Total Accommodation | 16 Properties |
Popular Hotel | Garden of Eden Kuala Lumpur, KL101 Service Suite at The Scott Garden |
Popular Landmark | Taman Desa Medical Centre |
The best areas to stay in Taman Desa are Sri Petaling, Bukit Bintang, Maluri, KL Sentral, Cheras, Kepong, Ampang, Titiwangsa, Pudu, Bangsar
The most popular hotels booked by tourists are Garden of Eden Kuala Lumpur, KL101 Service Suite at The Scott Garden, The Scott Garden by Leisure2u, Valenza Hotel & Cafe, Bjorn Boutique Hotel Taman Danau Desa, KTan Soho, Vivo by Plush, KL118 Duplex Suite Scott Garden KL, S Suites At The Scott Garden, Desa Hill Eco Villa 12 by Vale Pine
Currently, there are around 16 hotels that you can book in Taman Desa
Taman Desa ialah sebuah kawasan yang besar dan telah lama bertapak di Kuala Lumpur, terletak di antara Lebuhraya Lingkaran Timur-Barat dan Jalan Klang Lama di mana Taman Desa berada di dalam kawasan Parlimen Seputeh. Pembangunan Taman Desa terbina pada awal tahun 1970an. Taman Desa ini berada di dalam kawasan berhampiran dengan Pusat Bandar Kuala Lumpur, yang mengambil masa perjalanan lebih kurang 10 minit menaiki kereta. Menara Faber dan Taman Tema Air Desa berhampiran Tasik Taman Desa juga terletak di sini. Terdapat juga beberapa pusat perniagaan seperti Pusat Perniagaan Danau, Plaza Danau 2 dan Kompleks Faber yang menempatkan banyak lot kedai, kedai kek dan bank. Taman Desa bertumpu banyak kepada kejiranan kondominium golongan kelas pertengahan dan atasan.
Taman Desa boleh dihubungi dari pelbagai lapangan terbang utama di serata dunia, Sabah, Sarawak dan Bandar-bandar di Semenanjung Malaysia. Anda boleh menaiki penerbangan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dari semua lapangan terbang utama di serata dunia. Dari lapangan terbang anda boleh menaiki teksi ke Taman Desa. Jarak di antara Taman Desa dan Lapangan Terbang adalah 52.8km dan mengambil masa perjalanan selama 41 minit daripada lapangan terbang.
Sekiranya anda memandu dari utara anda boleh menggunakan Lenuhraya Utara-Selatan dan sekiranya anda memandu dari Selatan anda juga boleh menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan untuk ke Taman Desa.
Anda boleh menaiki keretapi KTM dari Stesen Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral) ke Stesen Seputeh iaitu stesen yang berhampiran ke Taman Desa. Dari Stesen Seputeh anda boleh menaiki teksi atau pun bas ke Taman Desa.
Anda juga boleh ke Taman Desa dengan menaiki Bas RapidKL dari Stesen LRT Pasar Seni atau KL Sentral.
Kuil Thean Hou adalah kuil Cina setinggi 6 tingkat yang menempatkan patung dewa Mazu terletak di Lorong Bellamy berhadapan dengan Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur. Ianya mengambil masa perjalanan selama 9 minit dari Taman Desa. Kuil ini adalah di antara kuil Cina yang terbesar dan tercantik di Kuala Lumpur. Pengunjung boleh melihat senaman tradisional masyarakat Cina dan aktiviti seni mempertahan kan diri dan juga turut menawarkan perkhidmatan menilik nasib dan pendaftaran perkahwinan. Selain itu, pengunjung juga boleh merasai manisan “Dragon Beard” yang boleh di dapati di tingkat bawah kuil tersebut.
Bagi pengunjung yang menggemari aktiviti membeli belah, mereka boleh meluangkan masa di Mid Valley Megamall yang terletak 7 minit dari Taman Desa. Mid Valley Megamall ialah syurga membeli belah, pusat fesyen, permainan kanak-kanak, syurga makanan dan turut menempatkan lain-lain keperluan keperluan di bawah satu bumbung.
Semasa berada di Taman Desa anda boleh melawati Pasar Seni Kuala Lumpur yang hanya mengambil masa perjalanan selama 11 minit dari Taman Desa. Pasar Seni Kuala Lumpur adalah pusat untuk kebudayaan, keseniaan dan keraftangan rakyat Malaysia yang terletak di tengah Bandar Kuala Lumpur. Pasar Seni Kuala Lumpur ialah destinasi yang mesti dikunjungi oleh pelancong yang menawarkan peluang membeli belah yang unik di mana mereka boleh mencari bukan sekadar barangan jualan tetapi juga pengalaman kebudayaan yang akan anda hargai iaitu dari segi kebudayaan dan seni binanya yang cantik.
Muzium ini terletak di tengah Bandar Kuala Lumpur yang merupakan kawasan tarikan pelancongan yang dikelilingi kehijauan Taman Botani Perdana. Di sini, para pengunjung boleh melihat koleksi hiasan seni Islam dari pelusuk dunia.
Taman Burung Kuala Lumpur adalah merupakan kawasan tarikan pelancongan yang terkenal terletak di dalam kawasan 60 hektar Taman Tasik. Taman Burung Kuala Lumpur ini telah dikategorikan sebagai taman burung berbumbung yang terbesar di dunia. Taman Burung Kuala Lumpur adalah dua kali ganda saiz Taman Burung Jurong di Singapura dan kebanyakan burung di sini terbang bebas dan berkeliaran di sekeliling pengunjung. Hutan hujan tiruan ini menempatkan 60 spesis burung tempatan dan luar Negara termasuklah burung merak biru India yang mempunyai ketinggian bulu meraknya setinggi 5 kaki dan Merpati Mahkota Victoria iaitu spesis merak yang terbesar di dunia.
Menginap di Hotel & Café Valenza merupakan pilihan bijak sekiranya anda berkunjung ke Taman Desa. Terletak di Mid Valley Bangsar, Hotel & Café Valenza merupakan tempat yang sangat sesuai sebagai pusat untuk berkunjung ke semua tempat lawatan di sekitar Kuala Lumpur. Hanya 1km daripada keseronokan di Bandar, hotel bertaraf 3 bintang ini memberikan anda lokasi yang sangat baik untuk melawat ke sitar kawasan tarikan pelancongan utama di ibu kota. Hotel moden ini terletak di dalam kejiranan tarikan utama di ibu kota seperti Gold Art, Mid Valley Megamall, Megakidz. Hotel ini terletak hanya 0.33 km dari Stesen Seputeh. Hotel ini sangat mudah dijumpai memandangkan lokasinya yang berhampiran dengan kemudahan awam.
Scott Garden – Apartment Duplex terletak di Taman Desa. Penginapan bertaraf 3 bintang ini mempunyai lokasi yang sangat baik ke semua kemudahan awam seperti Stesen Petaling yang hanya pada jarak 1.59 km, dan Stesen Seputeh pada jarak 2.11 km. Untuk pengunjung yang berhasrat untuk mencari penginapan yang selesa dan murah, Scott Garden – Apartment Duplex merupakan tempat yang sempurna untuk didiami dengan menawarkan kemudahan yang sederhana dan mempunyai perkhidmatan yang bagus.