Laman Utama
/
Penerbangan
/
Yangyang (Gangwon)

Penerbangan murah ke Yangyang (Gangwon) (YNY)

Tiket Pesawat Murah ke Yangyang, Gangwon, Korea Selatan

Terletak jauh dari jalan utama, sebuah lagi kawasan yang amat besederhana dan tidak dikenali ramai menanti untuk ditemui. Kawasan ini mungkin tidak menyinar terang seperti daerah yang lain, namun ia masih memelihara kecantikan dan keaslian alam semula jadi buat negara ini. Ya, ia tidak lain dan tidak bukan ialah Yangyang dari wilayah Gangwon. Yangyang yang terletak di timur laut Gangwon, merupakan daerah di persisiran laut yang santai lagi terkenal dengan pantai-pantainya yang indah, perairannya yang jernih, gunung-ganangnya yang menakjubkan dan keindahan mataharinya terbit. Buat para penggemar matahari, daerah ini sangat sesuai untuk melakukan aktiviti “beach hopping” kerana dipenuhi dengan pantai-pantai yang cantik serta kurang padat. Apatah lagi diserikan lagi dengan tokong-tokong dan tempat rehat “pavillion” yang melihatkan panorama lautan dan daratan yang indah di bawah. Tidak dilupakan juga, keenakan dan keaslian cendawan pine mereka yang manis beserta ikan salmon yang sangat segar! Yangyang sememangnya patut dikunjungi!

Lapangan Terbang di Yangyang

Lapangan Terbang Antarabangsa Yangyang

Merupakan sebuah lapangan terbang antarabangsa yang kecil, Lapangan Terbang Antarabangsa Yangyang jarang sekali menerima penerbangan yang banyak. Ia hanya menerima beberapa penerbangan dari China, Jepun, Taiwan dan selebihnya dari Sokcho, Gangneung dan Pyeongchang yang terletak berhampiran. Beberapa syarikat penerbangan yang masih berkhidmat di sini ialah Korea Express Air, VietJet Air dan Yakutia Airlines.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Yangyang?

Diprogramkan sebagai mesin pencari untuk para pelancong yang tegar seperti anda, Traveloka adalah tempat yang tepat bagi anda untuk memulakan pencariaan penerbangan termurah ke mana sahaja yang anda idamkan termasuklah Yangyang. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah mengisi butir-butir maklumat asas yang diperlukan. Sejurus kemudian, Traveloka akan memberikan anda akses pada senarai keseluruhan tawaran yang disyorkan megikut kesesuaian anda! Harga penerbangan dari syarikat penerbangan yang dipercayai akan dibandingkan dengan yang esuai dengan bajet peribadi anda. Apa yang lebih baik ialah anda juga boleh menggunakan ciri pemberian harga Traveloka yang sentiasa mengemas kini setiap kali berlakunya penurunan harga! Maka percutian anda akan menjadi lebih baik dengan bajet yang terbaik!

Bila Waktu Terbaik untuk ke Yangyang?

Benar-benar bergantung pada pilihan peribadi anda, masa yang terbaik untuk berkunjung ke Yangyang tentu sekali sangat dipengaruhi oleh banyak faktor luaran, dari jenis cuaca yang anda gemari hinggalah ke keselesaan anda untuk bersesak-sesak dan dari aktiviti yang anda ingin lakukan hinggalah faktor yang paling utama iaitu, status kewangan anda! Oleh itu, di sini terdapat beberapa tips sebelum dan semasa anda berkunjung ke sini!

Sama seperti Korea Selatan secara keseluruhannya, kota Yangyang ini terletak dalam zon sederhana dengan iklim kontinental yang lembap. Oleh yang demikian, ia mempunyai empat musim, musim bunga, panas, luruh dan sejuk dengan perbezaan suhu yang ketara dan pelbagai. Suhu purata adalah antara 6.6 sehingga 13.1oC. Musim bunga tiba pada bulan March dan berakhir pada bulan Mei, diikuti oleh musim panas pada bulan Jun sehingga Ogos, musim luruh pada bulan September sehingga November dan kemudian bersilih ganti dengan musim sejuk yang berakhir pada bulan Februari.

Gelombang panas mulai melanda kota ini terutamnya pada bulan Julai, Ogos dan September. Namun begitu, bulan paling hangat jatuh pada awal sehinggalah pertengahan bulan Ogos dengan purata tertinggi sebanyak 29.3oC dan jarang sekali jatuh di bawah paras 22.5oC pada waktu malam. Sejujurnya, tahap kepanasan yang sedemikian sebenarnya masih boleh diterima dan ditoleransi untuk bersiar-siar di sekitar Yangyang. Ada sesiapa yang menginginkan pesta pantai? Ya, sudah semestinya! Apa lagi yang diidamkan apabila cuacanya amatlah sesuai untuk bersantai di tepi pantai? Jom semua!

Sementara itu, musim bunga bakal menjadi musim yang tersibuk buat kota ini. Kemasukan para pengunjung yang tertinggi dapat dilihat pada bulan March dan April dengan paras suhu yang tertinggi hanya mencecah sekitar 7.6 sehingga 23oC. Selain itu, musim luruh terutamanya pada bulan September turut menyaksikan kesibukan kota ini kerana suhunya yang selesa, sekitar 9.9 sehingga 24.9oC sahaja. Ini turut menyumbang pada peningkatan harga tiket penerbangan, penginapan, agensi pelancongan dan aktiviti-aktiviti luar pada bulan-bulan tersebut! Oleh itu, sentiasa melakukan penempahan dan pembelian dengan terlebih dahulu! Jika anda bukanlah seorang penggemar orang ramai, Julai merupakan bulan yang tepat untuk anda berkunjung ke mari.

Terkenal dengan cendawan “pine” dan salmon yang segar, festival-festival di Yangyang sebenarnya berkitar antara kedua-dua keistimewaanya ini. Pertama adalah Festival Song-I atau juga dinamakan Festival Cendawan Pine yang berlangsung setiap awal bulan Oktober. Cendawan Song-I tempatan ini bukan sahaja dikenali sebagai cendawan emas, bahkan ia dipanggil berlian hutan. Ini juga merupakan peluang yang baik untuk memerhatikan habitatnya yang dipantau ketat dan juga merasai keenakannya. Kedua, Festival Salmon Yangyang yang berlangsung pada awal November. Ia diadakan di Namdaecheon, yang merupakan sungai terbesar Korea yang mempunyai ikan salmon. Anda akan dapat menikmati aktiviti seperti menangkap salmon dengan tangan kosong, memancing dan berlari dengan salmon.

Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Yangyang?

Pantai Hajodae - Dinamakan sempena pengasas Dinasti Joseon, Pantai Hajodae yang sejauh 1.5 kilometer ini mempunyai pasir putih yang halus, lautan kebiru-biruan seperti kristal dan pembentukan batu-bata secara semula jadi yang menakjubkan. Nikmati panorama yang indah ini dari Menara Observasi Hajodae.

Pantai Surfyy - Pantai peribadi yang pertama di Korea, Pantai Surfyy didekasikan khusus untuk aktiviti luncur air. Bonus bagi pembelian Pass Surfyy membolehkan anda untuk mengakses pelbagai kemudahan, dari zon berenang ke zon santai dan dari aktiviti luncur air ke pesta pantai setelah matahari terbenam, tanpa had!

Tokong Naksan atau Naksansa - Terletak di lereng Gunung Naksan, Tokong Naksan menawarkan pemandangan Laut Timur yang memukaukan. Tokong ini juga merupakan rumah pada patung Buddha yang terkenal iaitu Dewi Gwanseum-Bosai. Dewi ini berada dalam posisi seolah-olah sedang bermeditasi dengan tenang sambil melihat lautan di bawah dari ketinggian 15 meter dengan tambahan platform setinggi 2.8 meter.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Xperience Lain di Yangyang (Gangwon)

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved