Tiket Murah ke Noumea (NOU)

Sehala
Dua Hala
Berbilang bandar
Direct Flights only
1 Dewasa, 0 Kanak-kanak, 0 Bayi
Economy

50M+ Downloads,
1M+ Reviews

Perubahan Penerbangan Mudah

Batalkan atau ubah tempahan penerbangan anda tanpa kesulitan.

Jaminan Tiket Termurah

Ada tawaran lebih murah? Kami bayar 2x perbezaan!

Sokongan 24/7

Hubungi kami bila-bila masa, di mana sahaja.

Lebih Jimat dengan Promo Penerbangan Traveloka ✈️

Harga Tiket Terbaik dari Malaysia 🇲🇾

Harga termurah untuk destinasi terfavorit.

Eksklusif untuk pengguna baharu—daftar hari ini!

Muat turun apl kami, daftar, dan nikmati diskaun 8%!

Code:JOMJALAN

Copy

Jadual Penerbangan ke Noumea

Berikut adalah semua penerbangan berjadual ke Noumea, menyediakan pelbagai pilihan perjalanan yang selesa.
Sat, 31 May 2025
Sun, 1 Jun 2025
Mon, 2 Jun 2025
Syarikat Penerbangan
Waktu Berlepas
Waktu Ketibaan
Lapangan Terbang Asal
Lapangan Terbang Destinasi
Qantas
Qantas
07:00
10:50
Sydney (SYD)
Noumea (NOU)
Tempah Penerbangan

Penerbangan Terus ke Noumea

Syarikat penerbangan yang tersedia untuk penerbangan terus ke Noumea bermula dari RM 3,625.
Pilih syarikat penerbangan pilihan anda untuk penerbangan terus ke Noumea. Nikmati perjalanan yang lancar dan efisien ke destinasi anda.

About Noumea

Noumea ada sebuah bandar yang terletak di wilayah jajahan Perancis, New Caledonia. New Caledonia adalah sebuah kepulauan yang terletak di barat daya Lautan Pasifik, sekitar 20 ribu kilometer jauhnya dari bandar Paris di Perancis. New Caledonia ini terletak lebih dekat dengan benua Australia, hanya 1.2 ribu kilometer. Noumea adalah ibu kota dan bandar terbesar di New Caledonia. Bandar ini mempunyai keluasan sebesar 45.7 kilometer dengan jumlah penduduk sekitar 180 ribu orang. Noumea berfungsi sebagai pelabuhan utama untuk New Caledonia.


Lapangan Terbang di Noumea

1. Lapangan Terbang Antarabangsa La Tontouta

Lapangan terbang utama melayani New Caledonia. Ia terletak kira-kira 52 kilometer barat laut pusat bandar Noumea. Ia hanya mempunyai sebuah landasan dan sebuah terminal. Pada tahun 2017, Lapangan Terbang Antarabangsa La Tontouta telah mengendalikan lebih daripada 500 ribu orang penumpang. Terdapat empat syarikat penerbangan yang menyediakan perkhidmatan ke lapangan terbang La Tontouta dengan destinasi kebanyakkannya ke bandar-bandar utama di Australia. Terdapat juga penerbangan ke Auckland, New Zealand, Tokyo, Jepun dan Republik Vanuatu. Perkhidmatan kargo oleh Pacific Air Express ke Brisbane juga tersedia.


2. Lapangan Terbang Noumea Magenta

Lapangan terbang kedua di Noumea. Ia adalah sebuah lapangan terbang yang lebih kecil dan hanya mengendalikan penerbangan domestik. Ia terletak tidak jauh dari pusat bandar, hanya 3 kilometer jauhnya. Ia hanya mempunyai sebuah landasan dan juga terminal, namun lapangan terbang ini telah mengendalikan hampir 500 ribu penumpang pada 2017. Noumea Magenta Airport hanya mempunyai perkhidmatan dari Air Caledonie, sebuah syarikat penerbangan Perancis dan hanya untuk New Caledonia.


Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Noumea?

Tiket penerbangan adalah mahal. Walau bagaimanapun, mudah untuk mendapatkan tiket penerbangan yang murah jika seseorang tahu di mana untuk mencarinya. Gunakan Traveloka, sebuah enjin carian khas untuk hotel, tempat penginapan dan tiket penerbangan ke pelbagai destinasi di seluruh dunia. Traveloka akan menunjukkan tawaran terbaik yang tersedia berdasarkan tarikh dan anggaran harga yang dikehendaki oleh pengguna. Ia boleh diakses menggunakan pelayar laman sesawang atau memuat turun aplikasi mudah alih. Traveloka mempunyai antara muka mesra pengguna dan memudahkan untuk digunakan. Cukup dengan memasukkan kata kunci yang berkaitan, tetapkan tarikh dan anggarah harga kemudian klik butang carian. Dalam masa beberapa saat, laman sesawang atau aplikasi mudah alih akan menunjukkan tawaran terbaik. Masih tidak berpuas hati dengan harga tawaran tersebut? Gunakan ciri pemberitahuan harga. Ia akan memberitahu pengguna apabila harga tawaran pilihan jatuh ke anggaran yang diingini.


Bila Waktu Terbaik untuk ke Noumea?

Walaupun Noumea sesuai untuk melawat pada bila-bila masa sepanjang tahun dan yang terbaik adalah dari bulan September hingga November. Purata cuaca semasa bulan-bulan ini biasanya pada suhu selesa pada sekitar 25°C dengan cahaya matahari yang banyak. September hingga November juga merupakan musim puncak pelancongan, jadi jumlah pelancong adalah banyak. Kadar harga tempat penginapan pula berada pada kadar yang lebih tinggi. Bulan-bulan yang melihat jumlah pelancong yang kecil biasanya dari akhir November hingga April kerana Noumea dan New Caledonia akan mengalami musim hujan. Walau bagaimanapun, seseorang masih boleh meneroka Noumea, sejarah dan budaya yang hebat kerana hujan biasanya berlaku pada lewat petang dan pada waktu malam. Suhu biasanya kira-kira 17-20°C dan memberikan suasana yang cukup mendamaikan.


Noumea merayakan banyak perayaan sepanjang tahun. Perayaan ini merangkumi peristiwa serantau hingga ke peringkat negara. Terdapat juga beberapa jenis perayaan penting yang sangat berkait rapat dengan makanan, hasil tuaian dan agama. Salah satu perayaan yang paling penting di Noumea adalah Festival Ubi Keledek yang diadakan pada setiap tahun, di pertengahan bulan April. Karnival Noumea yang diadakan pada pertengahan bulan Ogos pula adalah salah satu acara terbesar di kepulauan itu. Noumea juga merayakan Hari Bastille sama seperti seluruh Perancis pada 14 Julai dengan mengadakan perarakan.


Apa 3 Aktiviti Menarik yang boleh Dilakukan di Noumea?

1. Pusat Bandar - Apa cara terbaik untuk meneroka sebuah bandar jika tidak dengan berjalan-jalan? Pusat bandar Noumea menawarkan banyak perkara untuk pelancong melakukan dan lihat. Nikmati teduh di bawah pokok-pokok besar di Place de Cocotiers, lihat beberapa buah bangunan kolonial lama dan masih cantik dan banyak lagi.


2. Pasar Utama Noumea - lebih dikenali dengan nama dalam bahasa Perancis sebagai ‘Marche municipal de Noumea’. Pasar utama ini adalah sebuah tempat yang bagus untuk meneroka citarasa penduduk tempatan dan menjadi sebahagian daripada rakyat. Pasar Utama Noumea bukan sahaja menawarkan pelbagai jenis sayuran dan buah-buahan segar tetapi juga barang-barang sehari-hari dan bahkan terdapat barang kemas buatan tangan yang unik.


3. Pusat Kebudayaan Tjibaou - Apa cara yang lebih baik untuk belajar mengenai sesuatu budaya tempatan selain pergi ke pusat kebudayaan? Pusat Kebudayaan Tjibaou meraikan budaya Kanak, orang asli di New Caledonia.

Rakan Penerbangan

Rakan Pembayaran

Apa jua pilihan perjalanan anda, kami sedia membantu

Laluan Popular dari Lapangan Terbang L/Terbang A'bangsa La Tontouta

Laluan Popular ke Noumea

Popular China Eastern Airlines to Everywhere

Destinasi Popular

Laluan Popular

Syarikat Penerbangan Popular

Popular Airline & Destination

Lapangan Terbang Popular

Sentiasa ikuti perkembangan mengenai petua perjalanan, pengesyoran dan promosi terkini.
langgan buletin

Dapatkan perjalanan impian anda di hujung jari anda. Dapatkan aplikasi.


Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2025 Traveloka. All rights reserved