Tiket Murah ke Fort Lauderdale

Sehala
Dua Hala
Berbilang bandar
Direct Flights only
1 Dewasa, 0 Kanak-kanak, 0 Bayi
Economy

50M+ Downloads,
1M+ Reviews

Perubahan Penerbangan Mudah

Batalkan atau ubah tempahan penerbangan anda tanpa kesulitan.

Jaminan Tiket Termurah

Ada tawaran lebih murah? Kami bayar 2x perbezaan!

Sokongan 24/7

Hubungi kami bila-bila masa, di mana sahaja.

Lebih Jimat dengan Promo Penerbangan Traveloka ✈️

Harga Tiket Terbaik dari Malaysia 🇲🇾

Harga termurah untuk destinasi terfavorit.
Laman Utama
/
Tiket Flight
/
Fort Lauderdale

Eksklusif untuk pengguna baharu—daftar hari ini!

Muat turun apl kami, daftar, dan nikmati diskaun 8%!

Code:JOMJALAN

Copy

Jadual Penerbangan ke Fort Lauderdale

Berikut adalah semua penerbangan berjadual ke Fort Lauderdale, menyediakan pelbagai pilihan perjalanan yang selesa.
Sel, 12 Ogo 2025 (Hari ini)
Rab, 13 Ogo 2025
Kha, 14 Ogo 2025
Syarikat Penerbangan
Waktu Berlepas
Waktu Tiba
Lapangan Terbang Asal
Lapangan Terbang Destinasi
Delta Airlines
Delta Airlines
15:17
18:38
New York (LGA)
Fort Lauderdale (FLL)
Tempah penerbangan
Delta Airlines
Delta Airlines
19:29
22:46
New York (LGA)
Fort Lauderdale (FLL)
Tempah penerbangan
JetBlue Airways
JetBlue Airways
19:49
22:59
New York (LGA)
Fort Lauderdale (FLL)
Tempah penerbangan
Spirit Airlines
Spirit Airlines
19:55
23:10
New York (LGA)
Fort Lauderdale (FLL)
Tempah penerbangan

Penerbangan Terus ke Fort Lauderdale

Syarikat penerbangan yang tersedia untuk penerbangan terus ke Fort Lauderdale bermula dari RM 197.
Pilih syarikat penerbangan pilihan anda untuk penerbangan terus ke Fort Lauderdale. Nikmati perjalanan yang lancar dan efisien ke destinasi anda.

About Fort Lauderdale

Fort Lauderdale terletak di pantai Atlantik iaitu di bahagian utara Miami, Florida. Ia dikenali sebagai "Venice of America" ​​kerana terdapat beberapa tasik dan saluran air. Fort Lauderdale juga terkenal dengan pantai yang cantik, seni dan budaya yang menarik. Di bandar Fort Lauderdale, para pengunjung dapat melihat banyak pusat membeli-belah, restoran, muzium bersejarah, rumah besar dan kapal layar serta taman yang sesuai untuk bersantai. Memandangkan bandar ini mempunyai banyak tempat yang menarik, tidak hairanlah bandar ini telah tersenarai dalam salah satu destinasi pelancongan yang terkenal di Florida.


Lapangan Terbang di Fort Lauderdale

Lapangan Antarabangsa Fort Lauderdale-Hollywood

Lapangan Terbang Antarabangsa Fort Lauderdale-Hollywood adalah lapangan terbang yang berkhidmat untuk kawasan-kawasan di Miami. Ia telah mengendalikan penerbangan antarabangsa dan domestik seperti Air Canada, American Airlines, JetBlue, Southwest Airlines, United Airlines, Spirit Airlines dan banyak lagi. Spirit Airlines mempunyai pangkalan terbesar di lapangan terbang ini. Selain itu, lapangan terbang ini juga beroperasi untuk penerbangan kargo. Antaranya ialah FedEx Express, IBC Airways dan UPS Airlines. Bagi kemudahan, ia mempunyai dua landasan seluas 1380 ekar. Selain itu, lapangan terbang ini telah menyediakan empat jenis terminal yang berbeza. Jarak antara lapangan terbang ini dan bandar Fort Lauderdale adalah sekitar 6.6 kilometer. Dengan mengambil teksi, tambang teksi berada dalam sekitar $ 18.58 iaitu dalam RM 77.24.


Bagaimanakah untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Fort Lauderdale?

Traveloka adalah laman web dan aplikasi pelancongan yang menjadikan ia mudah bagi pelancong untuk mencari penerbangan paling berpatutan ke Fort Lauderdale. Apa yang perlu anda lakukan adalah menaip maklumat dalam kotak carian dan aplikasi itu akan mengesyorkan perjalanan yang terbaik mengikut bajet anda. Ia juga membandingkan kos penerbangan di sesetengah syarikat penerbangan yang boleh dipercayai untuk membantu anda dengan mendapatkan tawaran yang bagus. Gunakan ciri pemberitahu harga Traveloka untuk dimaklumkan mengenai harga tiket penerbangan dyang anda inginkan untuk mendapatkan harga penerbangan yang terbaik ke Fort Lauderdale.


Bila Waktu Terbaik untuk ke Fort Lauderdale?

Fort Lauderdale menghadapi musim kemuncak pada musim panas yang bermula dari bulan Disember hingga April. Manakala, musim luar kemuncak akan berlaku dari bulan Mei hingga September. Pada musim panas, ramai pengunjung akan datang ke bandar ini terutamanya pengunjung dari bahagian utara. Para pengunjung lebih selesa mengembara di sekitar bandar ini pada musim panas kerana cuaca cerah dan peluang untuk hujan adalah tipis. Cuaca panas dan lembap membuatkan para pengunjung dapat menikmati aktiviti-aktiviti pantai seperti berjemur dan berenang serta bersiar-siar. Bagi musim luar kemuncak, kebiasaannya bandar ini akan mengalami cuaca panas yang terik. Hujan dan taufan juga akan berlaku dari bulan Jun hingga November. Dengan cuaca sebegini, ia telah memberi kesan negative bagi bilangan pengunjung yang datang ke Fort Lauderdale. Oleh itu, waktu terbaik untuk melawat Fort Lauderdale adalah dari bulan Disember hingga April. Fort Lauderdale mempunyai iklim subtropika dengan suhu tahunan purata iaitu 24 darjah Celsius.


Terdapat beberapa perayaan dan acara yang berlangsung di Fort Lauderdale. Pertamanya ialah Fort Lauderdale oleh Festival Kraf Laut. Festival inidijalankan untuk mempamerkan karya seni yang dibuat oleh pembuat kraf yang berbakat di negara ini. Para pelawat dapat melihat pelbagai jenis kraftangan dan membelinya pada harga yang berpatutan. Pameran di festival ini adalah termasuk tembikar, seni rakyat, pakaian buatan tangan, kaca dan banyak lagi. Selain itu, pada bulan Februari, para pengunjung boleh singgah ke Festival Fort Lauderdale Greek. Ia adalah untuk meraikan budaya, tarian, muzik dan makanan dari negara Greece. Para pengunjung dapat menyaksikan tarian Yunani tradisional dan merasai hidangan Yunani. Terdapat juga gerai jalanan, karnival dan aktiviti kanak-kanak semasa festival ini dijalankan. Perayaan yang berikutnya ialah Festival Muzik Pantai Tortuga. Ia adalah festival muzik yang diadakan pada setiap tahun. Tujuan festival ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dan sokongan pemuliharaan hidupan laut. Para pengunjung dapat menonton persembahan secara langsung dari pelbagai genre muzik seperti rock, desa dan lain-lain.


Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Fort Lauderdale?

Terdapat beberapa tempat yang menarik yang disyorkan untuk melawat di bandar Fort Lauderdale. Antaranya ialah _


Las Olas Boulevard - Las Olas Boulevard adalah salah satu destinasi pelancongan yang utama di Fort Lauderdale. Terletak di tengah bandar Fort Lauderdale, tempat ini telah menawarkan banyak tarikan seperti restoran, kafe, bar, galeri seni dan butik fesyen. Para pengunjung dapat berjalan-jalan di kawasan ini dan melihat tasik, rumah-rumah selebriti dan kapal layar. Selain itu, para pengunjung juga dapat menemui muzium bersejarah, teater muzik seni dan pawagam IMAX.


Taman Tasik West - Taman Tasik West terletak di timur laut Broward County. Jalan di taman ini adalah sepanjang 3.7 kilometer. Taman ini adalah tempat tarikan yang terkenal bagi orang yang ingin berjalan-jalan dan bermain basikal. Selain itu, taman ini telah menempatkan lebih daripada 220 spesis hidupan liar. Para pengunjung boleh berkayak dan membuat lawatan ke hutan bakau di Pusat Alam Semulajadi Anne Kolb.


Muzium Seni Fort Lauderdale - Muzium Seni Fort Lauderdale adalah muzium seni yang mempamerkan sejarah visual tamadun di Fort Lauderdale. Muzium ini mempunyai keluasan 83,000 kaki persegi dan ruang pameran seluas 25,000 kaki persegi. Ia dapat menempatkan lebih daripada 6,000 koleksi. Antaranya ialah koleksi seramik diperbuat oleh Pablo Picasso, koleksi seni Cuba dan Latin Amerika, karya avant garde dan banyak lagi.


Rakan Penerbangan

Rakan Pembayaran

Apa jua pilihan perjalanan anda, kami sedia membantu

Laluan Popular dari Lapangan Terbang L/Terbang A'bangsa Fort Lauderdale Hollywood

Laluan Popular ke Fort Lauderdale

Popular Airline to Fort Lauderdale

Destinasi Popular

Laluan Popular

Syarikat Penerbangan Popular

Popular Airline & Destination

Lapangan Terbang Popular

Sentiasa ikuti perkembangan mengenai petua perjalanan, pengesyoran dan promosi terkini.
langgan buletin

Dapatkan perjalanan impian anda di hujung jari anda. Dapatkan aplikasi.


Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2025 Traveloka. All rights reserved