Invalid Date
Dubai, salah satu daripada tujuh emiriah yang membentuk Emiriah Arab Bersatu (UAE), adalah sebuah bandar moden yang terkenal dengan gabungan budaya tradisional dan kemewahan futuristik. Terletak di pantai Teluk Arab, Dubai telah berkembang pesat daripada sebuah perkampungan nelayan kecil kepada pusat perniagaan, pelancongan, dan inovasi global. Bandar ini dikenali dengan ikon-ikon seperti Burj Khalifa, bangunan tertinggi di dunia, dan Burj Al Arab, hotel mewah berbentuk layar kapal. Selain itu, Dubai menawarkan pengalaman membeli-belah yang tiada tandingan di pusat membeli-belah besar seperti The Dubai Mall dan pasar tradisional seperti souk emas dan rempah.
Dengan aktiviti pelancongan seperti safari padang pasir, taman air, dan pantai yang menawan, Dubai menarik pengunjung dari seluruh dunia sepanjang tahun. Infrastruktur canggih, budaya multinasional, dan penganjuran acara bertaraf dunia menjadikan Dubai sebuah destinasi serba lengkap yang unik dan dinamik.
Bagi Anda yang ingin terbang dari Penang ke Dubai, Anda akan bermula dari Lapangan Terbang Antarabangsa Penang (PEN), dan destinasi penerbangan ini adalah Lapangan Terbang Dubai International Airport (DWC). Keseluruhan perjalanan dari Penang ke Dubai mengambil masa sekitar 7 hingga 10 jam, bergantung pada jenis penerbangan langsung atau waktu sambungan penerbangan jika Anda memilih transit. Transit biasanya mengambil masa antara 2 hingga 6 jam, bergantung pada syarikat penerbangan dan jadual penerbangan. Lapangan Terbang DWC terletak kira-kira 6 km dari pusat bandar Dubai. DWC pun merupakan salah satu lapangan terbang tersibuk di dunia. Lapangan terbang ini menyediakan pelbagai perkhidmatan termasuk restoran, kedai bebas cukai, lounge premium, dan pengangkutan awam ke pusat bandar seperti bas, teksi, dan perkhidmatan rideshare
Untuk perjalanan dari Pulau Pinang ke Dubai, flydubai menawarkan penerbangan terus dengan tempoh perjalanan sekitar 7 jam 5 minit. Penerbangan ini berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada jam 21:55 dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai pada jam 01:00. Harga tiket sehala bermula dari sekitar RM 1,099.16 namun dapat berubah sewaktu-waktu.Pilihan ini adalah yang paling mudah kerana ia merupakan penerbangan terus tanpa sebarang transit.
Syarikat penerbangan Malaysia Airlines menawarkan penerbangan sambungan dengan transit melalui Kuala Lumpur International Airport (KLIA). Tempoh perjalanan mengambil anggaran masa kira-kira antara 10 hingga 14 jam bergantung kepada masa transit di KLIA.
Perkhidmatan yang diberikan penuh (full-service), termasuk hidangan dalam penerbangan, bagasi percuma (sehingga 30kg untuk ekonomi). Malaysia Airlines ini sangat sesuai untuk penumpang yang mahukan perjalanan yang lebih premium dan selesa dari Penang to Dubai
Syarikat penerbangan AirAsia juga menawarkan penerbangan sambungan dengan transit melalui Kuala Lumpur International Airport (KLIA). Tempoh perjalanan mengambil anggaran masa kira-kira antara 12 hingga 20 jam bergantung kepada masa transit di KLIA. Air Asia ini adalah syarikat penerbangan tambang rendah (low-cost carrier) dengan harga tiket yang lebih murah berbanding Malaysia Airlines. Pilihan menambah bagasi, makanan, dan hiburan berdasarkan bajet penumpang, sesuai untuk pengembara bajet dan mereka yang fleksibel dengan jadual penerbangan.
Waktu terbaik untuk melawat Dubai adalah pada November hingga Mac sebab Suhu lebih sejuk, sekitar 17°C hingga 30°C. Cuaca ini ideal untuk aktiviti luar seperti safari padang pasir, lawatan ke Burj Khalifa, dan berjalan-jalan di Dubai Miracle Garden. Banyak festival seperti Dubai Shopping Festival (DSF) berlangsung antara Disember dan Januari. Ini musim pelancong, jadi harga tiket penerbangan dan penginapan mungkin lebih mahal. Pada April hingga Mei, suhu mungkin meningkat tetapi masih selesa, sekitar 25°C hingga 38°C. Pada masa ini tak terlalu ramai pelancong, jadi anda mungkin mendapat tawaran penginapan yang lebih baik. Kolam renang, pantai, dan taman air seperti Atlantis Aquaventure lebih seronok dinikmati. Hindari melawat Dubai pada Jun hingga Ogos sebab panas terik suhunya boleh mencecah sehingga 45°C. Aktiviti luar menjadi mencabar, tetapi hampir semua tempat di Dubai mempunyai penghawa dingin. Pada masa ini hotel dan penerbangan biasanya menawarkan diskaun besar kerana ini musim rendah.
Alamat : Concourse B - Dubai International Airport - Terminal 3 - Dubai - United Arab Emirates
Apabila anda mempunyai masa tambahan sebelum meneruskan perjalanan, nikmati rehat sebentar di Dubai International Hotel. Anda boleh menemui tempat percutian yang tenang ini di tengah-tengah Emirates Terminal 3. Ini adalah peluang anda untuk bersantai dengan rawatan spa, menikmati hidangan mewah, atau meneruskan kerja yang perlu diselesaikan sebelum penerbangan seterusnya. Dan jika anda mempunyai tempoh transit yang lebih lama, anda boleh berehat dengan selesa di bilik tetamu hotel lapangan terbang Dubai. Bangun dengan rasa segar dan bersedia untuk bahagian seterusnya dalam perjalanan anda.
Alamat : 51st St - Al Garhoud - Dubai - United Arab Emirates
Aloft Dubai dianugerahkan sebagai ‘Best New Deluxe Hotel of The Year’ di Hospitality Excellence Awards pada tahun 2022. Ia sesuai untuk golongan celik teknologi dan pencinta muzik, jenama ini menawarkan ruang yang berwarna-warni dan eklektik yang bertujuan menyatukan orang ramai. Dengan 230 bilik tamu yang serba lengkap, kolam infiniti yang menghadap pemandangan langit Dubai, dan bilik mesyuarat yang luas, Aloft Dubai Airport sesuai untuk gabungan perjalanan perniagaan dan santai. Bar Aloft menampilkan menu koktel kreatif yang istimewa dan menyediakan resipi sempurna untuk malam yang hebat, manakala Aloft Backyard menawarkan ruang pertemuan sosial yang ceria.
Burj Khalifa adalah bangunan tertinggi di dunia dengan ketinggian 828 meter. Pengunjung boleh menikmati pemandangan panoramik bandar Dubai dari At The Top, dek pemerhatian yang terletak di tingkat 124 dan 148. Pada waktu malam, pemandangan bandar yang berkilauan serta persembahan Dubai Fountain di bawahnya menambahkan keistimewaan pengalaman ini. Pengunjung boleh naik ke dek pemerhatian untuk menikmati pemandangan dan mengambil gambar di latar belakang Burj Khalifa, terutamanya semasa persembahan air pancut. Jangan lewatkan menikmati hidangan di restoran mewah seperti At.mosphere di tingkat 122.
Terletak bersebelahan Burj Khalifa, The Dubai Mall adalah pusat membeli-belah terbesar di dunia dengan lebih daripada 1,200 kedai, taman tema dalaman, Akuarium Dubai, gelanggang ais, dan banyak lagi. Dubai Fountain, yang terletak di tasik buatan di luar pusat membeli-belah ini, menampilkan pertunjukan air pancut tarian yang berirama dengan muzik dan cahaya. Ia adalah persembahan air pancut tertinggi di dunia. Saksikan persembahan Dubai Fountain secara percuma setiap 30 minit pada waktu malam dan jangan lewatkan untuk melawat Dubai Aquarium & Underwater Zoo untuk melihat hidupan marin yang menakjubkan.
Desert Safari menawarkan pengalaman petualangan padang pasir yang unik dengan pemandangan bukit pasir yang menakjubkan. Aktiviti yang boleh Anda nikmati termasuk menaiki 4x4 off-road untuk dune bashing, menunggang unta, sandboarding, dan menikmati matahari terbenam di padang pasir. Pengunjung juga boleh menikmati hidangan BBQ Arab dan hiburan tradisional seperti tarian Belly Dance dan persembahan Tanoura di kem padang pasir. Rasailah budaya Arab melalui pakaian tradisional, lukisan henna, dan makanan tempatan.
Sebelum melawat dari Pulau Pinang ke Dubai, Anda harus menyediakan beberapa perkara lebih awal supaya sepanjang perjalanan lebih selesa dan menyenangkan. Berikut adalah perkara yang perlu disediakan untuk perjalanan.
Tentukan pilihan pengangkutan yang paling sesuai untuk Anda. Anda boleh memilih untuk terbang terus dari Pulau Pinang ke Dubai. Anda boleh menyemak dan menempah tiket penerbangan dari Pulau Pinang ke Dubai melalui aplikasi Traveloka.
Pastikan Anda menempah penginapan di Dubai lebih awal, terutamanya jika Anda melancong semasa musim cuti atau acara istimewa. Anda boleh memilih hotel, asrama, atau menyewa apartemen mengikut bajet dan pilihan Anda.
Pastikan pakaian yang Anda bawa sesuai dengan cuaca di Dubai sepanjang tempoh perjalanan. Dubai mempunyai iklim tropika dengan suhu panas sepanjang tahun, jadi pastikan Anda membawa pakaian yang selesa dan ringan. Juga, jangan lupa untuk membawa peralatan peribadi dan ubat-ubatan yang mungkin Anda perlukan.
Jangan lupa untuk lawatan antarabangsa, pasport perlu sah sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh perjalanan. Pelancong dari Malaysia perlu mendapatkan Visa B-2 (Visa Pelancong) dari Kedutaan Amerika Syarikat sebelum perjalanan. Pastikan semua dokumen seperti tiket penerbangan, tempahan penginapan, dan bukti kewangan tersedia semasa proses permohonan. Disarankan untuk membeli insurans perjalanan yang melindungi kesihatan dan kecemasan sepanjang perjalanan.
Anda boleh menggunakan aplikasi seperti Traveloka untuk memantau dan memesan tiket flight ke Kelantan secara dalam talian. Selain lebih mudah, harga tiket boleh menjadi lebih murah kerana Anda berpeluang mendapat diskaun atau harga promo yang sering ditawarkan oleh aplikasi. Ini adalah pilihan terbaik bagi Anda yang mencari tiket kapal terbang ke Kelantan dengan harga berpatutan.
Pada hari-hari ini, biasanya terdapat harga tiket terendah. Jadi, Anda boleh merancang percutian dengan meninggalkan Pulau Pinang pada hari Selasa, Rabu, atau Ahad untuk mendapatkan tiket flight KLIA ke Dubai yang lebih murah. Walaupun begitu, data ini boleh berubah mengikut waktu dan ketersediaan tiket.
Pada waktu puncak, seperti penghujung tahun atau cuti sekolah, permintaan tiket flight ke Kelantan akan meningkat, dan harga juga cenderung lebih tinggi. Jadi, jika fleksibel, rancang perjalanan di luar musim cuti untuk mendapatkan tiket yang lebih berpatutan.
Mencari tiket penerbangan dari Pulau Pinang ke Dubai? Traveloka menyediakan tawaran tiket penerbangan murah ke merata destinasi. Bukan sahaja tiket kapal terbang, anda juga boleh dapatkan hotel untuk penginapan selesa dengan harga yang murah. Di Traveloka, anda boleh dapatkan semua keperluan percutian anda daripada jadual penerbangan sehingga tiket penerbangan berserta promosi. Proses tempahan juga senang dan pantas, semua dalam satu platform. Risau ada perubahan dalam perancangan anda ataupun tentang hal ganti rugi? Bersama Traveloka anda boleh lakukan semuanya dengan mudah. Segala keperluan percutian anda ada di sini. Terbang dari Pulau Pinang ke Dubai dengan mudah bersama Traveloka!
Percutian ke Dubai boleh menjadi pilihan yang tepat untuk Anda, terutamanya bagi Anda yang gemar melawat destinasi pelancongan pendidikan. Sebagai sebuah bandar yang mempunyai budaya, sejarah dan seni yang pelbagai, bandar ini boleh menambah pengalaman yang berkesan dan berbeza untuk Anda. Selain terhibur, Anda juga akan mendapat banyak maklumat dan ilmu baru.
Walau bagaimanapun, perlu diingat. Kemudahan mencapai dan menggunakan penginapan semasa bercuti adalah salah satu faktor kejayaan perjalanan yang semakin menyenangkan.
Oleh itu, Anda boleh menggunakan aplikasi Traveloka untuk memilih tiket kapal terbang dengan harga yang berpatutan dan terbaik. Selain itu, Traveloka boleh membantu Anda dalam memandu dan menyediakan pelbagai destinasi pelancongan yang menarik di Dubai, pelbagai pilihan hotel yang selesa, dan pelbagai lagi penginapan terbaik. Jika Anda nak guna, boleh klik di sini!
Tempoh Penerbangan | 0 hr(s) 0 mins |
Lapangan terbang di Pulau Pinang | |
Lapangan terbang di Dubai |