Penerbangan murah ke Taraz (DMB)

Pesawat ke Taraz

Taraz adalah salah satu bandar yang berkembang pesat di Kazakhstan. Terletak di Talaz River, ia adalah ibu kota bagi Wilayah Jambyl. Taraz dikenali sebagai bandar bersejarah kerana kebanyakan bangunan di bandar ini mempunyai sejarahnya sejak ribuan tahun yang lalu. Dengan meneroka sekitar bandar ini, para pengunjung akan melihat banyak monumen bersejarah dan budaya Kazakhstan. Selain itu, bandar ini turut dikelilingi oleh alam semula jadi dan tempat-tempat pelancongan seperti gunung, taman, ladang haiwan dan banyak lagi.

Lapangan Terbang di Taraz

Lapangan Terbang Taraz

Dikenali sebagai Lapangan Terbang Jambyl, ia adalah lapangan terbang utama yang beroperasi untuk kawasan di Taraz. Lapangan terbang ini mengendalikan kebanyakan penerbangan domestik dan beberapa penerbangan antarabangsa. Antara syarikat penerbangan yang beroperasi di lapangan terbang ini ialah FlyArystan, S7 Airlines, SCAT Airlines dan Qazaq Air. Destinasi popular yang menghubungkan ke Taraz ialah Astana, Almaty, Moscow, Novosibirsk dan St. Petersburg. Lapangan Terbang Taraz terletak kira-kira 11.3 kilometer dari pusat bandar Taraz. Para pengunjung boleh menaiki teksi untuk sampai ke tempat penginapan mereka.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Taraz?

Traveloka adalah laman web dan aplikasi pelancongan yang menjadikan ia mudah bagi para pengunjung untuk mencari penerbangan paling berpatutan ke Taraz. Apa yang perlu anda lakukan adalah menaip maklumat dalam kotak carian dan aplikasi itu akan mengesyorkan perjalanan yang terbaik mengikut bajet anda. Ia juga membandingkan kos penerbangan di sesetengah syarikat penerbangan yang boleh dipercayai untuk membantu anda dengan mendapatkan tawaran yang bagus. Gunakan ciri pemberitahu harga Traveloka untuk dimaklumkan mengenai harga tiket penerbangan dyang anda inginkan untuk mendapatkan harga penerbangan yang terbaik ke Taraz.

Bila Waktu Terbaik untuk ke Taraz?

Taraz mempunyai iklim separuh kering dengan suhu tahunan puratanya 16 darjah Celsius. Bandar ini mempunyai dua jenis musim iaitu musim hujan dan musim kering. Waktu terbaik untuk melawat Taraz adalah pada musim kering iaitu bermula dari bulan Julai hingga September. Para pengunjung boleh melakukan lawatan ke banyak muzium dan mendaki gunung kerana cuaca yang panas dan hujan jarang berlaku di bandar ini. Walau bagaimanapun, Taraz menerima ramai pengunjung sepanjang tempoh ini kerana ia adalah musim kemuncak di bandar ini. Sementara itu, tidak ramai pengunjung datang ke Taraz pada musim hujan. Hujan lebat membuatkan para pengunjung berasa tidak selesa untuk melawat beberapa tempat yang menarik dan mereka tidak dapat melakukan aktiviti luaran.

Pelbagai jenis sambutan dan acara diadakan di Kazakhstan. Sambutan terbesar di negara ini adalah Hari Kemerdekaan. Ia adalah sebuah perayaan untuk mengenang kembali negara Kazakhstan merdeka daripada Kesatuan Soviet. Para pengunjung dapat melihat perarakan, pertunjukan band dan pertunjukan bunga api semasa perayaan dijalankan. Ia berlaku pada setiap tahun iaitu pada 16 Disember. Perayaan yang berikut adalah Hari Raya Aidiladha. Ia adalah salah satu perayaan penting bagi negara ini. Ia telah disambut sebagai tanda penghormatan kesediaan Nabi Ibrahim mengorbankan anaknya untuk menunjukkan bahawa beliau telah mengikuti perintah Allah S.W.T. Pada waktu pagi, semua umat Islam akan melakukan solat sunat Aidiladha. Kemudian, para pengunjung dapat menyaksikan upacara pengorbanan binatang.

Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Taraz?

Taraz adalah sebuah bandar yang menarik untuk dikunjungi di Kazakhstan. Terdapat beberapa tempat menarik untuk ditawarkan kepada para pengunjung di bandar ini.

Masjid Nametbai - Masjid Nametbai adalah masjid tertua di Taraz. Masjid ini telah dibina pada tahun 1867 dan dibina semula pada tahun 1911 sehingga 1913. Ia telah dinamakan sempena salah satu penduduk terkaya di bandar ini iaitu Nametbai. Kos pembinaan bangunan ini diambil dari dana beliau. Para pengunjung dapat menemui rekaan indah di luar dan dalam masjid ini. Para pengunjung dapat melihat lukisan bunga dan corak geometri yang menghiasi seluruh masjid ini.

Makam Karakhan - Makam Karakhan adalah sebahagian daripada monumen Muzium Taraz Bersejarah. Senibina bangunan ini yang diperbuat daripada batu. Hiasan bangunan ini mempunyai 60 jenis corak yang berbeza. Makam ini memiliki tiga bilik kecil dan batu nisan. Dengan melawati tempat ini, para pengunjung dapat mengetahui lebih lanjut mengenai kisah legenda terkenal antara Aisha dan Karakhan.

Aisha Bibi - Aisha Bibi adalah salah satu tarikan pelancong utama di Taraz. Ia dibina oleh Karakhan Bab di tempat beliau telah meninggal dunia. Ia mempunyai struktur bangunan yang baik. Aisha Bibi telah menjadi tempat penggambaran perkahwinan. Para pengunjung boleh melihat corak yang diukir di sekitar bangunan ini. Para pengunjung dapat mendalami legenda kisah cinta Aisha Bibi. Kebanyakan pengunjung tempatan dari kalangan wanita melawat makam ini untuk meminta kebahagiaan dalam perkahwinan mereka.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Xperience Lain di Taraz

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved