Penerbangan murah ke Bristol (BRS)

Cari dan tempah penerbangan murah ke Bristol (BRS)

Laluan

Syarikat penerbangan

Jadual

Harga mulai

Edinburgh (EDI) → Bristol (BRS)
easyJet
Sabtu, 11 Mei 2024
RM 242.69
Berlin (BER) → Bristol (BRS)
KLM
Jumaat, 07 Jun 2024
RM 619.30
Singapura (SIN) → Bristol (BRS)
Etihad
Isnin, 13 Mei 2024
RM 2,262.66
Padang (PDG) → Bristol (BRS)
Penerbangan
Selasa, 28 Mei 2024
RM 2,762.11
Hanoi (HAN) → Bristol (BRS)
Penerbangan
Khamis, 23 Mei 2024
RM 2,955.72
Bandar Ho Chi Minh (SGN) → Bristol (BRS)
Penerbangan
Isnin, 27 Mei 2024
RM 3,330.44
Bandar Ho Chi Minh (SGN) → Bristol (BRS)
Penerbangan
Jumaat, 07 Jun 2024
RM 3,403.47
Hanoi (HAN) → Bristol (BRS)
Penerbangan
Sabtu, 01 Jun 2024
RM 3,599.48
Hanoi (HAN) → Bristol (BRS)
Penerbangan
Khamis, 23 Mei 2024
RM 3,688.18
Hanoi (HAN) → Bristol (BRS)
Penerbangan
Khamis, 23 Mei 2024
RM 3,716.84

Tiket Pesawat Murah ke Bristol, England

Terletak di Barat Daya England, bandar Bristol terkenal dengan sejarah, warisan dan kebudayaannya. Kehidupan di bandar ini telah menamakan Bristol sebagai bandar terbaik untuk hidup di Britain pada tahun 2014 dan 2017. Alam semulajadi yang terlindung dengan baik serta kehidupan yang mampan di bandar ini telah memperolehnya gelaran bandar Britain yang paling lestari dan Anugerah Kota Hijau Eropah pada tahun 2015.

Lapangan Terbang di Bristol

Lapangan Terbang Bristol

Lapangan Terbang Bristol adalah lapangan terbang utama yang berkhidmat untuk Bristol dan kawasan sekitarnya. Lapangan terbang ini juga mengendalikan penerbangan sewa khas dan mempunyai sekolah terbang. Sehingga tahun 2018, lapangan terbang itu telah berkhidmat untuk kira-kira 8.7 juta penumpang setiap tahun. Terdapat 14 syarikat penerbangan tempatan dan antarabangsa yang beroperasi di Lapangan Terbang Bristol pada masa ini untuk destinasi domestik dan Eropah. Pelawat yang melancong dari Kuala Lumpur boleh menuju ke Bristol dengan mengambil penerbangan transit. Semasa berada di terminal lapangan terbang, anda boleh melawat restoran, kedai bebas cukai dan kedai-kedai yang lain. Lapangan Terbang Bristol terletak 13 kilometer barat daya dari pusat bandar Bristol. Perkhidmatan bas Bristol Airport Flyer boleh didapati di lapangan terbang untuk destinasi bandar-bandar South West dan Wales. Anda juga boleh menaiki bas Express Flyer ke stesen keretapi Bristol Temple Meads sebelum menuju ke destinasi anda. Sebagai alternatif, anda juga boleh menaiki teksi atau memilih kereta sewa di Lapangan Terbang Bristol.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Bristol?

Traveloka adalah enjin carian yang memudahkan para pelancong untuk mencari tiket penerbangan termurah ke Bristol. Apa yang perlu anda lakukan adalah masukkan maklumat dalam kotak carian dan aplikasi ini akan mengesyorkan penerbangan yang terbaik mengikut bajet anda. Ia membandingkan harga tiket antara beberapa syarikat penerbangan yang dipercayai untuk membantu anda mendapatkan tawaran yang terbaik. Gunakan ciri pemberitahu harga Traveloka untuk dimaklumkan mengenai tiket penerbangan dalam lingkungan harga yang anda inginkan bagi mendapatkan tawaran yang terbaik ke Bristol.

Bila Waktu Terbaik untuk ke Bristol?

Bristol mengalami iklim lautan yang sederhana. Berbanding dengan bandar-bandar lain di England, Bristol adalah salah satu bandar terpanas di Britain dengan suhu purata tahunan dalam lingkungan 11 darjah Celcius. Bandar ini disinari dengan cahaya matahari semasa musim panas. Musim sejuk adalah sederhana dan mendung sekitar 5 darjah Celcius secara purata dengan salji sekali-sekala dan fros musim sejuk yang kerap. Hujan adalah konsisten sepanjang tahun, hanya lebat sedikit pada musim sejuk berbanding dengan musim-musim lain. Cuaca di musim bunga tidak dapat diramalkan dan sering berubah berbanding musim luruh. Berdasarkan keadaan cuaca, adalah selamat untuk dicadangkan bahawa musim panas adalah musim terbaik untuk melawat Bristol.

Jika anda bercadang untuk melancong di Bristol pada musim panas, terdapat banyak festival untuk menarik minat anda pada cuaca yang panas dan kering. Anda boleh meneroka Bristol dengan berjalan kaki semasa menyertai Bristol Walk Fest yang berlaku sepanjang bulan Mei. Peminat makanan akan menikmati masa mereka menghadiri Foodies Festival Bristol dan Bristol Thai and Multi-Cultural Food Festival, kedua-duanya pada minggu kedua Mei, dan Bristol Food Connections selama dua minggu pada bulan Jun. Festival Bristol Shakespeare juga dirayakan pada bulan Julai, dengan pelbagai pertunjukan klasik pementasan Shakespeare untuk menghiburkan anda. Pengunjung bersama keluarga pasti akan menikmati Valley Fest, Hoo-ha! Festival dan Festival Fiesta Antarabangsa Bristol, semuanya berlaku pada bulan Ogos yang penuh dengan permainan keluarga, perarakan, makanan dan hiburan.

Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Bristol?

Bristol adalah salah satu daripada bandar-bandar yang paling banyak dikunjungi di dunia. Terdapat banyak tarikan yang boleh didapati di sini.

Bristol Harbour - Sebelum ini dikenali sebagai Floating Harbour, Bristol Harbour terletak di Sungai Avon. Bangunan-bangunan di sekitar pelabuhan itu dipulihkan menjadi muzium dan galeri. Anda juga boleh melawat Bristol Aquarium dan pusat seni visual, muzik dan persembahan Arnolfini di sini. Anda juga boleh menaiki Bristol Ferry Boats dari pelabuhan ini menyeberangi Sungai Avon pada kadar yang berpatutan.

St Mary Redcliffe - St Mary Redcliffe terletak di selatan Bristol Harbour. Gereja ini direka dan dibina dengan gaya Baroque pada tahun 1600-an di tebing merah, di mana ia mendapat namanya. Pengunjung akan kagum dengan seni bina dan hiasan yang indah pada bangunan bersejarah ini terutama di pintu besar yang melambangkan para pedagang Bristol yang kaya.

Bristol Castle House Museum - Bristol Castle House Museum mempunyai pelbagai koleksi yang akan memukau anda. Antara paparan koleksi yang bertarikh sejak 300 tahun yang lalu termasuklah mainan lama dan rumah anak patung, koleksi kostum gaya 1800an, dan koleksi seni. Anda juga boleh menerokai taman besar di luar bangunan ini dan menikmati pemandangan sekitar kawasan muzium.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved