Laman Utama
/
Penerbangan
/
Tanjung Warukin

Penerbangan murah ke Tanjung Warukin (TJG)

Tiket Pesawat Murah ke Tanjung Warukin, Indonesia

Tanjung merupakan sebuah bandar yang menjadi ibu kota dan pusat pentadbiran bagi Kabupaten Tabalong. Ia turut dikenali dengan nama Tanjung Tabalong. Kabupaten Tabalong adalah salah sebuah kabupaten yang terletak di wilayah Kalimantan Selatan, Indonesia. Bandar ini terhampar pada kawasan tanah rata yang berkeluasan kira-kira 323.34 kilometer persegi. Ia berjiran dengan beberapa daerah seperti Haruai, Murung Pudak, Tanta, Bintang Ara, Kelua dan wilayah Kalimantan Tengah. Sebagai pusat pentadbiran bagi Kabupaten Tablong, ia menempatkan beberapa bangunan-bangunan institusi kerajaan seperti Majlis Perundangan Daerah Tabalong, ibu pejabat polis dan lain-lain lagi. Sumber ekonomi utama penduduk-penduduk di bandar ini adalah perlombongan minyak dan perlombongan arang batu.

Lapangan Terbang di Tanjung Warukin

Lapangan Terbang Warukin (TJG)

Lapangan Terbang Warukin merupakan satu-satunya terminal udara terdekat yang beroperasi untuk masyarakat awam sampai ke Bandar Tanjung. Lapangan terbang untuk kegunaan domestik ini terletak di daerah Tanta, iaitu hanya bersebelahan dengan daerah Tanjung. Lapangan terbang ini mengendalikan pesawat dari syarikat Kalstar Aviation dan Wings Air sahaja dengan destinasi hanya ke Banjarbaru dan Balikpapan.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Tanjung Warukin?

Disebabkan Lapangan Terbang Warukin ini tidak mengoperasikan penerbangan jarak jauh apatah lagi penerbangan antarabangsa, tiada penerbangan terus dari luar negara mahupun KLIA ke Bandar Tanjung. Anda perlu menaiki penerbangan transit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Lapangan Terbang Balikpapan. Kemudian, ambil penerbangan dari Lapangan Terbang Balikpapan ke Lapangan Terbang Warukin. Dengan menggunakan enjin carian Traveloka, hasrat penjelajahan anda untuk ke Tanjung pasti terjamin. Ia akan menyenaraikan syarikat penerbangan dan waktu penerbangan ke Lapangan Terbang Warukin untuk anda rancang tentative perjalanan anda.

Bila Waktu Terbaik untuk ke Tanjung Warukin?

Waktu terbaik untuk melancong ke Tanjung adalah pada akhir bulan Jun sehingga akhir bulan Oktober berdasarkan cuaca yang paling optimum dan selesa untuk pelancong berjalan-jalan di sekitar Tanjung dan kawasan berdekatan. Pada musim ini, cuacanya dikatakan selesa kerana hari-hari sepanjang bulan ini cerah dengan suhu yang sederhana panas, iaitu masih di bawah 34 darjah Celsius. Bulan-bulan ini menerima curahan hujan yang paling sedikit. Namun, bulan Jun sehingga Ogos telah menjadi bulan kebiasaan pelancong ke Tanjung, Tabalong. Oleh itu, ia dikira antara bulan tersibuk untuk sektor pelancongan di bandar ini, jadi kadar harga penginapan mungkin melonjak naik ketika musim ini.

Masyarakat Tabalong mempunyai sebuah festival yang disambut setiap tahun bermula dari tahun 2011. Ia dikenali sebagai Tabalong Ethnic Festival di mana tarikh sambutannya berbeza pada setiap tahun mengikut perancangan pihak penganjur. Ia dianjurkan oleh Persatuan Putera dan Puteri Saraba Kawa dan CSR PT Adaro Indonesia. Festival ini mempertengahkan seni dan budaya masyarakat yang datang dari suku Banjar dan Dayak. Terdapat pelbagai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan bagi melibatkan masyarakat setempat. Antaranya adalah, pertandingan tarian, muzik, pertunjukan busana dan pelbagai lagi. Oleh kerana tarikh sambutannya berbeza-beza bagi setiap tahun, pelancong yang merancang ke Tanjung boleh menyemak dahulu tarikh sambutan festival ini agar berpeluang menyaksikan sendiri serta merasai kemeriahan sambutan festival ini.

Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Tanjung Warukin?

Tanjung merupakan sebuah bandar yang sedang membangun dan mempunyai potensi untuk dijadikan tumpuan pelancongan. Terdapat beberapa tempat yang menarik berhampiran bandar ini . Antaranya adalah :

Pusat Islam - Pusat Islam ini terletak di daerah Murung Pudak, Tabalong iaitu tidak jauh dari Bandar Tanjung. Ia menjadi simbolik kepada kewujudan masyarakat beragama islam di Tabalong. Pusat Islam atau lebih dipanggil sebagai masjid, menjadi tumpuan bukan sahaja pelancong yang beragama islam untuk pergi beribadah, namun turut dilawati oleh pelancong bukan islam. Hal ini adalah kerana kecantikan seni binanya yang dikagumi pelancong. Masjid ini dibina cukup besar pada sebuah dataran yang luas menonjolkan lagi kemegahan dan kecantikannya. Masjid ini menyediakan kemudahan-kemudahan lengkap untuk masyarakat islam beribadat dengan selesa dan tenang.

Puga’an City Kab - Puga’an City Kab adalah sebuah taman bunga yang terletak di daerah Kelua, iaitu berjiran dengan bandar Tanjung. Taman ini merumahkan pelbagai jenis bunga seperti bunga matahari, bunga mawar dan lain-lain lagi. Melawat ke taman bunga ini pasti membuatkan pelancong berasa tenang dan gembira melihat kecantikan pelbagai bunga hidup. Ia menjadi tempat yang sangat cantik untuk merakamkan gambar kenangan.

Air Terjun Lano - Sebuah air terjun yang terletak di dalam sebuah hutan kehijauan. Ia terletak di daerah Jaro, kira-kira satu jam lebih memandu dari Bandar Tanjung. Ia memerlukan para pengunjung untuk berjalan kaki merentas hutan dalam lebih kurang 15 minit untuk betul-betul tiba di air terjun. Air bersih yang mengalir dari puncak bukit dan sangat sejuk membuatkan para pengunjung tidak melepaskan peluang untuk berendam di dalam air.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Xperience Lain di Tanjung Warukin

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved