Penerbangan murah ke Hohhot (HET)

Cari dan tempah penerbangan murah ke Hohhot (HET)

Laluan

Syarikat penerbangan

Jadual

Harga mulai

Singapura (SIN) → Hohhot (HET)
Penerbangan
Selasa, 30 Apr 2024
RM 5,698.13

Tiket Pesawat Murah ke Hohhot, China

Hohhot merupakan ibu kota Inner Mongolia di Utara Republik Rakyat China. Hohhot juga merupakan pusat pentadbiran, ekonomi dan kebudayaan di rantau itu. Hohhot mempunyai jumlah penduduk seramai 2,866,615 mengikut bancian yang dilakukan pada tahun 2010. 1,980,774 penduduk menetap di kawasan metro yang terdiri daripada 4 daerah. Nama kota ini dalam bahasia Mongolia bermaksud “Blue City”. Warna biru dalam budaya Mongolia dikatikan dengan langit, keabadian dan kemurnian. Semasa zaman perang di China, kawasan sekitar Hohhot adalah sebahagian daripada negeri Zhao. Semasa pemerintahan Imperial China, kawasan Hohhot berada di bawah kawalan dinasti China. Hohhot ini memainkan peranan penting dalam pertahanan terhadap pencerobohan oleh penduduk nomad Utara. Hohhot juga merupakan sebuah bandar yang mempunyai latar belakang budaya yang kaya. Hohhot terkenal dengan laman bersejarah dan kuil. Ia merupakan salah satu destinasi pelancongan utama Inner Mongolia. Ia dikenali sebagai rumah gergasi China Mengniu dan Yili.

Lapangan Terbang di Hohhot

1. Lapangan Terbang Antarabangsa Hohhot Baita

Lapangan Terbang Antarabangsa Hohhot Baita merupakan sebuah lapangan terbang antarabangsa yang berkhidmat di Hohhot, ibu kota Inner Mongolia, China. Ia merupakan sebuah lapangan terbang yang terbesar di Inner Mongolia. Lapangan Terbang Antarabangsa Hohhot Baita ini terletak 14.3 km di Timur pusat bandar Hohhot. Nama Baita bermaksud Pagoda Putih yang berasal dari Pagoda Wanbu Huayanjing. Ia merupakan salah tempat bersejarah di Hohhot yang terletak 5.6 km Tenggara di Lapangan Terbang Antarabangsa Hohhot Baita. Pada tahun 2013, Lapangan Terbang Antarabangsa Hohhot Baita ini telah mengendalikan 6,150,282 penumpang. Lapangan Terbang Antarabangsa Hohhot Baita ini dibuka pada 1 Oktober 1958. Pada pertengahan tahun 1980 dan 1990, Lapangan Terbang Antarabangsa Hohhot Baita ini telah mengalami kerja-kerja menaik taraf bagi membesarkan lapangan terbang itu. Pada bulan Jun 2007, terminal baru telah dibuka dengan meliputi kawasan seluas 54,449 meter persegi. Lapangan Terbang Antarabangsa Hohhot Baita ini mampu mengendalikan 3 juta penumpang setiap tahun. Landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hohhot Baita ini juga telah dipanjangkan dan diperluas bagi menampung keperluan jet jumbo seperti Airbus A380. Lapangan Terbang Antarabangsa Hohhot Baita ini juga beroperasi sebagai salah satu lapangan terbang yang digunakan semasa Olimpik Musim Panas 2008. Kini, bandar Hohhot kian berkembang dengan pesat, Lapangan Terbang Antarabangsa Hohhot Baita ini dikelilingi oleh kawasan bandar dan tidak mempunyai ruang untuk menaik tarak bagi menampung trafik yang semakin meningkat. Oleh itu, Lapangan Terbang Antarabangsa Hohhot Shengle sedang dibina untuk menggantikan Lapangan Terbang Antarabangsa Hohhot Baita.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Hohhot?

Traveloka adalah enjin carian yang memudahkan para pelancong untuk mencari tiket penerbangan termurah ke Hohhot. Apa yang perlu anda lakukan adalah masukkan maklumat dalam kotak carian dan aplikasi ini akan mengesyorkan penerbangan yang terbaik mengikut bajet anda. Ia membandingkan harga tiket antara beberapa syarikat penerbangan yang dipercayai untuk membantu anda mendapatkan tawaran yang terbaik. Gunakan ciri pemberitahu harga Traveloka untuk dimaklumkan mengenai tiket penerbangan dalam lingkungan harga yang anda inginkan bagi mendapatkan tawaran yang terbaik ke Hohhot.

Bila Waktu Terbaik untuk ke Hohhot?

Bulan yang paling baik untuk berkunjung ke Hohhot adalah pada musim panas kerana suhu pada masa itu amat baik dan sesuai untuk aktiviti luar.

Hohhot mempunyai iklim semi-kering sejuk mengikut klasifikasi iklim oleh Koppen. Hohhot mempunyai musim sejuk yang Panjang. Bulan paling sejuk di Hohhot adalah pada bulan Januari dengan purata suhu harian serendah -11.0°C manakala bulan Julai merupakan bulan yang paling panas dengan purata suhu 23.3°C. Purata suhu tahunan di Hohhot adalah sekitar 7.33°C. Anda boleh berkunjung ke Hohhot untuk menyambut perayaan yang ada di sana seperti Tahun Baru Cina.

Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Hohhot?

1. Five Pagoda Temple – Ia adalah sebuah kuil Buddha di kota Hohhot di Inner Mongolia di Barat Laut China. Ia terletak di bahagian bandaraya di sekitar Taman Qincheng. Pembinaan pagoda ini telah bermula pada tahun 1727 oleh biarawan Mongolia, Yangcarci. Ia selesai dibina pada tahun 1732. Stupa di kuil ini terletak di bahagian paling Utara kompleks kuil ini. Terdapat juga lima pagoda dan mempunyai 1,563 imej Buddha yang diukir di dinding-dinding pagoda itu. Di tembok Utara kuil ini, anda dapat melihat tiga ukiran batu besar yang mewakili roda kehidupan, peta kosmologi Mongolia dan kosmologi Buddha.

2. Muzium Inner Mongolia – Ia adalah sebuah muzium yang terletak di Hohhot, Inner Mongolia di Utara China. Muzium ini asalnya dibina sempena ulang tahun kesepuluhan penubuhan Wilayah Otonomi Inner Mongolia pada tahun 1957. Bangunan asal muzium ini dan ciri-ciri khas penduduk tempatan terletak di persimpangan Jalan Xinhua dan Jalan Zhongsan. Setengah abad kemudian, pada tahun 2007, sebuah muzium moden yang lebih baru dibina. Ia mempunyai keluasan 10 kali lebih besar dibina kira-kira 5 km ke Timur. Ia terletak di persimpangan Jalan Xinhua dan Jalan Ring Timur ke-2. Semua objek pameran di muzium lama telah dipindahkan ke bangunan baru. Muzium lama masih dibuka untuk umum bagi pameran sementara seperti pameran kaligrafi pada tahun 2014.

3. Kuil Da Zhao – Kuil ini dikenali sebagai Kuil Da Zhao atau pun Kuil Wuliang. Ia merupakan sebuah biara Buddha Tibet di bandar Hohhot, Inner Mongolia di China Utara. Kuil Da Zhao ini merupakan kuil tertua dan terbesar di bandar Hohhot ini. Ia terletak di Barat Dana Street di daerah Yuquan.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved