Penerbangan murah ke Zurich (ZRH)

Cari dan tempah penerbangan murah ke Zurich (ZRH)

Laluan

Syarikat penerbangan

Jadual

Harga mulai

Athens (ATH) → Zurich (ZRH)
Aegean Airlines
Rabu, 15 Mei 2024
RM 548.44
New Delhi (DEL) → Zurich (ZRH)
IndiGo
Rabu, 22 Mei 2024
RM 1,819.36
Buffalo (BUF) → Zurich (ZRH)
American Airlines
Ahad, 05 Mei 2024
RM 2,787.25
Hanoi (HAN) → Zurich (ZRH)
Penerbangan
Sabtu, 25 Mei 2024
RM 4,633.05
Yogyakarta (YIA) → Zurich (ZRH)
Penerbangan
Ahad, 26 Mei 2024
RM 4,910.96

Tiket Pesawat Murah ke Zurich, Switzerland

Zurich sudahpun dikenali untuk Grossmünster dengan menara kembarnya yang menjadi mercu tanda paling penting di bandar ini. Termasuk di antara empat gereja utama di Zurich yang ditempatkan di bawah Evangelical Reformed Church of the Canton of Zurich, gereja bergaya Romawi ini adalah sebuah biara gereja Protestan yang merupakan tempat kelahiran Reformasi Swiss-Jerman. Sebagai pusat bagi Kanton Zurich, Zurich merupakan bandar terbesar di Switzerland, terletak di hujung barat laut Tasik Zurich di rantau utara-tengah Switzerland. Terdapat populasi sebanyak 1.315 juta orang di kawasan bandar dan 1.83 juta orang di kawasan metropolitan. Walaupun terdapat banyak penempatan awal di Zurich sepanjang 6,400 tahun yang lalu, bandar Zurich hanya didiami secara kekal sejak 2,000 tahun yang lalu hasil penubuhannya oleh orang-orang Rom pada tahun 15 SM sebagai Turicum. Merupakan antara pusat kewangan terbesar di dunia dan juga hab pengangkutan yang penting, ia menduduki tempat pertama dalam "Quality of Life Survey" yang diadakan oleh Monocle pada tahun 2012. Zurich adalah bandar terkaya di Eropah dan juga sebuah bandar global yang terkemuka dengan banyak muzium dan galeri seni di samping beberapa pusat penyelidikan dan pembangunan yang turut berpusat di sini juga.

Lapangan Terbang di Zurich

Lapangan Terbang Zurich

Zurich kebanyakannya dilayani oleh Lapangan Terbang Zurich yang merupakan lapangan terbang antarabangsa utama yang berfungsi sebagai pintu masuk penting ke bandar-bandar dan tempat-tempat utama yang lain di Switzerland. Terletak kira-kira 13 kilometer di utara pusat bandar Zurich di perbandaran Kloten, Rümlang, Oberglatt, Winkel, dan Opfikon, lapangan terbang itu dimiliki oleh Flughafen Zürich AG. Merupakan lapangan terbang antarabangsa terbesar di Switzerland, Lapangan Terbang Zurich kini mempunyai tiga buah terminal iaitu A, B dan E. Tiga landasan konkritnya masing-masing adalah berkepanjangan 2,500, 3,300 dan 3,700 meter dengan ketinggian 432 meter. Sebagai hab bagi Edelweiss Air dan Swiss International Air Lines, serta bandar tumpuan Chair Airlines dan Helvetic Airways, Zurich Airport telah mengendalikan kira-kira 31.1 juta penumpang merentasi lebih daripada 278,458 pergerakan pesawat pada 2018. Terdapat beberapa penerbangan ke dan dari Kuala Lumpur melalui syarikat penerbangan seperti Oman Air, KLM, Qatar Airways, Singapore Airlines dan banyak lagi dengan anggaran bajet sekitar 2,197 ringgit ke 2,860 ringgit.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Zurich?

Traveloka adalah enjin carian perjalanan yang memudahkan para pelancong untuk mencari penerbangan termurah ke Zurich. Apa yang perlu anda lakukan ialah memasukkan maklumat dalam kotak carian, dan aplikasi itu akan mengesyorkan perjalanan terbaik mengikut anggaran anda. Ia membandingkan harga penerbangan dengan beberapa syarikat penerbangan yang dipercayai untuk membantu anda mendapatkan tawaran terbaik. Jangan teragak-agak untuk menggunakan ciri pemberitahu harga Traveloka untuk diberitahu tentang penerbangan di julat harga yang anda inginkan untuk mendapatkan harga penerbangan terbaik ke Zurich.

Bila Waktu Terbaik untuk ke Zurich?

Biasanya, musim bukan puncak untuk datang ke Zurich adalah pada bulan Disember kerana cuaca yang lebih sejuk serta suasana yang lebih berangin dan juga dingin. Namun begitu, jika anda ingin mendapatkan tawaran yang baik dengan harga yang lebih murah, ini adalah berita gembira untuk anda kerana harga di sekitar tempoh ini akan cenderung untuk menurun bagi kedua-dua penginapan dan penerbangan. Walau bagaimanapun, jika anda lebih suka datang ketika ada orang ramai, musim puncak di Zurich adalah dari bulan Jun hingga Ogos yang mana ketika itu sedang musim panas. Masa terbaik untuk melawat Zurich pastinya sekitar tempoh ini kerana cuaca dan suasana yang hangat yang membolehkan seseorang meneroka bandar dengan lebih baik.

Zurich dikatakan mempunyai iklim kontinental yang lembab terutamanya di kawasan yang lebih rendah, yang bermakna musim sejuk yang dingin dengan salji dari Disember hingga Februari dan musim panas yang hangat dari bulan Jun hingga Ogos. Rekod suhu tertinggi adalah pada suhu 37.7 darjah Celsius pada bulan Julai 1947 manakala rekod suhu paling rendah ialah -24.2 darjah Celsius. Pemendakan adalah kira-kira 1,134 mm setiap tahun dengan kira-kira 133.9 hari dijangka hujan dengan jumlah hari hujan yang lebih tinggi pada musim panas. Manakala untuk kawasan yang lebih tinggi, iklimnya diklasifikasikan sebagai benua lembap dengan musim panas yang hangat dan juga empat musim yang berbeza.

Apabila berada di Zurich, pelancong boleh sahaja menjangkakan untuk mengambil bahagian dalam pelbagai acara seperti penduduk tempatan. Untuk bermula, terdapat Festival Filem Zurich yang diadakan pada bulan Mei, yang merupakan antara festival filem antarabangsa penting di rantau ini. Selain itu, Street Parade yang biasanya berlaku pada bulan Ogos adalah antara pesta muzik techno dan tarian terbesar di dunia. Terdapat juga acara lain yang termasuk International Horse Show, Art on Ice, Zurich Marathon, New Year’s Magic dan banyak lagi. Pendek kata, Zurich tidak pernah kekurangan acara dan festival, pastinya akan ada sesuatu untuk anda jangkakan pada bila-bila masa sepanjang tahun ketika anda datang ke kota ini.

Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Zurich?

Sebagai bandar terbesar di Switzerland dan pusat bagi kanton Zurich, bandar Zurich mempunyai banyak tarikan untuk ditawarkan bagi para pelancong yang berminat untuk menikmati kecantikan bandar ini.

Bahnhofstrasse – Bahnofstrasse adalah jalan utama di Zurich yang merupakan antara tempat paling mahal dan eksklusif di dunia untuk membeli-belah. Ia bermula dari Bahnofplatz dan menjangkau sekitar 1.4 kilometer hingga Burklipatz di Tasik Zurich. Para pelancong boleh memilih untuk berjalan kaki di sini atau pergi menaiki trem yang tersedia.

Swiss National Museum – Ditubuhkan sejak tahun 1898 dengan pembangunan yang dilakukan oleh Gustav Gull berdasarkan rekabentuk rumah-rumah Renaissance Perancis. Ditempatkan di bawah Pejabat Kebudayaan Persekutuan, muzium ini memfokuskan pada sejarah bandar merentasi Zaman Pertengahan dan abad ke-20, dengan pelbagai hasil seni, patung dan lukisan gothic yang boleh ditemukan di sini.

Uetliberg – Uetliberg adalah gunung setinggi 870 meter yang merupakan sebahagian daripada rangkaian Albis, yang membolehkan seseorang menikmati pemandangan bandar dan Tasik Zurich yang indah. Puncaknya boleh diakses dengan kereta api dari bandar dan di puncak gunung ini, terdapat Hotel Uto Kulm. Walau bagaimanapun jika seseorang tidak mahu pergi dengan kereta api, terdapat beberapa laluan berjalan kaki dan pendakian untuk ke puncak.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved