Tiket Murah ke Buntok Barito (BTK)

Sehala
Dua Hala
Berbilang bandar
Direct Flights only
1 Dewasa, 0 Kanak-kanak, 0 Bayi
Economy

50M+ Downloads,
1M+ Reviews

Perubahan Penerbangan Mudah

Batalkan atau ubah tempahan penerbangan anda tanpa kesulitan.

Jaminan Tiket Termurah

Ada tawaran lebih murah? Kami bayar 2x perbezaan!

Sokongan 24/7

Hubungi kami bila-bila masa, di mana sahaja.

Lebih Jimat dengan Promo Penerbangan Traveloka ✈️

Harga Tiket Terbaik dari Malaysia 🇲🇾

Harga termurah untuk destinasi terfavorit.

Eksklusif untuk pengguna baharu—daftar hari ini!

Muat turun apl kami, daftar, dan nikmati diskaun 8%!

Code:JOMJALAN

Copy

Penerbangan Terus ke Buntok Barito

Syarikat penerbangan yang tersedia untuk penerbangan terus ke Buntok Barito bermula dari .
Pilih syarikat penerbangan pilihan anda untuk penerbangan terus ke Buntok Barito. Nikmati perjalanan yang lancar dan efisien ke destinasi anda.

About Buntok Barito

Dikenali sebagai “Pearl of Asia”, Buntok terletak di pesisir daerah Barito, Hamlet Selatan, Barito Selatan, Kalimantan Tengah, Indonesia. Ia adalah ibu kota bagi daerah Barito Selatan. Bandar ini mempunyai jumlah penduduk sebanyak 14,719 orang berdasarkan pada banci penduduk pada tahun 2010. Buntok terkenal dengan kebudayaan, sejarah dan bangunan permodenannya yang cantik. Bandar ini juga menarik banyak pelawat dengan pemandangan indahnya. Para pengunjung dapat berpeluang untuk melihat haiwan liar dan melawat ke sebuah gua yang menakjubkan yang dikenali sebagai Liang Saragi.


Lapangan Terbang di Buntok

Lapangan Terbang Buntok

Lapangan Terbang Buntok adalah lapangan terbang utama bagi bandar Buntok dan kawasan sekitarnya. Terdapat beberapa syarikat penerbangan antarabangsa dan domestik yang beroperasi lapangan terbang ini seperti Citilink Indonesia, Lion Mentari Airlines, Garuda Indonesia, Batik Air dan NAM Air. Lapangan terbang ini terletak kira-kira 12.4 kilometer dari Bandar Buntok. Dengan mengambil bas atau teksi, perjalanannya akan mengambil masa selama 23 minit. Para pengunjung boleh mendapatkan teksi, bas atau sewa kereta dengan mudah di pintu masuk lapangan terbang ini.


Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Buntok?

Traveloka adalah laman web dan aplikasi pelancongan yang menjadikan ia mudah bagi para pengunjung untuk mencari penerbangan paling berpatutan ke Buntok. Apa yang perlu anda lakukan adalah menaip maklumat dalam kotak carian dan aplikasi itu akan mengesyorkan perjalanan yang terbaik mengikut bajet anda. Ia juga membandingkan kos penerbangan di sesetengah syarikat penerbangan yang boleh dipercayai untuk membantu anda dengan mendapatkan tawaran yang bagus. Gunakan ciri pemberitahu harga Traveloka untuk dimaklumkan mengenai harga tiket penerbangan dyang anda inginkan untuk mendapatkan harga penerbangan yang terbaik ke Buntok.


Bila Waktu Terbaik untuk ke Buntok?

Buntok mengalami dua jenis musim iaitu musim kering dan musim hujan. Musim kering merupakan musim kemuncak di bandar ini iaitu pada bulan Ogos. Manakala, musim luar kemuncak akan berlaku pada musim hujan yang sering berlaku pada penghujung tahun dan awal tahun. Bagi musim kering, ia adalah waktu yang ideal bagi para pengunjung untuk menjelajah di sekitar bandar ini kerana cuaca yang panas dan kebarangkalian untuk hujan berlaku adalah kurang. Para pengunjung dapat melakukan aktiviti yang mencabar dan bersiar-siar dengan cuaca yang bagus. Sementara itu, jumlah pengunjung semakin berkurang pada musim hujan akibat ribut petir dan hujan lebat. Oleh kerana cuaca yang amat buruk, para pengunjung hanya boleh melawat ke tempat tarikan pengunjung dalaman seperti muzium. Oleh itu, waktu terbaik untuk mengelakkan diri dari orang ramai di Buntok adalah pada musim kering dari bulan Jun hingga Oktober dan pada luar musim bercuti. Buntok mempunyai iklim tropika dengan suhu tahunan purata 9 darjah Celsius.


Sekitar 225 juta orang di Indonesia adalah beragama Islam. Negara ini mempunyai jumlah penduduk Islam yang terbesar di dunia. Oleh itu, salah satu perayaan terbesar di negara ini ialah Hari Raya Aidilfitri. Hari Raya Aidifitri adalah sebuah perayaan selepas umat Islam berpuasa selama sebulan pada bulan Ramadhan. Para pengunjung boleh singgah ke beberapa rumah terbuka dan melihat hiasan raya di seluruh bandar. Satu lagi perayaan besar di Buntok ialah Hari Raya Aidiadha. Tujuan perayaan ini diadakan adalah untuk menghormati kesediaan Nabi Ibrahim mengorbankan anaknya untuk menunjukkan bahawa dia mengikuti perintah Allah S.W.T. Para pengunjung boleh menyaksikan majlis mengorbankan haiwan. Terdapat juga perayaan lain bagi orang yang bukan beragama Islam seperti Tahun Baru Cina, Thaipusam dan Krismas.


Apa 2 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Buntok?

Terdapat beberapa destinasi yang harus dilawati oleh para pengunjung di Buntok seperti:


Tasik Melawen - Terletak kira-kira 5 kilometer jarak dari bandar Buntok, Tasik Melawen adalah tempat yang sesuai untuk percutian sekeluarga. Para pengunjung boleh menaiki bot bermotor bersaiz kecil untuk melakukan aktiviti seperti menaiki bot di sekitar tasik dan memancing ikan. Pemandu pelancong akan membawa para pengunjung ke Sungai Barito untuk menikmati pemandangan panorama di kawasan sekitarnya. Di kawasan ini juga terdapat resort percutian bagi para pengunjung yang ingin bermalam.


Liang Saragi - Liang Saragi merupakan salah satu tarikan pengunjung yang terkenal di Barito. Ia telah menarik ramai pengunjung dari kalangan penduduk tempatan dan pengunjung dari luar negara. Para pengunjung dapat menemui satu laluan yang mempunyai 700 meter panjang. Laluan ini akan membawa mereka ke gua batu kapur yang indah. Gua ini mempunyai 17 terowong. Bagi mereka yang suka aktiviti mencabar, Liang Saragi adalah salah satu destinasi yang tersenarai di bandar ini. Para pengunjung boleh melakukan aktiviti seperti meredah hutan dan mendaki gunung.


Rakan Penerbangan

Rakan Pembayaran

Apa jua pilihan perjalanan anda, kami sedia membantu

Laluan Popular dari Lapangan Terbang L/Terbang Sanggu

Laluan Popular ke Buntok Barito

Destinasi Popular

Laluan Popular

Syarikat Penerbangan Popular

Popular Airline & Destination

Lapangan Terbang Popular

Sentiasa ikuti perkembangan mengenai petua perjalanan, pengesyoran dan promosi terkini.
langgan buletin

Dapatkan perjalanan impian anda di hujung jari anda. Dapatkan aplikasi.


Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2025 Traveloka. All rights reserved