Penerbangan murah ke Filipina

Sehala
Dua Hala
Berbilang bandar
Direct Flights only
1 Dewasa, 0 Kanak-kanak, 0 Bayi
Economy
Dari
Hingga
Tarikh bertolak
Tarikh Kembali
Cari Tiket
Perlukan inspirasi? Cari penerbangan ke mana sahaja!

50M+ Downloads,
1M+ Reviews

Perubahan Penerbangan Mudah

Batalkan atau ubah tempahan penerbangan anda tanpa kesulitan.

Jaminan Tiket Termurah

Ada tawaran lebih murah? Kami bayar 2x perbezaan!

Sokongan 24/7

Hubungi kami bila-bila masa, di mana sahaja.

Eksklusif untuk pengguna baharu—daftar hari ini!

Muat turun apl kami, daftar, dan nikmati diskaun 8%!

Code:JOMJALAN

Copy

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!
Malindo Air
Malindo Air
Malaysia Airlines
Malaysia Airlines
Lion Air
Lion Air
Firefly
Firefly
Scoot
Scoot
Jetstar
Jetstar
Garuda Indonesia
Garuda Indonesia
Qatar Airways
Qatar Airways
Sriwijaya Air
Sriwijaya Air
Citilink
Citilink
KLM
KLM
Thai Lion
Thai Lion
Vietnam Airlines
Vietnam Airlines
Vietjet
Vietjet
Thai Airways
Thai Airways
Singapore Airlines
Singapore Airlines
Cathay Pacific
Cathay Pacific
China Southern Airlines
China Southern Airlines
Thai Smile
Thai Smile
Nok Air
Nok Air
Kal Star Aviation
Kal Star Aviation
Xiamen Airlines
Xiamen Airlines
Philippine Airlines
Philippine Airlines
Emirates
Emirates
China Airlines
China Airlines
Qatar Airways
Qatar Airways
Srilankan
Srilankan
Etihad Airways
Etihad Airways
Royal Brunei
Royal Brunei
Saudi Arabian Airlines
Saudi Arabian Airlines
Japan Airlines
Japan Airlines
Bangkok Airways
Bangkok Airways
All Nippon Airways
All Nippon Airways
Cebu Pacific
Cebu Pacific
Airasia
Airasia

Pembayaran Popular

Kami bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai untuk memastikan setiap transaksi berjalan lancar dan tanpa kebimbangan!
maybank-credit-card-promotiontraveloka-cimb-promotiontraveloka-rhb-promotionambank-credit-card-promotiontraveloka-uob-promotion

Soalan Lazim

Bilakah masa terbaik untuk menempah penerbangan ke Filipina?
Masa terbaik untuk menempah penerbangan ke Filipina biasanya adalah 3 hingga 4 bulan sebelum tarikh berlepas yang dirancang. Harga selalunya lebih berpatutan semasa musim luar puncak, yang biasanya jatuh antara October.
Bulan manakah yang paling murah untuk terbang ke Filipina?
Bulan paling murah untuk terbang ke Filipina selalunya adalah semasa musim rendah, biasanya pada October. Harga secara amnya lebih rendah kerana permintaan pelancong kurang berbanding musim puncak.
Dokumen perjalanan apa yang diperlukan untuk terbang ke Filipina pada 2025?
Untuk perjalanan antarabangsa ke Filipina, anda memerlukan pasport yang sah. Bergantung pada kewarganegaraan anda, anda mungkin juga memerlukan visa. Adalah disyorkan untuk menyemak keperluan visa dan kemasukan terkini daripada kedutaan atau konsulat rasmi Filipina sebelum perjalanan anda pada 2025.
Apakah elaun bagasi untuk penerbangan ke Filipina?
Elaun bagasi untuk penerbangan ke Filipina berbeza mengikut syarikat penerbangan dan kelas tiket. Kebanyakan syarikat penerbangan menyertakan sejumlah bagasi daftar masuk dan satu beg kabin. Sebaiknya semak polisi bagasi khusus pada e-tiket anda atau laman web rasmi syarikat penerbangan sebelum anda mengembara.
Bolehkah saya menempah penerbangan sehala ke Filipina?
Ya, anda boleh dengan mudah menempah penerbangan sehala ke Filipina di Traveloka. Hanya pilih pilihan 'Sehala' pada borang carian penerbangan, masukkan butiran anda, dan cari penerbangan yang sesuai untuk perjalanan anda.
Adakah mungkin untuk menempah penerbangan berbilang bandar ke Filipina?
Ya, anda boleh menempah penerbangan berbilang bandar ke Filipina dan destinasi lain menggunakan ciri carian berbilang bandar Traveloka. Ini membolehkan anda melawat beberapa bandar dalam satu jadual perjalanan, menjadikan perjalanan anda lebih efisien.

Tiket Penerbangan ke Philippines

Pengenalan

Filipina merupakan gugusan pulau yang kaya dengan lautan dan pantai yang memukau. Sebahagian daripadanya telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Walaubagaimanapun, terdapat juga pelbagai tarikan lain yang menarik untuk pelancong termasuk gunung-ganang, bukit-bukau, taman-taman dan muzium.

Filipina telah menjadi salah satu destinasi pilihan utama pelancong di Asia. Sekiranya anda ingin melancong ke Filipina, anda boleh menempah penerbangan untuk ke sini.

Setelah anda memilih destinasi percutian anda, buka aplikasi Traveloka untuk mengetahui beberapa syarikat penerbangan yang menawarkan penerbangan antara Malaysia dan Filipina. Jangan lupa periksa dokumen yang anda perlu bawa bersama semasa berlepas, contohnya pasport atau visa.

Anda boleh membuat penerbangan terus dari Malaysia ke Filipina. Pelbagai syarikat penerbangan menawarkan penerbangan terus antara dua negara ini. Tempoh penerbangan dari Malaysia ke Filipina adalah berbeza-beza bergantung kepada beberapa faktor seperti laluan yang dipilih dan tempoh transit. Walaubagaimanapun, penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Manila biasanya mengambil masa 3-4 jam, bergantung kepada keadaan cuaca dan trafik udara.

Berikut adalah beberapa syarikat penerbangan yang menyediakan laluan dari Malaysia ke Filipina:

  • Philippine Airlines
  • Cebu Pacific Air
  • Air Asia
  • Malaysia Airlines
Tempah penerbangan anda ke Philippines dengan mudah dengan Traveloka.

Destinasi Carian Terbanyak Selain Bandar-bandar Utama di Filipina

  • Batanes

    Terletak di bahagian utara Filipina, Batanes adalah sebuah kepulauan indah yang terpencil dan terkenal dengan bukit-bukit hijau yang curam dan tebing-tebing tinggi. Bandar ini menawarkan pengalaman unik untuk pelancong yang mencari ketenangan dan keindahan semulajadi.

  • Vigan

    Bandaraya yang bersejarah ini mempunyai seni bina kolonial Sepanyol yang terjaga dengan baik, jalan batu yang berliku-liku, rumah-rumah lama, gereja-gereja bersejarah, dan bangunan-bangunan unik berwarna-warni yang sangat memukau. Ia juga telah disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

  • Bandaraya Iloilo

    Terletak di Pulau Panay, bandaraya ini mempunyai Lapangan Terbang Antarabangsa Iloilo yang mengendalikan penerbangan antarabangsa. Ia juga terkenal dengan seni bina kolonial Sepanyol dan menampilkan tempat-tempat menarik yang terkemuka seperti Katedral Jaro dan Gereja Molo.

  • Dumaguete

    Terletak di Pulau Negros, bandar kecil yang tenang ini sangat sesuai untuk anda menghabiskan masa bersantai. Ia terkenal dengan institusi pendidikannya dan pantai-pantai yang indah, termasuk Pantai Rizal, Gunung Talinis, dan Pulau Apo.

  • Pulau Bohol

    Pulau Bohol terkenal dengan landskap semulajadinya terutamanya kawasan Bukit Coklat yang ikonik. Pulau ini mempunyai Lapangan Terbang Antarabangsa Panglao yang menyediakan penerbangan antarabangsa kepada untuk ke pulau ini.

Lapangan Terbang di Filipina

Filipina mempunyai beberapa lapangan terbang utama yang menyediakan penerbangan domestik dan antarabangsa, antaranya:

  • Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino (MNL)
    Terletak di Manila, lapangan terbang ini merupakan lapangan terbang antarabangsa terbesar di Filipina dan merupakan pintu gerbang utama untuk pelancong memasuki negara ini. Lapangan terbang ini menyediakan penerbangan antarabangsa dan domestik serta merupakan pusat operasi bagi Philippine Airlines dan Cebu Pacific.

  • Lapangan Terbang Antarabangsa Mactan-Cebu (CEB)
    Terletak di Bandar Lapu-Lapu, Cebu, lapangan terbang ini merupakan lapangan terbang antarabangsa terbesar kedua di Filipina. Lapangan terbang ini menyediakan penerbangan antarabangsa dan domestik serta merupakan pintu utama bagi pelancong yang ingin berkunjung ke Visayas dan pulau-pulau kecil di sekitarnya.

  • Lapangan Terbang Antarabangsa Clark (CRK)
    Terletak di Zon Bebas Clark, Wilayah Pampanga, lapangan terbang ini menyediakan penerbangan antarabangsa dan domestik. Ia menjadi alternatif bagi pelancong yang ingin mengelakkan kesesakan lalu lintas di Manila.

  • Lapangan Terbang Antarabangsa Iloilo (ILO)
    Terletak di Bandaraya Iloilo, lapangan terbang ini menyediakan penerbangan antarabangsa dan domestik. Bandaraya Iloilo adalah pintu masuk ke Pulau Panay dan akses untuk ke destinasi-destinasi yang popular seperti Boracay.

Apakah yang Perlu Disediakan Sebelum Ke Filipina?

Apabila anda memilih untuk bercuti ke Filipina, berikut adalah dokumen-dokumen yang perlu disediakan:

  • Pasport
    Pastikan pasport anda sah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum tamat tempoh. Pasport anda juga perlu mempunyai jumlah muka surat yang mencukupi untuk cap dan setem masuk-keluar.

  • Tiket Penerbangan
    Pastikan anda mempunyai tiket penerbangan ulang-alik atau pengesahan perjalanan sebagai bukti bahawa anda merancang untuk meninggalkan Filipina.

  • Bukti Penginapan
    Sediakan bukti tempahan hotel atau surat jaminan dari tuan rumah jika anda menginap di kediaman persendirian di Filipina. Beberapa syarikat penerbangan atau pegawai imigresen mungkin akan meminta bukti penginapan ini.

Selain itu, jangan lupa untuk memeriksa keperluan kesihatan terkini, seperti keperluan vaksinasi atau ujian COVID-19, kerana ia boleh berubah mengikut keadaan semasa.

Perbezaan Masa di Filipina

Tiada perbezaan masa antara Malaysia dan Filipina kerana kedua-dua negara ini mengamalkan zon masa yang sama, iaitu GMT+8.

Namun begitu, walaupun berkongsi zon masa yang sama, kemungkinan terdapat perbezaan dalam penggunaan waktu tempatan di beberapa kawasan di Filipina yang terdiri daripada pulau-pulau dengan budaya dan adat yang berbeza.

Aktiviti yang Boleh Dilakukan di Filipina

Filipina menawarkan pelbagai aktiviti dan tarikan yang menarik kepada pengunjung, termasuklah pengunjung dari Malaysia. Berikut adalah beberapa tarikan utama dan aktiviti di Filipina yang menjadi pilihan oleh rakyat Malaysia:

  • Pulau dan Pantai
    Negara ini terkenal dengan kawasan pantainya yang indah. Antara destinasi yang paling digemari adalah pulau-pulau seperti Boracay, Palawan (termasuk El Nido dan Coron), dan Siargao. Anda boleh menikmati pasir yang putih, air yang jernih, dan berpeluang untuk melakukan aktiviti selam, snorkeling, dan meluncur.

  • Air Terjun
    Selain pulau-pulau dan pantainya, Filipina mempunyai pelbagai air terjun yang menakjubkan, termasuk Air Terjun Kawasan di Cebu, Air Terjun Tumalog di Oslob, dan Air Terjun Maria Cristina di Mindanao. Berkunjung ke kawasan air terjun-air terjun ini memberikan pengalaman yang menenangkan dan menyegarkan.

  • Aktiviti Selam dan Snorkeling
    Terumbu karang dan kekayaan hidupan laut menjadikan Filipina sebagai tempat terbaik untuk para penyelam. Terumbu karang Taman Semula Jadi Terumbu Tubbataha di Palawan merupakan destinasi yang popular, sepertimana di Moalboal dan Panglao di Visayas.

  • Tempat Pemerhatian Hidupan Liar
    Filipina juga mempunyai kekayaan semula jadi yang melimpah, termasuk kepelbagaian biodiversiti yang menakjubkan. Anda boleh mengunjungi Taman Negara Bukit Coklat di Bohol untuk melihat spesies terancam seperti tarsier atau meneroka Taman Negara Gunung Apo di Mindanao untuk menikmati keindahan flora dan fauna.

  • Aktiviti Kebudayaan dan Bersejarah
    Filipina merupakan negara yang kaya dengan sejarah dan budaya. Anda boleh berkunjung ke Bandar Intramuros di Manila untuk meneroka warisan kolonial Sepanyol, melawat Gereja Santo Tomas di Manila, universiti tertua di Asia, atau menghadiri festival budaya seperti Sinulog di Cebu atau Kadayawan di Davao.

  • Jelajah Kulinari
    Pastikan anda mencuba hidangan terkenal Filipina seperti adobo, lechon, pancit, halo-halo, dan hidangan lazat lainnya. Anda juga boleh mencuba hidangan-hidangan tersebut di restoran atau gerai makanan yang di seluruh negara.

Untuk semua pilihan perjalanan unik anda, kami sediakan untuk anda

Laluan Popular

Destinasi Popular

Popular Airline & Destination

Lapangan Terbang Popular

Syarikat Penerbangan Popular

Sentiasa ikuti perkembangan mengenai petua perjalanan, pengesyoran dan promosi terkini.
langgan buletin

Dapatkan perjalanan impian anda di hujung jari anda. Dapatkan aplikasi.


Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2025 Traveloka. All rights reserved