Tiket Murah ke Kemi (KEM)

Sehala
Dua Hala
Berbilang bandar
Direct Flights only
1 Dewasa, 0 Kanak-kanak, 0 Bayi
Economy

50M+ Downloads,
1M+ Reviews

Perubahan Penerbangan Mudah

Batalkan atau ubah tempahan penerbangan anda tanpa kesulitan.

Jaminan Tiket Termurah

Ada tawaran lebih murah? Kami bayar 2x perbezaan!

Sokongan 24/7

Hubungi kami bila-bila masa, di mana sahaja.

Lebih Jimat dengan Promo Penerbangan Traveloka ✈️

Harga Tiket Terbaik dari Malaysia 🇲🇾

Harga termurah untuk destinasi terfavorit.

Eksklusif untuk pengguna baharu—daftar hari ini!

Muat turun apl kami, daftar, dan nikmati diskaun 8%!

Code:JOMJALAN

Copy

About Kemi

Kemi terkenal dengan Lumilinna Snow Castle & Hotel yang dikenali sebagai kubu salji terbesar seumpamanya di dunia dan merupakan simbol Kemi yang tersendiri. Ia adalah salah satu tarikan yang sangat kerap dikunjungi di Kemi dengan lebih 300,000 orang pengunjung yang datang setiap tahun semasa musim sejuk. Terletak oleh Teluk Bothnian di mulut Sungai Kemijoki, Kemi adalah sebuah bandar dan perbandaran di Finland yang ditemui di rantau Lapland. Ia mempunyai populasi seramai 20,991 orang yang tinggal di kawasan seluas 747.28 kilometer persegi pada 2019, menjadikan kepadatan penduduk hanyalah sebanyak 220.17 penduduk setiap kilometer persegi. Kegiatan ekonomi utama di bandar ini adalah dua buah kilang kertas besar dan kilang kayu. Ia juga mempunyai satu-satunya lombong kromium di Eropah yang menjadi pembekal bagi kilang ferrochrome Outokumpu di bandar Tornio yang berhampiran.


Lapangan Terbang di Kemi


1. Lapangan Terbang Kemi-Tornio

Lapangan Terbang Kemi-Tornio adalah lapangan terbang antarabangsa utama yang berkhidmat untu kedua-dua bandar Kemi dan Tornio di Finland. Ia terletak dalam jarak dekat dengan daerah Lautiosaari yang berada kira-kira 6 kilometer di utara pusat bandar Kemi dan 18 kilometer di timur pusat bandar Tornio. Dimiliki dan dikendalikan oleh Finavia, Lapangan Terbang Kemi-Tornio mempunyai sebuah kafe kecil/restoran, kedai-kedai hadiah serta pusat operasi untuk syarikat penyewaan kereta. Landasannya diperbuat daripada asfalt dan panjangnya sebanyak 2,503 meter dengan ketinggian 18 meter. Antara syarikat penerbangan utama yang pergi ke sini adalah Finnair yang merupakan syarikat penerbangan terbesar di negara ini. Sehingga 2017, lapangan terbang itu telah mengendalikan kira-kira 104,462 orang penumpang merentasi 965 jumlah pendaratan, yang merupakan peningkatan yang besar berbanding dengan tahun sebelumnya. Tidak ada pengangkutan awam yang menuju terus ke lapangan terbang, namun terdapat perhentian bas yang berada dalam jarak 700 meter dari lapangan terbang. Terdapat juga perkhidmatan teksi lapangan terbang ke Kemi yang biasanya mengambil masa kira-kira 15 minit dan ke Tornio, kira-kira 25 minit.


Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Kemi?


Traveloka adalah enjin carian perjalanan yang memudahkan para pelancong untuk mencari penerbangan termurah ke Kemi. Apa yang perlu anda lakukan ialah memasukkan maklumat dalam kotak carian dan aplikasi itu akan mengesyorkan perjalanan terbaik mengikut bajet anda. Ia membandingkan harga penerbangan antara beberapa syarikat penerbangan yang dipercayai untuk membantu anda mendapatkan tawaran terbaik. Jangan teragak-agak untuk menggunakan ciri pemberitahu harga Traveloka untuk dimaklumkan tentang penerbangan di lingkungan harga yang anda inginkan untuk mendapatkan harga penerbangan terbaik ke Kemi.


Bila Waktu Terbaik untuk ke Kemi?


Musim bukan puncak kebiasaannya adalah pada bulan Disember kerana cuaca yang lebih sejuk serta suasana yang jauh lebih berangin daripada biasda. Walau bagaimanapun, jika anda ingin mendapatkan tawaran yang baik dengan harga yang lebih murah, ini adalah berita hebat kerana jika anda merancang perjalanan anda dengan baik, anda boleh menjimatkan wang anda kerana harga hotel dan penerbangan semasa musim puncak akan menjadi lebih tinggi dan menelan belanja yang lebih banyak. Walau bagaimanapun, jika anda ingin datang apabila terdapat ramai orang, musim puncak di Kemi adalah dari bulan Jun hingga Julai iaitu pada musim panas di mana ia lebih selesa dan juga pada bulan Januari. Masa terbaik untuk melawat Kemi pastinya dalam tempoh ini kerana keadaan cuaca dan suasana yang lebih baik.


Kemi dikatakan tergolong dalam iklim benua subarctic atau boreal di mana musim sejuknya adalah panjang dan dingin dengan suhu purata sekitar 6.5 darjah Celcius. Sama seperti bahagian lain dari Finland kecuali di bahagian pantai selatan, musim sejuk biasanya lebih lama daripada musim panas. Jumlah hujan tahunan adalah sekitar 500 mm hingga 600 mm dengan separuh daripada waktu hujan tersebut berlaku semasa musim sejuk. Julat suhu ekstrem akan berkisar dari suhu terendah pada -51.5 darjah Celsius hingga suhu setinggi 37.2 darjah Celsius.


Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Kemi?


1. Lumilinna Snow Castle & Hotel – Juga dikenali sebagai Istana Salji Kemi, Lumilinna Snow Castle & Hotel adalah destinasi pelancongan utama di Kemi, yang dibina semula setiap kali musim sejuk dengan pelbagai jenis reka bentuk serta architecture yang meliputi kawasan seluas antara 13,000 hingga 20,000 meter persegi. Tiga elemen tetap dalam setiap bangunan yang dibina pastinya adalah gereja, restoran dan hotel. Selain itu, ia juga mempunyai kawasan pengembaraan untuk kanak-kanak, serta pameran teater dan pameran ais dengan lampu dan kesan bunyi yang menarik.


2. Gereja Kemi – Dibina pada tahun 1902, arkitek gereja ini adalah Josef Stenback yang menerapkan reka bentuk Gothic Revival. Gereja ini kebiasaannya menjalankan ajaran Finnish Evangelical Lutheran dan merupakan kerusi keuskupan Oulu. Ia dapat menampung 1200 orang pengunjung pada satu-satu masa. Ia telah diubah suai pada tahun 2003 untuk memastikan kelangsungan jangka hayatnya.


3. Sampo Icebreaker – Sampo Icebreaker merupakan sebuah kapal pemecah ais Finlandia yang dibina sejak tahun 1960-an dan mempunyai rekod perkhidmatan yang panjang sejak hari-hari awalnya. Ia mampu beroperasi dalam keadaan arktik yang melampau dan telah dibeli oleh bandar Kemi dari Lembaga Pengarah Navigasi Kebangsaan untuk tujuan pelancongan. Pada masa kini, Sampo menjalankan aktiviti pelayaran pelancongan di sepanjang Teluk Bothnia.

Rakan Penerbangan

Rakan Pembayaran

Xperience Lain di Kemi

Destinasi paling popular di Kemi-Tornio

Apa jua pilihan perjalanan anda, kami sedia membantu

Laluan Popular dari Lapangan Terbang L/Terbang Kemi Tornio

Laluan Popular ke Kemi

Destinasi Popular

Laluan Popular

Syarikat Penerbangan Popular

Popular Airline & Destination

Lapangan Terbang Popular

Sentiasa ikuti perkembangan mengenai petua perjalanan, pengesyoran dan promosi terkini.
langgan buletin

Dapatkan perjalanan impian anda di hujung jari anda. Dapatkan aplikasi.


Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2025 Traveloka. All rights reserved