Penerbangan murah ke Uralsk (URA)

Penerbangan ke Uralsk, Kazakhstan

Uralsk atau juga dikenali sebagai Oral adalah ibu negara wilayah Kazakhstan Barat. Uralsk terletak di kedudukan yang strategic iaitu di penghubung Sungai Ural dan Sungai Chogan yang bersempadan dengan sempadan Rusia. Oleh sebab itu, pengaruh budaya Rusia menjadi pengaruh yang kuat dalam sejarah Uralsk, seni bina dan rakyatnya. Bagi mereka yang menunjukkan minat dalam sejarah Rusia, Uralsk adalah destinasi wajib dikunjungi. Hari ini, Uralsk adalah pusat pertanian dan perindustrian. Lokasi strategik mereka membolehkan ia menjadi pintu masuk utama bagi pengangkutan kereta api dari Eropah ke Siberia untuk menyelenggara ladang minyak di lembah Caspian dan bandar perindustrian selatan Ural.

Lapangan Terbang di Uralsk

1. Lapangan Terbang Ak Zhol Oral

Lapangan Terbang Ak Zhol Oral adalah satu-satunya lapangan terbang di rantau Uralsk. Ia adalah sebuah lapangan terbang kecil yang mengendalikan penerbangan bersaiz sederhana pada masa ini. Lapangan Terbang Ak Zhol Oral mempunyai dua terminal iaitu domestik dan antarabangsa. Selain Uralsk, lapangan terbang ini juga membuat khidmat penerbangan di bandar Aksai yang berdekatan. Syarikat penerbangan seperti Bek Air dan SCAT menawarkan penerbangan harian ulang-alik dari bandar-bandar Almaty, Astana dan Atyrau.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Uralsk?

Traveloka adalah agen pencarian yang memudahkan anda untuk mencari tiket penerbangan termurah ke Uralsk. Anda hanya perlu memasukkan maklumat ke dalam kotak carian dan tekan “Search Flights”. Seterusnya, Traveloka akan mengesyorkan penerbangan yang terbaik mengikut bajet anda. Ia membandingkan harga tiket antara beberapa syarikat penerbangan bagi membantu anda untuk mendapatkan tawaran yang terbaik.

Bila Waktu Terbaik untuk ke Uralsk?

Corak iklim di Uralsk adalah jenis empat musim. Musim panas di Uralsk boleh menjadi sangat panas dan lembap pada akhir bulan Mei hingga September dengan suhu mencecah sehingga 35 ° C dan musim sejuk yang sangat sejuk bermula pada November hingga akhir April. Semasa musim sejuk, suhu boleh turun mencecah sehingga -50 ° C menjadikan Uralsk di antara bandar paling sejuk di dunia. Musim bunga pula agak pendek bermula pada pertengahan bulan April dan berakhir pada bulan Mei, dan musim luruh pula bermula pada akhir bulan September dan berterusan hingga awal bulan November.

Tidak ada musim puncak atau luar musim di Uralsk kerana ia bukan bandar besar. Bergantung pada motif perjalanan anda, Uralsk adalah destinasi pelancongan yang hebat untuk pencinta sejarah Rusia dan seni bina lama. Jika anda merancang untuk bersiar-siar di bandar dengan berjalan kaki menikmati arsitektur, adalah disyorkan untuk melawat Uralsk semasa musim panas atau musim luruh ketika suhu dan iklim berada di tahap paling kering. Walau bagaimanapun jika anda ingin menikmati salji putih maka musim sejuk adalah masa yang terbaik untuk ke Uralsk.

Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Uralsk?

1. Aktiviti luaran - Uralsk menyediakan taman-taman yang besar yang dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti luar yang boleh dinikmati oleh seisi keluarga. Bersama dengan penduduk setempat, berkunjunglah ke Taman Kirov yang merupakan kawasan hutan besar yang terletak di sebelah sungai. Anda boleh menikmati aktiviti seperti berbasikal, memancing dan berkhemah di tebing sungai. Selain itu, pada musim panas, anda boleh menghadiri persembahan dan meinikmati pengalaman menunggang roda Ferris antik Uralsk, sewa bot dan pedal di sungai. Pada musim sejuk pula, trend tempatan adalah untuk pergi ke Kirov Park untuk meluncur ais di sungai dan bermain ski.

2. Muzium Urals Lama - Muzium Urals Lama tidak mengenakan sebarang bayaran masuk. Ia dikendalikan oleh sukarelawan tempatan. Di muzium ini, terdapat banyak gambar pada hari-hari awal pembangangunan bandar Uralsk. Selain itu, juga terdapat koleksi jam antik dan bermacam-macam lagi. Muzium ini mengekalkan pengetahuan dan pengaruh yang kaya dengan budaya Rusia. Walau bagaimanapun, muzium di Uralsk hanya terdapat dalam bahasa Rusia dan Kazakh dan tidak ramai orang yang berbahasa asing. Anda mungkin memerlukan khidmat penterjemah atau perlu mempelajari bahasa untuk mendapat manfaat sepenuhnya daripada lawatan di muzium Uralsk.

3. Seni Bina Uralsk - Uralsk diasaskan oleh Cossacks pada tahun 1613, bandar ini pada asalnya merupakan sebahagian daripada Empayar Rusia. Oleh itu, banyak seni bina bangunan di Uralsk mempunyai pengaruh Rusia yang kuat. Sehingga hari ini, pengaruh Rusia masih terlihat dalam seni bina, budaya, dan orang ramai di bandar ini. Anda juga tidak boleh melepaskan peluang untuk berjalan-jalan melalui Uralsk untuk melihat Muzium Rumah Yugaan Pugachev. Juga tidak jauh dari sana, anda boleh melawat Katedral Arkitek Mikhail, bangunan tertua di Uralsk yang masih utuh berdiri. Selain itu terdapat juga masjid zaman Tsarist, Teater Drama Kazakh, Katedral Kristus Penyelamat dan bermacam lagi tempat-tempat yang menarik dan wajib dikunjungi.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Xperience Lain di Uralsk

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved