Penerbangan murah ke Bua (BUA)

Tiket Pesawat Murah ke Bua, Indonesia

Bua ialah daerah di Kabupaten Luwu, Sulawesi Selatan, Indonesia. Tempat ini bersempadan dengan Kota Palopo. Bua merupakan mutiara tersembunyi di Indonesia kerana kampung-kampung di sini penuh dengan rahsia alam semulajadi. Gunung-ganang, ladang-ladang, sungai yang mengalir langsung tidak pernah disentuh oleh pembangunan. Syurga rahsia ini sedang menunggu untuk diterokai. Bergaullah dengan penduduk tempatan yang ramah di Bua, supaya anda bukan sahaja dapat menikmati pemandangan panorama yang indah tetapi anda juga dapat merasai kekayaan budayanya. Bua sebenarnya merupakan tempat yang agak baru bagi pelancong di mana ini menjadikannya lebih istimewa.

Lapangan Terbang di Bua

Lapangan Terbang Bua / Lapangan Terbang Palopo Lagaligo (LLO)

Lapangan Terbang Bua (LLO) adalah lapangan terbang awam di Luwu, Sulawesi, Indonesia dan terletak 10 kilometer jauhnya dari pusat kota Palopo. Lapangan terbang ini juga dikenali sebagai Lapangan Terbang Palopo Lagaligo yang digunakan oleh hanya beberapa syarikat penerbangan sahaja seperti Aviastar Mandiri, Garuda Indonesia, Susi Air dan Wings Air. Lapangan terbang domestik ini perlahan-lahan merenovasi premisnya untuk menampung lebih banyak penumpang dan melengkapkannya dengan kemudahan yang lebih baik. Untuk masuk atau keluar Lapangan Terbang Palopo Lagaligo ini mudah, anda hanya perlu mengambil teksi di hadapan lapangan terbang ini.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Bua?

Traveloka adalah enjin carian yang memudahkan para pelancong untuk mencari tiket penerbangan termurah ke Bua. Apa yang perlu anda lakukan adalah masukkan maklumat dalam kotak carian dan aplikasi ini akan mengesyorkan penerbangan yang terbaik mengikut bajet anda. Ia membandingkan harga tiket antara beberapa syarikat penerbangan yang dipercayai untuk membantu anda mendapatkan tawaran yang terbaik. Gunakan ciri pemberitahu harga Traveloka untuk dimaklumkan mengenai tiket penerbangan dalam lingkungan harga yang anda inginkan bagi mendapatkan tawaran yang terbaik ke Bua.

Bila Waktu Terbaik untuk ke Bua?

Bua terletak di Indonesia yang hanya mempunyai dua musim yang kering dan lembab. Perbezaan cuaca di lain-lain kabupaten di Indonesia tidaklah berbeza. Anda boleh datang ke sini pada musim kering yang jatuh pada pertengahan April hingga September. Untuk benar-benar menikmati cuaca panas Bua yang cerah, anda mungkin mahu datang pada bulan Mei, Jun atau September. Ini kerana tidak banyak pelancong datang dalam tempoh ini, dan cuacanya yang indah menjadikannya tempat yang sempurna untuk anda melakukan aktiviti luar.

Terletak di pulau Sulawesi, Bua mempunyai iklim lembap tropika. Ini bermakna suhu akan seimbang antara 24 darjah Celcius hingga 32 darjah Celcius. Kerana Indonesia hanya mempunyai musim kering dan lembab, Bua akan mengalami hujan monsun antara November hingga April manakala musim kering akan bermula pada bulan Mei hingga Oktober. Walaupun di musim lembab, Boa akan mempunyai lebih banyak hari hujan, kerana iklimnya tropika, pada musim kering pun akan ada hari-hari hujan.

Bua terletak di Luwu, dan terdapat beberapa festival yang dirayakan di kabupaten ini. Salah satunya termasuklah Pesta Rakyat yang merupakan pesta umum yang mengundang semua orang yang tinggal di kabupaten ini untuk menikmati makanan yang enak. Makanan akan dihidangkan di atas rakki dan mereka yang hadir akan makan di atasnya bersama-sama. Terdapat Festival Seni di mana seni akan dipaparkan dalam bentuk muzik, tarian, teater tradisional dan moden. Dua pentas akan disediakan untuk orang ramai untuk menonton persembahan-persembahan ini. Ini merupakan sebahagian daripada perayaan yang menarik yang disambut di Kabupaten Luwu. Sekiranya anda berada di Bua, luangkan masa dan jelajahilah kabupaten Luwu dengan menyertai festivalnya.

Apakah 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Bua?

Bua ialah daerah yang berjalan dengan perlahan di mana ianya terdiri daripada pelbagai kampung yang indah. Sesetengah kampung-kampung di sini merupakan penjaga 'mutiara' untuk rahsia alam semulajadi yang patut anda terokai.

Air Terjun Purpasuang - Terletak di Kampung Posi, air terjun ini mempunyai beberapa tingkat. Dikatakan oleh penduduk tempatan bahawa jika apa-apa yang jatuh ke dalam air terjun ini, ia akan hilang kerana ketinggiannya yang dramatik. Dengan latar belakang batu besar yang ditutupi lumut, Air Terjun Purpasuang dengan anggun mencurah ke bawah. Anda akan terpersona dengan melihat aliran air terjun yang pantas jatuh dari atas.

Gunung Telutubis - Gunung ini berwarna hijau terletak di Kampung Tiromanda dan ianya juga dikenali sebagai Gunung Tiromanda. Gunung ini indah kerana ia hanya ditutup dengan rumput panjang dengan beberapa belukar kecil. Pemandangan yang indah di atas gunung ini akan membuatkan anda berasa bahawa anda berada dalam filem fantasi, ajaib.

Pakkalolo - Pakkalolo terletak di Kampung Lengkong. Keindahan sungai yang luas ini tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Air jernihnya tersebar dengan indah di antara sisi sungai. Sungai ini mempunyai arus yang lembut di mana ini menjadikannya tempat yang sesuai untuk berenang bukan hanya untuk orang dewasa tetapi juga anak-anak.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved