royal Shrine. Kampung ini dipelihara dengan baik. Ia secara tradisinya menjadi tempat kediaman pegawai kerajaan tinggi dan bangsawan semasa Dinasti Joseon. Ia terletak di Utara Cheonggye Stream dan Jongno. Oleh itu, ia dinamakan sebagai Bukchon yang bermaksud kampung utara.
3. Istana Gyeongbokgung - Istana Gyeongbokgung adalah istana raja untuk Dinasti Joseon. Ia dibina pada tahun 1395 dan terletak di Seoul Utara. Gyeongbokgung berkhidmat sebagai rumah Raja-Raja Dinasti Joseon, kaum kerabatnya serta kerajaan Joseon. Ia adalah salah satu tarikan utama di kalangan pelancong. Pastikan anda dapat melawat Istana Gyeongbokgung ini semasa anda berada di Seoul. Terdapat juga upacara penggantian penjaga yang diadakan setiap hari yang anda boleh melihat semasa lawatan anda. Semasa anda berada di Busan, anda boleh melawat Kampung Budaya Gamcheon ini. Ia adalah tempat yang bagus untuk dikunjungi. Perkampungan budaya ini menggambarkan sebuah kampung dengan rumah berwarna-warni, mural dicat, kedai dan kafe.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka