amaran

Hotel Bajet di Ipoh, Kinta

7.8/10

Bagus

8.9/10

Sangat Baik

8.1/10

Sangat Baik

8.4/10

Sangat Baik

8.1/10

Sangat Baik

8.5/10

Sangat Baik

9.0/10

Cemerlang

8.0/10

Sangat Baik

7.8/10

Bagus

8.7/10

Sangat Baik

7.9/10

Bagus

8.5/10

Sangat Baik

9.1/10

Cemerlang

9.0/10

Cemerlang

8.8/10

Sangat Baik

8.4/10

Sangat Baik

8.5/10

Sangat Baik

8.9/10

Sangat Baik

8.5/10

Sangat Baik

7.9/10

Bagus

8.4/10

Sangat Baik

6.8/10

Okay

8.2/10

Sangat Baik

9.1/10

Cemerlang

8.4/10

Sangat Baik

8.4/10

Sangat Baik

8.7/10

Sangat Baik

8.1/10

Sangat Baik

7.0/10

Bagus

8.1/10

Sangat Baik

7.4/10

Bagus

8.7/10

Sangat Baik

9.0/10

Cemerlang

8.0/10

Sangat Baik

6.3/10

Okay

Tentang

Ipoh adalah merupakan sebuah bandaraya dan juga ibu negeri Perak, Malaysia, yang ditempatkan di bawah daerah Kinta. Ditubuhkan sebagai sebuah kampung pada zaman dahulu, urusan pentadbiran bandaraya ini dikendalikan oleh Majlis Bandaraya Ipoh sejak pengisytiharannya sebagai sebuah bandar pada tahun 1988. Dengan statusnya sebagai bandar ketiga paling padat di negara ini, Ipoh mula menempa namanya kerana penemuan bijih timah di sini sekitar tahun 1880-an. Pertumbuhan yang dialami disebabkan oleh industri perlombongan bijih timah kemudiannya memacu Ipoh untuk menjadi bandar kedua terbesar di Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1895 yang terdiri daripada Perak, Selangor dan Negeri Sembilan.


Beberapa dekad kemudian, pada tahun 1937, Ipoh telah dilantik sebagai pusat pentadbiran dan ibu negeri Perak yang baru, menggantikan Taiping. Penjajahan Jepun pada tahun 1941 menempatkan Ipoh di bawah Pentadbiran Sivil Jepun sebelum Tanah Melayu berjaya diambil semula oleh pasukan British. Selepas negara mencapai kemerdekaan, menjelang akhir abad ke-20, bandar ini mengalami kemerosotan industri perlombongan bijih timah, menyebabkan sejumlah besar penduduk bandarnya berpindah ke negeri-negeri yang lain untuk mencari peluang baru. Pada masa kini, Ipoh semakin berkembang sebagai destinasi pelancongan yang popular kerana usaha kerajaan negeri untuk mengekalkan seni bina kolonialnya pada bangunan-bangunan lama di sekitar bandar.


Di samping itu, ibu negeri Perak ini mempunyai banyak tarikan semula jadi dengan banyaknya bukit dan gua batu kapur di mana terletaknya beberapa kuil dalam gua yang unik. Mengenai makanan pula, pengunjung pastinya tidak akan kekeringan pilihan makanan di Ipoh kerana bandaraya ini terkenal dengan kepelbagaian makanan dengan hidangan-hidangan khas yang hanya boleh didapati secara khusus di sini serta kopi putih Ipoh yang terkenal di seluruh negara.


Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kereta

Pengunjung yang memandu dari Kuala Lumpur boleh memandu melalui Lebuhraya Utara-Selatan / E1 untuk akses segera ke bandar Ipoh. Perjalanan itu boleh mengambil masa sehingga dua jam bergantung kepada keadaan lalu lintas semasa.


Menggunakan Kereta Api

Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, pengunjung boleh menaiki kereta api Express Rail Link (ERL) yang menuju ke laluan KL Sentral / Bandar Tasik Putrajaya / Cyberjaya / Salak Tinggi / KLIA. Di sana, mereka boleh menaiki koc utara Kereta Api Elektrik (ETS) dan berhenti di stesen Ipoh.


Menggunakan Bas

Terminal bas ekspres terdekat ialah terminal bas ekspres Amanjaya Ipoh yang terletak di Persiaran Meru Raya. Ambil perjalanan terus dari terminal Terminal Bersepadu Selatan (TBS) menggunakan perkhidmatan bas ekspres seperti Transnasional Express dan Seri Maju Express sebelum mengambil bas laluan tempatan atau teksi untuk bersiar-siar di sekitar bandar.


Tarikan Pelancongan

Gua Tempurung

Sebuah destinasi yang popular dalam kalangan peminat gua, Gua Tempurung adalah gua yang terpanjang di negara ini dengan kepanjangan kira-kira 3 kilometer. Sebahagian besar kawasan gua ini telah dibangunkan khas untuk tujuan persembahan dengan lampu limpah elektrik dan laluan pejalan kaki. Gua ini mempunyai lima kubah besar dengan silingnya yang kelihatan seakan-akan sama dengan buah kelapa. Kubah-kubah ini mempunyai pembentukan kalsium yang menarik dengan batu marmar yang berbeza-beza yang dibentuk dalam suhu dan paras air yang berbeza antara satu sama lain. Banyaknya formasi batuan yang memukau dan keajaiban speologi yang luar biasa adalah hasil dari puluhan ribu tahun keberadaan gua itu.


MAPS Perak

Satu lagi tempat menarik ketika datang ke Ipoh ialah Movie, Park and Animation Studio (MAPS) Perak. Merupakan tarikan terkini yang terdapat di bandaraya ini, ia terletak sekitar 15 minit dari pusat bandaraya. Hasil usaha sama antara Perak Corporation Berhad dan Sanderson Group, ia adalah taman tema berasaskan animasi pertama di rantau ini dengan tarikan berdasarkan watak-watak dari studio DreamWorks Animation dan The Smurf dari luar negara serta animasi tempatan BoBoiBoy yang tersebar di sekitar enam zon yang berbeza.


Hotel

Hotel Station 18

Hotel yang bersih dan damai yang terletak di Medan Stesen 19/8. Sebuah hotel bertaraf dua bintang yang berdekatan dengan beberapa tempat menarik di Ipoh dengan kadar penginapan bajet yang pastinya tidak akan mentiriskan bajet anda.


Valya Hotel

Hotel yang selesa yang terletak di Jalan Meru Bestari B4 dengan kemudahan dan perkhidmatan seperti televisyen, pancuran mandian, pengering rambut, pembuat kopi, kemudahan seterika dan WiFi.