Penerbangan murah ke Varanasi (VNS)

Cari dan tempah penerbangan murah ke Varanasi (VNS)

Laluan

Syarikat penerbangan

Jadual

Harga mulai

Kolkata (CCU) → Varanasi (VNS)
IndiGo
Rabu, 29 Mei 2024
RM 201.47
New Delhi (DEL) → Varanasi (VNS)
Air India
Khamis, 09 Mei 2024
RM 263.30
New Delhi (DEL) → Varanasi (VNS)
SpiceJet
Sabtu, 11 Mei 2024
RM 304.94
New Delhi (DEL) → Varanasi (VNS)
Vistara
Khamis, 09 Mei 2024
RM 318.31
Kuala Lumpur (KUL) → Varanasi (VNS)
Penerbangan
Rabu, 15 Mei 2024
RM 671.70
Kuala Lumpur (KUL) → Varanasi (VNS)
Penerbangan
Rabu, 15 Mei 2024
RM 892.03
Bandar Ho Chi Minh (SGN) → Varanasi (VNS)
Penerbangan
Jumaat, 10 Mei 2024
RM 905.60
Bandar Ho Chi Minh (SGN) → Varanasi (VNS)
Penerbangan
Jumaat, 10 Mei 2024
RM 1,052.90
Jakarta (CGK) → Varanasi (VNS)
Penerbangan
Isnin, 03 Jun 2024
RM 1,100.65
Kuala Lumpur (KUL) → Varanasi (VNS)
Penerbangan
Rabu, 15 Mei 2024
RM 1,132.25

Tiket Pesawat Murah ke Varanasi, India

Varanasi atau juga dikenai sebagai Benaras atau Kashi, dianggap sebagai pusat keagamaan utama di India dan dikira sebagai bandar yang paling suci atara tujuh bandar suci, atau Sapta Puri, menurut kefahaman Hinduism dan Jainism. Selain daripada kepentingan keagamaannya, bandar ini juga terkenal sebagai pusat perindustrian utama di India dengan hasil muslin dan sutera, minyak wangi, dan seni arcanya.

Lapangan Terbang di Varanasi

Lapangan Terbang Lal Bahadur

Lapangan terbang ini merupakan lapangan terbang awam yang terletak di Bapatpur, barat laut dari Varanasi, Uttar Pradesh, India. Sebelum ini, lapangan terbang ini dikenali sebagai Lapangan Terbang Varanasi sebelum lapangan ini secara rasminya dinamakan sempena Perdana Menteri India yang kedua, Lal Bahadur Shastri pada tahun 2005. Lapangan terbang ini beroperasi untuk Varanasi serta Purvanchal. Tambahan pula, lapangan terbang ini merangkumi sebuah landasan kapal terbang dan terminal bersepadu yang beroperasi untuk kedua-dua penerbangan domestik serta internasional. Lapangan Terbang Lal Bahadur Shastri ini juga merupakan lapangan terbang kedua tersibuk di Uttar Pradesh.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Nantong?

Traveloka adalah enjin carian yang memudahkan para pelancong untuk mencari tiket penerbangan termurah ke Varanasi. Apa yang perlu anda lakukan adalah masukkan maklumat dalam kotak carian dan aplikasi ini akan mengesyorkan penerbangan yang terbaik mengikut bajet anda. Ia membandingkan harga tiket antara beberapa syarikat penerbangan yang dipercayai untuk membantu anda mendapatkan tawaran yang terbaik. Gunakan ciri pemberitahu harga Traveloka untuk dimaklumkan mengenai tiket penerbangan dalam lingkungan harga yang anda inginkan bagi mendapatkan tawaran yang terbaik ke Varanasi.

Bila Waktu Terbaik untuk ke Varanasi?

Waktu yang tidak sesuai adalah pada musim panas serta musim monsunnya. Hal ini kerana cuaca yang ekstrem pada musim panas iaitu antara April sehingga Jun. Pada awal musim panas tersebut mungkin masih sesuai untuk melawat bandar itu namun suhu serta tahap kelembapannya akan meningkat lantas menjadikan ia waktu yang kurang sesuai untuk menjelajah Varanasi. Namun begitu, waktu tersebut sesuai untuk pelancong yang ingin mendapatkan harga yang berpatutan untuk hotel serta kos perjalanan dan buat pelancong yang mahu mengelak daripada orang ramai. Pada waktu monsun, iaitu antara Julai sehingga September, Varanasi akan sering mengalami hujan yang boleh menjejaskan perjalanan pelancong.

Musim yang paling sesuai untuk melawat Varanasi ialah pada musim sejuk, iaitu antara Oktober sehingga Mac. Hal ini kerana, waktu siangnya amat nyaman untuk berjalan-jalan manakala waktu malamnya pula dingin. Tambahan pula, pelbagai perayaan keagamaan disambut pada musim sejuk, jadi pengunjung akan dapat merasai pengalaman musim perayaan yang menarik di Varanasi.

Di Varanasi, masyarakat setempat menyambut pelbagai jenis perayaan dan festival. Antaranya ialah Makar Sankranti, Dev Deepawali serta Holi. Makar Sankranti merupakan perayaan Hindu yang kebiasaannya disambut pada 14 Januari setiap tahun. Walaupun ianya disambut di seluruh India, ianya dikenali dengan dua nama berlainan. Sebahagian India mengenali perayaan ini sebagai Pongal manakala sebahagian lagi menyambutnya sebagai perayaan Lohri. Perayaan ini juga terkenal sebagai perayaan layang-layang di mana ianya disambut sebagai tanda penghargaan bagi permulaan musim menuai. Orang Hindu percaya bahawa perayaan ini bertujuan untuk pengikutnya mula melaksanakan tanggungjawab mereka tanpa mengharapkan balasan, seperti matahari. Seterusnya, sambutan Dev Deepawali. Festival ini disambut dengan kepercayaan bahawa Tuhan turun ke bumi pada ketika itu lantas harus disambut kedatangannya. Patung-patung berhala akan dikeluarkan serta mercun dan bunga api akan dinyalakan pada waktu malam, menjadikannya satu pemandangan yang menarik untuk diamati pelancong. Selain itu, perayaan Holi merupakan antara perayaan yang paling meriah serta dipenuhi dengan pelbagai warna. Perayaan ini disambut ketika bulan penuh Phalgun, sebagai tanda kedatangan musim bunga. Bukan itu sahaja, simbolik di sebalik perayaan ini juga adalah untuk menandakan kemenangan kebaikan dari kejahatan, untuk saling memaafi, serta untuk membaiki hubungan yang terputus. Perayaan tersebut menyaksikan masyarakat daripada umur yang berbeza bermain dengan warna sambil diiringi paluan dram serta muzik.

Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Varanasi?

Varanasi merupakan antara tempat paling popular dan paling suci di India. Walaupun pada kebiasaannya masyarakat India datang ke bandar ini untuk menyucikan diri daripada dosa dengan air sungai yang suci, untuk proses pembakaran mayat, atau untuk menghabiskan sisa-sisa hidup mereka di situ, bandar ini masih merupakan antara bandar yang berwarna-warni serta mempunyai pelbagai tarikan yang lain.

Old Varanasi Walks – Salah satu aktiviti menarik di Varanasi ialah aktiviti berjalan kaki pada waktu pagi atau petang sambil menikmati pemandangan yang sedia ada. Aktiviti ini dianggap sebagai unik dan kontemporari oleh masyarakat setempat.

Jantar Mantar – Balai cerap ini telah dibina oleh Maharaja Jai Singh di Jaipur pada tahun 1737. Para pelancong dapat melihat pemandangan indah sungai Ganges dari balai ini.

Lawatan Sungai Ganges – Untuk menghargai kecantikan kawasan tersebut dari sungai Ganges, pelancong wajar datang pada waktu subuh ke tepi sungai Ganges untuk menyewa bot dan bersiar-siar sebelum matahari naik dan orang semakin ramai. Kemudian, datang semula pada waktu petang untuk melihat penganut-penganut agama Hindu berkumpul di Dashashwarmedh Ghat untuk menyaksikan sembahyang petang aarti, atau upacara api.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Xperience Lain di Varanasi

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved