amaran

Hotel Mewah di Pusat Bandar Kota Kinabalu, Kota Kinabalu

Ming Garden Hotel And Residence

Pusat Bandar Kota Kinabalu

8.8/10

Sangat Baik

Sky Hotel

Pusat Bandar Kota Kinabalu

8.5/10

Sangat Baik

Promenade Hotel Kota Kinabalu

Pusat Bandar Kota Kinabalu

8.7/10

Sangat Baik

8.6/10

Sangat Baik

Mercure Kota Kinabalu City Centre

Pusat Bandar Kota Kinabalu

8.2/10

Sangat Baik

The Palace Hotel Kota Kinabalu

Pusat Bandar Kota Kinabalu

8.7/10

Sangat Baik

Horizon Hotel

Pusat Bandar Kota Kinabalu

8.0/10

Sangat Baik

Accord Regency Service Apartment

Pusat Bandar Kota Kinabalu

Hotel Grandis

Pusat Bandar Kota Kinabalu

8.8/10

Sangat Baik

Accord Regency @ Riverson Soho

Pusat Bandar Kota Kinabalu

Hilton Kota Kinabalu

Pusat Bandar Kota Kinabalu

9.1/10

Cemerlang

Hyatt Regency Kinabalu

Pusat Bandar Kota Kinabalu

Le Meridien Kota Kinabalu

Pusat Bandar Kota Kinabalu

The Magellan Sutera

Pusat Bandar Kota Kinabalu

The Pacific Sutera

Pusat Bandar Kota Kinabalu

Layang Layang Island Resort

Pusat Bandar Kota Kinabalu

Tentang

Kota Kinabalu adalah ibu negeri Sabah yang terletak di kepulauan Borneo, Malaysia. Bandar ini merupakan destinasi peranginan yang semakin meningkat naik namanya kerana ia terletak berdekatannya dengan pulau-pulau tropika, hutan hujan yang hijau dan subur serta semestinya Gunung Kinabalu yang sangat popular. Secara umumnya, Kota Kinabalu dipanggil sebagai KK, kawasan ini terletak di pantai barat Sabah dalam Bahagian Pantai Barat. Kota Kinabalu adalah bandar terbesar di negeri Sabah dan merupakan pintu masuk utama ke Kepulauan Borneo. KK terletak di tepi pantai yang menghadap ke Laut China Selatan di dataran rendah yang sempit dan bukit-bukit yang bersempadan dengan Banjaran Crocker yang menempatkan Gunung Kinabalu. Keluasan bandar ini meliputi kawasan sepanjang pantai ke arah utara dan selatan bandar. Hari ini, kota Kinabalu adalah sebuah destinasi pelancongan yang pesat berkembang.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kapal Terbang

Jika anda memilih untuk menggunakan pengangkutan udara, lapangan terbang terdekat ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (IATA: BKI, ICAO: WBKK), lapangan terbang antarabangsa ini terletak di pinggir bandar Kota Kinabalu dan kira-kira 15 minit dari pusat bandar Kota Kinabalu.

Tarikan Pelancongan

Taman Negara Kinabalu

Taman Negara Kinabalu ialah Tapak Warisan Dunia pertama di Malaysia. Taman negara ini juga merupakan Pusat Tumbuhan Kepelbagaian bagi Asia Timur, dan mempunyai lebih daripada 5000 spesis tumbuhan vaskular dan tidak dilupakan kehidupan fauna juga. Taman ini menjadi rumah kepada kira-kira 90 spesies mamalia tanah rendah dan lain-lain lagi. Tarikan utama di taman ini adalah tidak lain adalah kemegahan masyarakat Sabah, Gunung Kinabalu, salah satu gunung tertinggi di Asia Tenggara yang berdiri di ketinggian 4095.2 meter.

Galeri Seni Sabah

Galeri Seni Sabah terletak di Penampang. Galeri ini menempatkan lebih daripada 3000 buah lukisan dan juga ukiran. Bangunan galeri seni ini mempunyai arkitektur yang berbentuk bakul yang unik dengan panel motif budaya hiasan penduduk asli Sabah. Bangunan galeri seni ini juga merupakan bangunan hijau pertama di Sabah dan Borneo.

Kampung Budaya Monsopiad

Kampung Budaya Monsopiad terletak di Penampang. Monsopiad adalah nama seorang pahlawan masa lalu yang dikenali kerana memenggal kepala-kepala musuhnya dan menggantung tengkorak di pintu masuk rumahnya, untuk memberi amaran kepada musuh-musuhnya.

Hotel

Shangri La's Tanjung Aru Resort and Spa

Shangri-La Tanjung Aru Resort and Spa terletak hanya 10 minit dari Pusat Bandar Kota Kinabalu, dan merupakan hotel mewah bertaraf 5 bintang yang menyediakan penginapan yang sempurna. Shangri-La Tanjung Aru Resort and Spa, terdiri daripada 492 buah bilik dan suite mewah. Semua bilik direka untuk memberikan penginapan dengan gaya kontemporari yang diilhamkan oleh warna dan tekstur tradisional Borneo. Bilik dan suite di sini menawarkan pemandangan Gunung Kinabalu atau Laut China Selatan yang menarik. Bagaimana untuk sampai ke sana? Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, anda boleh menghubungi pihak hotel untuk menempah limosin hotel dengan bayaran tertentu. Tambang teksi antara lapangan terbang ke hotel ini biasanya dalam anggaran RM 30 - 40 bagi setiap perjalanan dan bergantung kepada jenis kenderaan.

Promenade Hotel and Resort

Promenade Hotel and Resort menawarkan penginapan dengan bilik yang selesa dan terletak di lokasi yang sangat strategic, iaitu di tengah-tengah Kota Kinabalu. Terdapat sejumlah 451 buah pilihan bilik dan suite yang menakjubkan, yang terdiri daripada bilik Standard, Superior dan Deluxe sehinggalah ke Presidential Suite yang dilengkapi dengan balkoni dengan pemandangan yang menakjubkan. Sarapan percuma juga disediakan. Promenade Hotel and Resort terletak hanya beberapa minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Reka bentuk hotel berunsur ciri-ciri kontemporari dan kesemua bilik dilengkapi dengan penghawa dingin dan juga bar mini. Hotel ini juga menyediakan perkhidmatan Wi-Fi secara percuma di kawasan lobi. Anda juga boleh mencuba restoran yang disediakan di hotel ini. Terdapat pelbagai pilihan makanan dan minuman. Anda akan dapat menikmati hidangan enak di Promenade Café, Deli Corner dan Dynasty Restaurant. Selain itu, anda juga dapat bersantai di lounge lobi mereka atau di Cigar and Wine Lounge. Jika ingin menikmati makanan jalanan, terdapat beberapa gerai makanan yang boleh didapati di sekitar hotel.

evtbvsrwfq